Tuesday, June 30, 2009

SURAT PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2006

Semenjak kebelakangan ini email saya banyak dihujani oleh pertanyaan mengenai Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Antara perkara yang ditanya ialah kelayakan, rate bilik dan apartment, bagaimana nak tempah dan pelbagai soalan lagi.

Sehubungan dengan itu (ewah..bahasa orang gomen la pulak!) saya linkkan Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 2006 yang menerangkan secara jelas mengenai RPP Cameron Highlands.

Semoga dengannya anda semua akan mendapat maklumat yang berguna.

Sekian, Terima kasih.

SURAT PEKELILING AM BIL 3 TAHUN 2006
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, June 24, 2009

TIME TUNNEL

Nama tempat: Time Tunnel
Lokasi: Masih di Bandar Brinchang, hanya lebihkurang 500m dari Arked Peladang. Pengunjung pasti jumpa sebab kat tepi jalan jer. Kat sini bukan hanya Time Tunnel tapi terletak juga ladang strawberry Kok Lim. Tapi nama Time Tunnel lebih menonjol.
Tiket: Setakat nak shopping kat gerai takyah bayar, tapi kena RM5(dewasa) dan RM3(kanak-kanak) kalau nak masuk Time Tunnel.
Apa yang menarik: Jualan produk Cameron.

Tulisan besar, kalau pengunjung tak jumpa, tak tahulah aku...



Kok Lim punya ladang strawberry.



Gerai menjual cenderamata.



Jalan masuk ke Time Tunnel dan kena bayar kalau nak masuk. Kat dalam adalah gallery barang antik.



Peralatan untuk sesiapa minat nak tanam bunga.



Benih bunga, harga dalam RM5 sepeket.



Produk makanan pun ada.



Lagi-lagi cactus!



lagi-lagi cactus!2X



Tumbuhan kegemaran aku, NOLINA. Entah kenapa buleh jatuh cinta kat dia nie!



Pusat jualan cenderamata.



Antara cenderamata yang boleh dibeli.





Selamat datang ke Cameron Highlands!
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - PARKLANDS HOTEL & APARTMENT



Nama hotel: Parkland Hotel & Apartment, Kowloon Hotel (semua hotel nie adalah pengurusan yang sama, dok pun dekat-dekat)
Lokasi hotel: Ditengah-tengah bandar Brinchang, betul-betul depan medan selera.
Lokasi apartment: Ditepi jalan besar, berseberangan kuil hindu di bandar Brinchang.
Tarikan: Ditengah-tengah bandar, dekat medan selera, pasaraya, pasar malam,

-klik pada gambar untuk besarkan-




TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, June 23, 2009

UNCLE SAM FARM

Nama Tempat: Uncle Sam Farm
Lokasi: Betul-betul sebelah Arked Peladang, kalau singah arked peladang, jangan lupa ke Uncle Sam sekali. Kang kecik hati pulak uncle tu.
Tiket: Masuk percuma.
Apa yang menarik: Sama macam tempat jualan lain, ada bunga, cactus, cenderahati dll.

Pintu masuk ke Uncle Sam, kena mendaki sikit.



Aneka cactus dan pokok dalam pasu.



Lagi-lagi cactus!



Pokok untuk menambahkan semak dalam rumah anda.



Pokok buluh kecik comel untuk hiasan.



Okey....selamat datang ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS - HOTEL RAINBOW



Nama Hotel: Rainbow
Lokasi: Ditengah bandar Brinchang, satu deretan dengan Pasaraya Jimat.
Tempat parking: Takde, jadi pandai-pandailah cari parking kat mana-mana.
Lokasi menarik dari hotel: Pasar malam (800m), medan selera (200m), KFC (200m), masjid (150m), pasaraya (10 tapak kaki), hentian teksi (50m), Petronas (100m), Shell (100m).

-klik gambar untuk besarkan-






TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, June 22, 2009

PAMPLET: BIG RED STRAWBERRY FARM





Untuk makluman semua pembaca sahaja. Cerita penuh pasal Big Red Strawberry Farm dah aku tulis dalam post di bawah

Big Red Strawberry Farm
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

FRAGRANCE NURSERY



Nama tempat: Fragrance Nursery
Lokasi: Kat jalan besar, lebihkurang 3 atau 4 km dari Bandar Brinchang menghala Kg. Raja.
Tiket: Percuma jer...
Apa yang menarik: Bunga dalam pasu, peralatan untuk berkebun, orkid dll.

Ini pandangan dari tepi jalan, sesapa lalu jalan nie tapi tak jumpa nursery nie, memang sah mata rabun siang.



Papan tanda penuh bunga-bungaan.



Antara pokok bunga dalam pasu sedia menanti pembeli. Pokok limau kecik pun ada.



Pusat jualan yang dipenuhi pelbagai cenderahati.



Pergilah mana-mana gerai, pasti jumpa cenderahati berbentuk strawberry. Nursery nie pun macam tu jugak.



Sudut menjual pokok orkid. Kat Cameron tak banyak menjual orkid mungkin kerana cuaca tak sesuai untuk spesies nie.



Orkid apetahnamadia no. 1



Orkid apatahnamadia no. 2



Pokok penangkap serangga.



Orkid apatahnamadia no. 3



Lagi himpunan pokok dalam pasu.



Kalau nak beli pasu, baja foliar atau media tanaman pun ada dijual, murah jer....



Lagi himpunan pokok dalam pasu.



Lagi-lagi bunga....



Hibiscus atau bunga raya, RM15 satu pot. Masa beli kat sini bunga besar, bila turun bawah, bunga jadi kecik, so jangan terkejut!



Cactus dan seperti biasa, 6=RM10



Lagi pokok-pokok yang kehijauan.



Rupanya banyak lagi ruang dalam nursery nie, bila korang berkunjung ke CH, korang masuklah ke dalam tu, aku malas nak ambik gambar sebab anak aku dah merengek nak aiskrim.



Okey, selamat ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, June 19, 2009

PAMPLET: GOLDEN HIGHLANDS ADVENTURE HOLIDAYS SDN. BHD

Ada beberapa agensi pelancongan yang boleh anda dapatkan perkhidmatan semasa berkunjung ke Cameron Highlands. Salah satu ialah Golden Highlands Adventure Holidays Sdn Bhd. Syarikat tersebut banyak menganjurkan pakej-pakej lawatan disekitar Cameron Highlands pada harga yang berpatutan. Ini termasuklah Country side excursion, Farmland Golden Discovery, night trekking bagi yang berani berjalan malam didalam hutan. Syarikat juga mempunyai pakej pengangkutan bagi sesiapa yang memerlukannya.

Apa pun korang tengoklah pamplet syarikat tersebut








TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed