Monday, December 26, 2011

APA NAK DIKATAKAN LAGI!


Orang tua kata "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Tapi kadang kala kena tengok orang dan situasi jugak kot. Seorang kawan dalam perjalanan pulang dari Ipoh sekitar 10 malam, terserempak dengan satu keluarga (pelancong) yang mana kereta mereka rosak. Dengan niat ingin membantu dan tidak sampai hati membiarkan mereka tidur dalam kereta, beliau mempelawa untuk menghantar ke Brinchang dan mencadangkan penginapan dihomestay seorang lagi sahabat dengan harga yang berpatutan.

Setelah selesai segala urusan, kawan saya pulang ke rumah. Tapi esoknya beliau menerima panggilan telepon dari pemilik homestay dan mengatakan keluarga tersebut telahpun keluar pada awal pagi tanpa membayar sesen pun. Kawan saya memohon maaf walaupun agak malu kerana kejadian tersebut. Pemilik homestay tersebut hanya berserah kepada takdir dan masih berharap satu hari nanti penyewa akan membayarnya. Persahabatan lebih penting katanya.

Itulah perkara yang mungkin kita akan terima hanya kerana ingin membantu.
~gambar diatas takde kena mengena~
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, December 9, 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI CAMERON HIGHLANDS

Peristiwa: Hari Bertemu Pelanggan Mardi Cameron Highlands
Lokasi: Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands
Tarikh: 9 - 11 Disember 2011
Masa: 8 pagi - 5 petang
Masuk: PercumaAdd Image
Agak sibuk sebab terlibat dengan pameran juga. Hari ini baru bermula dan masa gambar diambil masih belum ramai pengunjung dan booth pun belum penuh lagi. Apa pun layan gambar je lah...

Booth tuan tanah - MARDI



Booth Jabatan Pertanian. Takde jual apa-apa, cuma boleh dapat pamplet je, kalau korang sudi la.



Booth FAMA, ada jual gak nie, cuma tuan rumah hilang, sakit perut katanya...



Booth syarikat menjual peralatan pengairan untuk pertanian.



Antara booth-booth jualan milik pengusaha IAT (industri asas tani).



Deretan booth-booth jualan dan milik agensi kerajaan.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, November 29, 2011

PERBEZAAN SAIZ BUAH STRAWBERRY

Seorang pengunjung blog bertanya kepada saya berkaitan buah strawberry yang berbeza antara kebun/ladang. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Di Cameron Highlands, terdapat beberapa varieti strawberry yang ditanam seperti Camarosa dan Camaroga. Kedua-dua varieti tersebut berbeza dari segi bentuk buah dan tidak banyak beza dari segi saiz.

Buah yang berbeza saiznya adalah dipengaruhi oleh keadaan pokok, penjagaan dan umur pokok. Biasanya pokok yang baru ditanam mempunyai buah yang besar berbanding pokok tua sekitar 4 tahun. Buah juga berbeza saiz disebabkan penjagaan pokok yang sempurna dari segi pengairan dan baja.

Sekiranya pengunjung inginkan buah yang besar dan manis, pastikan ke kebun yang baik penjagaannya, mempunyai pokok yang sihat dan pokok tidak terlalu tua.

Pokok dibawah ialah pokok yang saya tanam sendiri diatas tanah. Buah memang agak kecil sebab tak guna baja sangat berbanding pokok yang ditanam secara fertigasi yang mana baja dikawal.


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, November 28, 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN MARDI


Lokasi: Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands (Tanah Rata)
Tarikh: 10 Disember 2011
Acara: Jualan, pameran
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Saturday, November 5, 2011

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN (RPP)

Antara soalan yang banyak ditanya oleh pengunjung blog melalui email ialah mengenai rumah peranginan persekutuan (RPP). Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana nak tempah, nombor telefon RPP tu, siapa layak dan yang kelakarnya ada juga yang email saya dan terus bagi tarikh untuk booking, macamlah saya tuan rumah RPP tu.

Untuk makluman, saya takde kena-mengena dengan RPP tu, saya bukan tuan punya RPP tu, saya bukan juga pekerja disana, atau orang yang boleh dihubungi untuk booking. Saya cuma letakkan info berkaitan RPP tu dalam blog saya.

Untuk makluman ada beberapa entry saya berkaitan RPP untuk menjawap segala persoalan berkaitan. Silalah rujuk entry saya terdahulu jika ingin menginap disana.

1. Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan

2. Bagaimana nak booking RPP

Bagaimana nak booking

3. Surat Pekeliling berkaitan peraturan menginap di RPP

Surat Pekeliling berkaitan

4. Ladang strawberry kat sebelah RPP

Ladang strawberry sebelah RPP
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Saturday, September 3, 2011

SELAMAT BERPUASA


Hanya gambar sebagai pembuka kata...lapar weiii....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, August 8, 2011

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS


CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, August 3, 2011

CROWN IMPERIAL COURT



Satu projek perumahan yang baru siap, terletak di tengah Bandar Brinchang. Pintu masuk (dan pintu keluar juga) terletak bersebelahan stesen Petronas.

Terletak diatas bukit menjanjikan pemandangan yang cantik. Itu kalau unit yang menghadap bandar Brinchang la, kalau menghadap bukit, tengok hutan ler...

Beberapa unit telah mula diduduki dan ada juga unit yang disewakan kepada pelancong oleh pemilik. Tapi sebab unit apartment kat sini mahal-mahal, jadi sewa pun tinggilah juga. Dengar khabar RM300-RM400 semalam.

Beberapa minggu lepas berkesempatan untuk naik hingga ke tingkat 12 untuk melihat pemandangannya. Tapi itulah kali pertama dan terakhir untuk naik sana, sebab rasa gerun pun ada. Bangunan setinggi 12 tingkat di lereng bukit? Bukan pilihan saya.....huhuhu

Pemandangan bandar Brinchang dari tingkat doplas.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, June 29, 2011

TANAH TINGGI LOGING SEMAKIN GONDOL


~Artikel dari Utusan mengenai kebimbangan tanah tinggi Loging yang akan menjadi nasib sama dengan jirannya, Cameron Highlands~

GUA MUSANG 17 Jun - Tanah tinggi Lojing terletak di wilayah barat daya Kelantan, merupakan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa dengan keluasan lebih 25,000 kilometer persegi dan ketinggian antara 610 hingga 1,500 meter dari aras laut.

Terletak bersempadan dengan tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang dengan suhu sekitar 18 hingga 25 darjah celsius, tanah tinggi Lojing menjadi pusat pengeluaran sayur-sayuran di negeri ini. Begitupun, kerakusan pihak tertentu menjalankan penerokaan secara tidak terkawal di kawasan tersebut, menyaksikan tanah tinggi Lojing semakin 'gondol' dan terdedah kepada ancaman hakisan serta tanah runtuh.

Malah, kewujudan begitu banyak kawasan pertanian fertigasi turut menyaksikan kawasan sekitar tanah tinggi Lojing berdepan dengan ancaman alam sekitar yang semakin serius apabila bahan buangan serta sampah-sarap daripada projek tersebut tidak diurus dengan baik dan dibuang sesuka hati. Menurut sumber di Internet, nama Lojing sendiri dipercayai berasal daripada perkataan logging bermaksud pembalakan, aktiviti yang dikatakan paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sepanjang lebuh raya Cameron Highlands-Lojing-Gua Musang, Sabtu lalu pula menyaksikan kerakusan pihak tertentu meneroka tanah khususnya untuk pertanian hatta sehingga ke puncak bukit habis ditarah.

Malah, terdapat dengan jelas beberapa kejadian tanah runtuh akibat pembukaan secara tidak terkawal tanah tersebut, tetapi tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak berkenaan bagi mengelak kejadian lebih buruk.

Perkembangan itu sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyelia pembangunan di tanah tinggi Lojing supaya pembukaan tanah-tanah dijalankan secara terkawal dan bersistematik bagi mengelak kemusnahan kepada alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Pembukaan tanah dalam skala besar dan terbuka itu juga menyaksikan berlaku pencemaran kepada sungai-sungai sekitar Lojing yang airnya bertukar menjadi warna 'teh susu', sama seperti warna air keruh yang mengalir sepanjang Sungai Kelantan. Antara aliran sungai yang terdapat di Lojing adalah Sungai Brooke, Belatop dan Jelai.

Sebelum ini, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu kerajaan negeri mengawal segala aktiviti pembangunan di tanah tinggi Lojing agar selari dengan garis panduan kawasan pembangunan khas supaya kawasan tanah tinggi itu terus terpelihara keasliannya.

Titah baginda, aktiviti di tanah tinggi itu perlu dipantau bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh serta hakisan yang boleh merosakkan ekosistem tanah tinggi itu. "Kawalan dan pemantauan aktiviti pembangunan di Tanah Tinggi Lojing hendaklah mengikut garis panduan kawasan pembangunan khas yang telah diwujudkan bagi memastikan pembangunan di situ tidak menyebabkan berlakunya masalah tanah runtuh dan hakisan," titah baginda.



engulas aktiviti penerokaan tidak terkawal di kawasan tanah tinggi tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff berkata, masalah berpunca daripada sikap kerajaan negeri yang tidak memikirkan kesan penerokaan terbabit kepada alam sekitar dan penempatan Orang Asli.

Beliau berkata, pembukaan tanah secara tidak terkawal turut menyebabkan masalah rumah penduduk di Kampung Sendrop diancam hakisan dan tanah runtuh akibat sikap rakus pemaju menukar aliran sungai semata-mata untuk meluaskan kawasannya.

"Kita terpaksa belanja kira-kira RM200,000 untuk membina benteng bagi menyelamatkan rumah penduduk daripada diancam tanah runtuh," katanya. Menurut Abdul Aziz, sikap tidak prihatin kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembukaan tanah di Lojing juga telah menyebabkan air di beberapa batang sungai 'tiada masa untuk jernih.

"Masalah ini sudah lama dan kita juga telah bangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tiada tindakan konkrit sehingga kini. "Akibat tidak ada kawalan dalam pengagihan tanah menyebabkan punca air kepada penduduk tercemar selain ancaman kepada alam sekitar. Selain itu, air terjun di Kampung Dakoh, Balar turut terancam disebabkan pembukaan tanah untuk pertanian.

"Kerajaan negeri kena kawal kegiatan di tanah tinggi Lojing bagi mengelak kemusnahan alam sekitar lebih teruk, selain tanah runtuh yang akhirnya menjejaskan penduduk setempat," katanya.

Sementara itu, Ketua Jajahan Lojing, Nik Ab. Rahman Nik Yusoff ketika dihubungi memberitahu, masalah yang berlaku di kawasan tanah tinggi itu kebanyakannya melibatkan tanah milik (tanah yang dipajakkan kepada syarikat) dan pemantauan serta penguatkuasaan terletak di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Daerah Gua Musang.

"Kita tidak ada kuasa untuk mengawal kerana ia tanah milik, kecuali berlaku salah guna tanah," katanya.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, June 16, 2011


CAMERON HIGHLANDS 9 Mei - Bagi masyarakat Orang Asli di sini, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari rezeki menerusi sumber hutan.Antaranya dengan menjual petai kepada orang ramai termasuk pelancong.Salah seorang penjual petai, Mamud a/l Bangus, 42, dari Kampung Tanah Rata, di sini yang memborong beribu-ribu papan petai kepada peminat buah tersebut yang singgah di kampungnya sebelum ke pusat peranginan Cameron Highlands.

Bagi tujuan itu, dia mendirikan bangsal kayu di tepi jalan raya antara Ringlet ke Pekan Tanah Rata untuk menjual petai."Saya tidak perlu memanggil pelanggan berhenti untuk singgah di bangsal ini. Ratusan papan petai yang diikat dan tergantung di bangsal ini telah memadai untuk menarik minat pelancong singgah di sini.

Kebiasaannya, pelancong Barat dan Jepun teruja melihat petani ini, lalu mengajukan pelbagai soalan sambil merakamkan gambar. Saya melayan kerenah mereka dengan menerangkan dengan jelas mengenai buah ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Tanah Rata baru-baru ini.

Mamud yang boleh bertutur bahasa Inggeris dan Mandarin berkata, dia memborong petai daripada mereka yang tinggal di pedalaman dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke kampung mereka.Apabila tiba musim petai, katanya, dia akan membeli 2,000 hingga 3,000 papan petai setiap hari daripada salah seorang rakannya.

Setiap seikat petai yang mengandungi 100 papan dijual dengan harga RM80,katanya.Kebiasaannya, kata Mamud, petai muda boleh disimpan lama dan petai tua pula boleh dijerukkan sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya mampu meraih antara RM200 hingga RM300 sehari bagi menampung keperluan keluarga termasuk menyara persekolahan anak, selain dijadikan modal pusingan untuk memborong petai lain," ujarnya.

Selain petai, tambah Mamud, dia juga menjual madu lebah, ubat-ubatan herba, pisang, buah taban dan ubi yang diperoleh daripada pemborong di pekan Tanah Rata dan Brinchang.

"Bagaimanapun, saya lebih suka menjual petai kerana mudah dipasarkan selain buah ini menjadi kegemaran pelbagai bangsa termasuk orang Barat," katanya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, May 23, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI


Terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi, Pasir Mas, Kelantan kerana menempah makan tengahari dari kami.

Ia merupakan tempahan pertama semenjak kami membuka kembali perkhidmatan katering kami.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Sunday, May 22, 2011

KEMUDAHAN ASRAMA RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Untuk makluman Cikgu Annuar dan pembaca blog lainya.

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands mempunyai 2 unit asrama 30 katil untuk lelaki dan perempuan iaitu Asrama Tanjung 1 dan 2. Kadar sewa untuk semalam bagi setiap asrama ialah RM150 sahaja.

Tempahan asrama tidak boleh dibuat secara online di laman web BPH tetapi perlulah menghubungi terus Bahagian Pengurusan Hartanah, Putrajaya.

Pegawai yang perlu dihubungi ialah

Nama: Encik Mohd Liza
Tel: 03-88800154
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, May 20, 2011

NATASYA RESORT CAMERON HIGHLANDS


Agak ramai pengunjung blog yang bertanya mengenai Natasya Resort. Untuk makluman, Natasya Resort mengambil alih sebahagian apartment yang dahulunya milik Equatorial. Gambaran dari luar amat menarik sekali dan oleh kerana ia berdampingan dengan Hotel Equatorial, yang merupakan antara lokasi tertinggi di Cameron Highlands, pastinya menginap disini memberi pengalaman yang menarik.

Website: http://www.natasyaresort.com
Alamat: Sales / Reservation Office
Matasya Resort (CH) Sdn Bhd
Lot 6, Entertainment Complex
Kea Farm
39100 Cameron Highlands
Pahang.
Tel: 05-4961030
Fax: 05-4961028
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, April 18, 2011

Gambar dikejauhan Apartment Mardi


Seorang sahabat di facebook meminta saya gambar luaran apartment Mardi. Rupanya Mardi juga telah mempunyai apartment yang khas untuk disewakan kepada pelancong. Apartment tersebut adalah salah satu blok kuarters baru Mardi yang siap pertengahan tahun lepas.

Sahabat facebook telah menempah apartment tersebut dan meminta saya mengambil gambar. Oleh kerana secara kebetulan apartment tersebut terletak dilaluan jungle walk ke Gunung Berembun yang saya daki hari tu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambarnya. Nak ambil gambar dekat-dekat rasa segan pula sebab ramai kakitangan Mardi di sana. Iyalah...itu kan kuarters dorang.....

Info dari sahabat saya yang bekerja di Mardi, apartment tersebut adalah 3 bilik dengan setiap bilik ada katil double. Rate dalam RM200 semalam (hari biasa kot), tetapi dengar katanya penyewa tak dibenarkan memasak. Agak rugi jika sewa apartment tapi cuma boleh masak air je kan?

Apa pun korang layan je lah.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, April 11, 2011

MENJELAJAH GUNUNG BEREMBUN


Gunung Berembun adalah salah satu pilihan pendaki di Cameron Highlands. Pada 10hb April 2011 maka bermulalah ekspedisi kami untuk menawan puncak Gunung Berembun. Walaupun telah banyak kali rancangan tergendala oleh cuaca yang tidak menentu. Sepanjang minggu lepas, jarang hujan turun maka kami mengambil keputusan untuk mendaki pada tarikh tersebut.

Laluan mendaki menggunakan route no 5 manakala penurunan menggunakan route no 7. Kedua-duanya bermula dan berakhir di Mardi Cameron Highlands. Route no 5 merupakan laluan yang tidaklah terlalu curam kecuali beberapa ratus meter terakhir yang cukup curam.

Track pada route no 5

Tempat persinggahan. Dari sini laluan akan berpecah, samada untuk ke Pejabat Hutan di Parit Falls atau ke Gunung Berembun.

Lubang pada pangkal pokok, dipercayai lubang tenggiling.

Pokok yang mempunyai tanda nama oleh Pejabat Hutan.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, April 5, 2011

THE PLANTER'S HOTEL

Hotel terbaru di Tanah Rata

Lokasi: Tanah Rata (bersebelahan Ambank)
Mula beroperasi: 3-4 bulan lepas.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, April 4, 2011

ANAK BELASAH IBU KERANA DUIT

KUANTAN 18 Mac - Akibat enggan memberikan wang, seorang anak bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan ibu kandungnya sendiri sehingga menyebabkan mangsa cedera di kepala, kelmarin.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kuala Terla, Jalan Perlong dekat Cameron Highlands.Mangsa yang berusia 61 tahun dikatakan sering dipukul oleh anak lelakinya berusia 43 tahun yang tidak bekerja dan kejadian itu sering berlaku ketika suspek mabuk selepas meminum arak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek yang baru pulang ke rumah tiba-tiba mengamuk.

"Suspek dalam keadaan mabuk mengamuk dan memaki-hamun ibunya sebelum menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai."Berikutan itu, kepala mangsa cedera, namun bapanya yang berusia lingkungan 60-an dan turut berada dalam rumah itu tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa melaporkan anaknya kerap memarahi dan memukul mereka suami isteri.Katanya, suspek yang selalu meminta wang itu juga sering mengkasari, menyerang serta mengugut ibu dan ayahnya.

Berikutan laporan itu, kata Mohd. Haris, polis telah menahan suspek dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

LALUAN CH - KUANTAN MELALUI SG KOYAN AKAN DIPROMOSIKAN

KUANTAN 3 April - Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.

"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.

Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.

"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

80 pendidik sertai Konvoi Amal Bermotosikal


KUANTAN 31 Mac - Seramai 80 warga pendidik Pahang menyertai Konvoi Amal Bermotosikal bagi mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan bahaya penggunaan dadah kepada penduduk pedalaman di negeri ini.

Konvoi selama empat hari sejauh lebih 1,000 kilometer itu bermula dari pekarangan Jabatan Pelajaran Pahang dan berakhir di Cameron Highlands sebelum pulang semula ke bandar ini Ahad ini.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, selain mengedar risalah, peserta turut melakukan kerja-kerja amal dengan mengadakan gotong-royong membersihkan kubur, melawat rumah anak yatim dan memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli.

"Dalam perjalanan pergi, mereka akan melalui bandar Raub, Sungai Koyan, Kuala Lipis dan Betau sebelum tiba di Cameron Highlands."Dalam perjalanan pulang pula, mereka akan melalui Tanjung Gahai dan Temerloh sebelum sampai ke sini," katanya selepas melepaskan peserta konvoi itu hari ini.

Mazlan berkata, konvoi amal tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat dan budaya gotong-royong, malah merapatkan lagi hubungan persaudaraan bersama masyarakat setempat.

Beliau turut berharap masyarakat dapat memberi kerjasama supaya matlamat konvoi berkenaan dalam membina hubungan persaudaraan tercapai dan tidak menolak kemungkinan aktiviti konvoi tersebut dijadikan acara tahunan bagi Jabatan Pelajaran Pahang.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

EMPANGAN HIDROELEKTRIK HULU JELAI


CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sebanyak RM14 juta sebagai pampasan kepada penduduk Orang Asli di 14 kampung yang terlibat dengan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi pampasan itu, terdapat Orang Asli bakal menerima 'durian runtuh' paling tinggi sebanyak RM100,000.

''Kita melaksanakan penilaian di kawasan tanaman dan tempat tinggal yang terbabit dengan projek empangan secara teliti dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah projek itu di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara majlis pecah tanah itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini.

Che Khalib memberitahu, projek itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan kontraktor projek supaya mengambil seberapa ramai pekerja di kalangan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy pula berkata, selain peluang pekerjaan, projek berkenaan akan melahirkan ramai usahawan baru yang terbabit dengan pembinaan, pembekalan dan makanan.

''Peluang pekerjaan sentiasa menanti belia Orang Asli apabila projek ini bermula di samping mereka juga dapat mempelajari kepakaran tertentu," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli perlu mengubah sikap apabila menerima tempias pembangunan di kawasan masing-masing.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

USIA 51 TAHUN MILIKI 33 REKOD JENAYAH

~copy and paste from UtusanOnline~

CAMERON HIGHLANDS 8 Mac - Seorang lelaki berusia 51 tahun yang memiliki 33 rekod jenayah lampau nampaknya masih belum insaf apabila ditahan lagi kerana memecah masuk sebuah rumah di Kampung Raja di Cameron Highlands, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika memecah masuk rumah itu semasa penghuninya keluar bekerja.

Menurutnya, sebelum ini, suspek berasal dari Ulu Cheras, pernah menceroboh dua buah rumah di kawasan tersebut Januari lalu dan perbuatannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di situ.

"Hasil pemeriksaan CCTV, polis mengesahkan suspek pernah melakukan jenayah di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong dan pencungkil pintu gril selain memecahkan tombol sebelum menceroboh masuk rumah mangsa.

Tambahnya, kerugian yang membabitkan dua rumah sebelum ini dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000, setelah suspek melarikan wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, March 17, 2011


Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

Dewan milik Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH). Untuk makluman sahabat yang bertanya. Dewan ini memang boleh disewa untuk apa-apa acara termasuklah hari keluarga yang dirancang oleh beliau.

Maklumat lanjut bolehlah hubungi MDCH

Cuma nak bagi tahu, dewan nie dalam hutan yer....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, March 2, 2011

Gambaran jelas bilik sesebuah hotel



Ramai yang menghantar email bertanyakan keadaan bilik sesebuah hotel di Cameron Highlands. Saya tidak boleh menjawapnya sebab tidak pernah menginap dimana-mana pun hotel di sini. Apa pula orang kata kalau saya yang tinggal di CH tapi menyewa bilik pula kan?

Jadi bagi pembaca blog yang pernah menginap dimana-mana hotel di CH dan sempat mengambil gambar, bolehlah berkongsi dengan kami. Hantarkan gambar anda ke email alridzuanbakeri@gmail.com. Saya akan memasukan dalam entry saya kelak.

Semoga perkongsian ini kelak dapat memberi manafaat kepada kita bersama.

Gambar diatas adalah ruang tamu English Cottage Mardi yang saya copy dari forum cari. Entry gambar tu dimasukkan oleh user Im_comey.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, February 21, 2011

NAPOLEANS KECIL CAMERON HIGHLANDS

~copy and paste dari Utusan Online~ Sebagai renungan sahaja

SUKA atau tidak, isu berkaitan tanah yang dihadapi secara serius di Cameron Highlands, Pahang ketika ini ialah akibat hipokrasi segelintir petani, ahli politik dan kakitangan kerajaan di kawasan tanah tinggi itu yang luasnya besar sedikit dari negara pulau Singapura.

Hipokrasi petani bertunjangkan sifat tamak-haloba mereka; ahli politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang kerana mahu popular lalu sentiasa menyokong tindak-tanduk petani; manakala kakitangan kerajaan ialah kerana tabiat rasuah mereka!

Dengan gandingan gejala tiga serangkai ini, menjadikan isu berkaitan tanah di Cameron Highlands, penulis percaya, tidak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

Ia mungkin memerlukan dua-tiga generasi lagi ataupun, sehingga Cameron Highlands musnah ekologinya lalu menggugat kedudukannya sebagai kawasan tanah tinggi tarikan pelancong ataupun pengeluar tanaman, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan buah-buahan utama negara.

Sudah tentu ketiga-tiga puak ini tidak akan mengakui sikap hipokrit mereka. Sebaliknya, cuba mengalih pandangan dengan mewujudkan kambing hitam? Yang harus dipersalahkan dan jalan lebih mudah ialah dengan meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan negeri sepenuhnya.

Inilah yang mereka lakukan selama ini dan inilah juga yang dibayangkan oleh beberapa ahli politik yang menyentuh tentang isu petani di tanah tinggi itu menerusi ucapan-ucapan mereka pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang 2011 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan pada 30 Januari lepas.

Mungkin tersalah ambil semangat 'Rakyat Didahulukan', tidak seorang pun daripada mereka yang bercakap mengenainya meletakkan kesalahan ke atas petani atau sekurang-kurangnya menasihatkan mereka supaya jadilah petani yang patuh undang-undang serta jujur.

Sebaliknya, yang ahli-ahli politik ini sarankan ialah agar kerajaan negeri buat itu dan ini demi kononnya, untuk melancarkan lagi usaha petani dalam bercucuk tanam bagi menyara kehidupan mereka dan menyumbang kepada ekonomi negeri.

Satu daripada saranan itu ialah dengan menghentikan peraturan pembaharuan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) setahun ke setahun, yang dilihat membebankan. Sebaliknya, mereka sarankan agar tempoh sah-laku TOL itu dilanjutkan kepada lebih daripada cuma setahun. Ini kononnya kerana urusan memperbaharui itu sahaja mengambil masa yang agak lama hingga menyebabkan petani tidak layak mendapat pelbagai bantuan pertanian daripada jabatan dan agensi kerajaan selagi TOL mereka tidak mendapat kelulusan untuk pembaharuan oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

Saranan ini bunyinya suci dan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob pun selaku Pengerusi BN negeri, bersikap diplomatik dalam hal ini semasa menggulung perbahasan pada penghujung konvensyen sehari itu.

Namun, ada sindiran yang dapat dihidu daripada reaksinya itu. Sambil beliau mengambil maklum akan saranan mereka, beliau turut membangkitkan betapa ada dalam kalangan petani yang kawasan TOLnya seluas cuma 0.810 hektar tetapi diterokai haram di kawasan bersebelahan dengan keluasan berkali-kali ganda!

Inilah hakikatnya. Malah, dengan tempoh sah TOL selama setahun sekarang ini pun penulis mendapat maklum, gejala itu tetap berlaku dan ia dipercayai akan terus berlaku akibat sikap tamak-haloba segelintir petani ini.

Selain meneroka secara haram, para petani ini juga terkenal dengan menanam hingga ke kawasan rizab jalan, terus-menerus menggunakan racun serangga yang terlarang, serta enggan atau terlalu liat membina perangkap kelodak yang disyorkan; semuanya demi mengurangkan kos dan memaksimumkan keuntungan dek kerana sikap tamak-haloba.

Ahli-ahli politik pula seperti berlumba-lumba untuk menjadi juara kepada petani-petani ini. Taruhannya ialah untuk menjadi popular atau terus kekal popular lalu memperoleh undi pada pilihan raya.

Mengenai segelintir kakitangan kerajaan yang rasuah pula, ini adalah persepsi umum yang memanglah sukar untuk dibuktikan. Terkini yang penulis ketahui, ialah persoalan bagaimanakah boleh berlaku kejadian tanah kerajaan yang belum diputuskan kegunaan tanahnya oleh pihak berkuasa tempatan, boleh terbina di atasnya lima buah kedai sederet dengan jualan lebih RM200,000 sebuah.

Rasuah juga dikatakan berlaku hinggakan keputusan yang pernah diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memindahkan kawasan sesak pasar malam di Brinchang ke tapak lain; dengan cepat diketahui umum dan secepat kilat juga di tapak baru berkenaan, lot-lot tapak sudah siap ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu dengan harga tinggi setiap satu!

Dalam menangani gejala tiga serangkai yang penulis istilahkan sebagai The Camerons Little Napoleans ini, nampaknya tiada pilihan melainkan:

* Memulakan langkah bukan setakat menukar kakitangan kerajaan yang sudah terlalu lama berkhidmat di daerah itu ke daerah lain, malah tamatkan sahaja perkhidmatan kakitangannya yang berkhidmat secara kontrak.

* Membersihkan barisan ahli-ahli Majlis dalam pihak berkuasa tempatan itu yang dalam kalangan mereka juga ialah petani yang turut melakukan tanaman sayur-sayuran secara haram hingga melimpah ke bahu jalan.

* Ahli-ahli politik pula harus dididik supaya lebih rasional dan jadilah pemimpin yang fungsinya mestilah untuk memimpin. Bukan pemimpin namanya jika sekadar mengikut kehendak petani yang tidak berada pada pihak yang benar.

Ini semua bukanlah kerja mudah namun wajib dimulakan sungguhpun hasil serta impak positifnya mungkin mengambil jangkamasa yang lama untuk diperoleh.

YOPE KEY-DARE

Kuantan
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Saturday, January 22, 2011

Jawapan kepada soalan dari Linda di shoutmix

Linda bertanyakan soalan mengenai laluan yang paling mudah untuk ke Ch dari Kuala Lumpur.

Untuk makluman Linda dan semua pembaca blog, jika anda dari KL terdapat 3 laluan yang boleh dilalui sekarang. Ini termasuklah laluan baru iaitu Sg Koyan - CH. Setiap laluan mempunyai kelebihan dan kelemahan. Laluan mana yang anda ingin pilih adalah bergantung pada keselesaan, keberanian (melalui jalan kurang orang lalu), kebolehan (dari segi keupayaan tangan main stereng bila lalu selekoh), poket anda (nak jimat minyak atau tol) dan ketahanan engin kereta (kepada kepanasan akibat pendakian yang lama).

Fakta mengenai laluan tersebut:

1. Laluan Tapah - Cameron Highlands
- Paling banyak selekoh tajam, jalan sempit, kiri/kanan adalah jurang yang dalam, laluan mendaki. Jalan terlalu banyak lubang terutama 20km sebelum sampai CH.
- Bila hujan susah nak nampak jalan sebab air mengalir menuruni bukit.
- Suasana hutan kiri kanan dan agak meyeramkan bila waktu malam.
- Jarak dari KL ialah 210km dengan tol lebih kurang RM19.40.
- Laluan ramai orang guna, tepi jalan ade kampung orang asli (tapi nak ke dorang tolong kalau kita kesusahan?)
- Boleh singgah sebentar di air terjun Lata Iskandar jika nak relax dan hilangkan mabuk.
- Kurang jam sebab tak melalui kawasan tumpuan pelancong.
- Stesen minyak ada di Tapah dan seterusnya di Ringlet (45km).

2. Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
- Kurang mendaki, selekoh tak tajam, jalan luas, pemandangan cantik.
- Jalan takde lubang, bila hujan taklah sampai tak nampak jalan.
- Jarak dari KL ialah 280km dengan tol sebanyak RM24.80.
- Laluan ramai orang guna.
- Terlalu jam bila musim cuti terutama dari Kg Raja ke Tanah Rata sebab terlalu banyak melalui kawasan tumpuan pelancong. Jika nasib anda tak baik anda kena tempuh perjalanan 25km dari Kg Raja - Tanah Rata selama 5 jam.
- Stesen minyak di Simpang Pulai dan seterusnya di brinchang (90 km)

3. KL - (Lebuhraya Karak) - Bentong - Raub - Sg Koyan - Ringlet - Tanah Rata
- Paling kurang mendaki cuma kena lalu Bentong, Raub, Felda yang biasalah banyak kereta.
- Laluan yang baru hanya melibatkan Sg Koyan - Ringlet sekitar 90km sahaja. Rujuk entry saya berkaitan laluan ini.
- Jarak perjalanan ialah 260km dengan tol kurang dari RM10 di Karak Highway.
- Dah mula ramai orang guna laluan ini terutama penduduk Raub yang kerja di CH.
- Stesen minyak di Sg Koyan dan seterusnya di Ringlet (90km).

Akhir kata, terpulanglah pada anda untuk melalui jalan mana berdasarkan fakta yang saya sebutkan diatas.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, January 20, 2011

CHINESE NEW YEAR


Satu lagi tarikh yang menjadikan Cameron Highlands sesak tapi meriah.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, January 17, 2011

Sejuk la juga.....

Kebiasaanya pada penghujung Disember hinggalah akhir April, suhu yang direkodkan adalah agak rendah. Suhu 13 darjah celsius ini saya rekodkan pada jam 7 pagi tadi semasa menghantar anak ke sekolah.

Biasanya suhu akan lebih rendah pada malam yang cerah tanpa awan berbanding pada malam yang mendung.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, January 11, 2011

LE TOUR DE LANGKAWI 2011

Acara pembukaan iaitu KAYUHAN LE TOUR DE LANGKAWI- ‘Yellow Ride LTDL 2011’ telah pun berlangsung pada 9 Januari 2011 yang lepas di tapak parking MDCH. Sempat jugak bawak anak-anak pergi kutip belon.

Acara bagi peringkat keempat Ayer Tawar - Cameron Highlands pula akan berlangsung pada 26 Januari 2011. Satu acara yang warga CH nantikan setelah kali terakhir adalah pada 2007. Laluan meliputi pendakian melalui Simpang Pulai - Kg Raja - Brinchang - Tanah Rata sejauh ~ 90km atau 137.6 km jarak keseluruhan dari Ayer Tawar - Tanah Rata. Garisan penamat adalah di Tanah Rata (depan Bank BSN).

Banyak perubahan dapat dikesan terutama jalan berlubang di Kg Raja, Kuala Terla, Tringkap yang telah ditampal walaupun macam melepas batuk ditangga sahaja.

Jangan sampai ada pelumba terjatuh sebab jalan berlubang sudahla.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed