Saturday, May 22, 2010

PAKEJ SARAPAN/TENGAHARI/MALAM

MENU PILIHAN

1. SARAPAN PAGI - RM3.50/pax termasuk minuman panas

i. Nasi lemak telur goreng/rebus
ii. Nasi goreng dengan telur goreng
iii. Mee/kuey tiow/beehoon goreng dengan telur goreng

2. Makan tenghari/malam

i. Nasi campur - RM5.00/pax termasuk air mineral
(1 lauk ayam/ikan/daging + 1 sayur)
ii. Nasi Ayam cameron - RM6.00/pax termasuk air mineral
(Ayam + salad + timun + tomato cherry)
iii. Nasi beriani - RM7.00/pax termasuk air mineral
(Ayam masak merah + dalca + acar)

Nasi lemak


Nasi ayam cameron


Nasi goreng


TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, May 21, 2010

SWEET HOME APARTMENT



Terima kasih kepada Azwa Azliha kerana mencadangkan. Sweet Home Apartment kepada saya. Untuk makluman semua, apartment tersebut berada di Kg. Raja iaitu lokasi kedua yang anda akan temui (selepas Blue valley) jika ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai.

Antara fakta berkaitan Kg. Raja ialah

1. Salah satu kawasan penempatan (JKKK) daripada 7 yang ada.
2. Berada 25km daripada Tanah Rata.
3. Bukanlah kawasan utama untuk tumpuan pelancong kerana tidak banyak tempat menarik untuk dilawati.
4. Kawasan agak rendah berbanding Tanah Rata dan Brinchang. Jadi taklah sejuk sangat.
5. Kegiatan utama adalah pertanian. Jika berada pada waktu malam, kawasan ini amat menarik kerana kebanykkan kebun bunga akan membuka lampu, menjadikan ia terang benderang sepanjang jalan.
6. Lokasi untuk menjamu selera bagi pengunjung muslim ialah di gerai KPW Kg. Raja.
7. Pasar malam di sini adalah pada hari rabu.

Bagi sesiapa berminat untuk menginap di sini, bolehlah melawat website di bawah

Sweet Home Apartment
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, May 18, 2010

LADANG KONTRAK FAMA BANTU USAHAWAN



~copy&paste from Utusan Online~

BANCIAN menunjukkan terdapat lebih kurang 5,000 petani mengusahakan tanaman sayur-sayuran di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.

Melihat daripada sudut positif, keadaan itu tentu sahaja mampu meningkatkan pengeluaran produk sayur berkualiti secara lebih produktif.

Namun, bagi pengusaha-pengusaha di sini, mereka sering berhadapan dengan beberapa masalah seperti kekurangan ruang pasaran selain penetapan harga yang tidak menentu.

Menyelami permasalahan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha berkenaan menerusi Program Ladang Kontrak.

Menerusinya, FAMA akan membeli produk-produk sayur untuk dipasarkan ke peringkat domestik dan antarabangsa dengan harga yang lebih tetap dan stabil.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Sahbani Saimin, bukan setakat peluang pasaran, malah pihaknya turut menawarkan pelbagai lagi kelebihan seperti latihan dan pemindahan teknologi.

''Projek ini turut digerakkan bersama beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian yang menawarkan latihan sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pula menyumbang pemindahan teknologi.

''Tujuannya adalah untuk membantu para petani meningkatkan pengetahuan dalam aktiviti penanaman agar dapat mengeluarkan hasil yang berkualiti dan seterusnya menembusi pasaran global,'' katanya.



Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Ladang Kontrak di antara FAMA dan 60 pengusaha ladang sayur-sayuran di Cameron Highlands baru-baru ini.

Sahbani memberitahu, buat permulaan, FAMA

bercadang mengeksport sayur-sayuran dari Cameron Highlands ke Singapura dengan tumpuan kepada beberapa komoditi utama seperti kubis, tomato dan limau cameron.

Di samping itu, pihak FAMA juga kini sedang giat melaksanakan program pemantauan menerusi sistem ladang kontrak elektronik (e-ladang kontrak).

''Pendaftaran sistem ini memerlukan para pengusaha memberikan maklumat berkaitan ladang mereka seperti jenis tanaman, nama pengeluar, tarikh dikeluarkan, jumlah pengeluaran dan sebagainya,'' jelasnya.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan tag label dan kain rentang program Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) kepada para petani sebagai simbolik pelaksanaan sistem itu di Cameron Highlands.

''Sebenarnya 3P telah dilancarkan sejak tahun 2008 lagi dan kini kita sedang menjalankan proses mendidik serta meningkatkan kefahaman petani-petani sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2011.

''Sistem ini bertujuan memastikan semua komoditi pertanian digred dan dibungkus mengikut teknik yang betul selain dilabel dengan maklumat produk secara terperinci.

''Sekarang ini pelangggan amat mengambil berat tentang kualiti dan keselamatan serta sumber produk yang dijual.

''Cara itu juga secara tidak langsung akan dapat mempromosikan ladang mereka kepada pelanggan,'' jelasnya.

Dalam perkembangan sama, FAMA turut melantik seramai 15 penanam sayur di Cameron Highlands yang akan bertindak sebagai pengusaha contoh dengan mengaplikasikan sistem itu secara menyeluruh di ladang masing-masing.

Usaha meningkatkan kesedaran terhadap pelaksanaan 3P juga dijalankan menerusi operasi sekatan jalan raya di beberapa lokasi laluan keluar produk sayuran dari ladang.

Antara kawasan yang dipilih adalah seperti di daerah Lojing iaitu di sempadan negeri Kelantan dan Pahang selain di Tapah dan juga Simpang Pulai, Perak.

Dengan adanya sistem 3P, ia akan dapat memudahkan aktiviti pasaran sayur-sayuran bermula dari ladang sehingga melalui pemborong, pengedar, peruncit, pengeksport dan akhir sekali kepada pelanggan.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, May 13, 2010

DIALOG PAGI AHAD DI PASAR TANI BRINCHANG

Pada ahad lepas saya mengiringi sahabat yang berhajat menghabiskan duit di pasar tani Brinchang. Katanya nak bawak balik sayur, bunga, cenderamata dan beberapa lagi benda mengarut dari Cameron Highlands. Sahabat saya berjalan mendahului saya dihadapan. Saya cuma menyapa beberapa kenalan yang berniaga disana. Tak lama kemudian, saya lihat sahabat saya kembali kepada saya sambil mulutnya mengunyah sesuatu.

Kawan: Sedap juga cokodok keledek cameron nie. Jagung bakar pun best.
Saya: Aku menjak dok sini tak pernah beli sumer benda ngarut nie.
Kawan: Hai...selama nie ko tak pernah makan cokodok nie ker? Ko makan apa? Takkan makan kodok idup....
Saya: Ko beli kat kedai cina ker?
Kawan: Kedai cina, tapi tukang jual tu indon, siap bertudung tu.
Saya: Indon tu tukang jual je, yang bancuh tepung tu sapa?
Kawan: Tepung je, bukan dia letak benda haram.
Saya: Jom aku tunjuk ko sesuatu.

Saya mengheret sahabat saya ke sebuah gerai yang menjual cucur, jagung rebus, bakar. Dari jauh dah kedengaran penjual indonnya mempelawa kami singgah.

Saya: Ko tengok kat belakang tu sapa?

Saya merujuk kepada seorang amoi cantik, berpakaian elok siap apron sedang duduk berbual bersama seorang lain. Dipangkuannya seekor anjing comel sedang enak diusap oleh tuannya.

Saya: Ko rasa amoi tu basuh tangan tak lepas usap anjing dia untuk bancuh tepung cokodok kau tu?
Kawan: Hampeh betul....ko pun satu dah habis empat hinggit cokodok aku makan, baru cakap.
Saya: Ko tak tanya.
Kawan: Habis tu jagung yang aku belum makan nie, nak buat apa?
Saya: Tanam boleh hidup kot?
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

MUSIM STRAWBERRY BERBUAH?



Saya ditanya berkaitan musim strawberry berbuah. Setahu saya pokok strawberry berbuah sepanjang tahun. Pokok strawberry ditepi rumah saya pula berbuah tanpa henti semenjak saya mula menanamnya.

Cuma yang saya pasti, harga strawberry yang bermusim. Pada musim pelancong kurang, rendahlah harganya (serendah RM10 sekilo). Jika tiba musim cuti sekolah dan pelancong mula membanjiri Cameron, harga mula naik (sehingga RM40 sekilo). Dahlah mahal, yang masih hijau pun dipetik. Biasanya dijadikan strawberry celup coklat. Dah salut coklat, mana perasan masih hijau kan?

~soalan dari azlan@mulitidiscovery.com.my. Email yang anda masukkan tak dapat nak di"reply"~
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, May 5, 2010

ADUHAI! 1 MEI 2010

Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei 2010, hari sabtu. Bagi negeri yang cuti hujung minggu pada sabtu/ahad, biasanya cuti tersebut tidak diganti kepada hari Isnin. Bagi negeri yang cuti hujung minggu jatuh pada jumaat/sabtu, maka mereka akan sambung cuti pada ahad (3 hari cuti).

Berdasarkan fakta tersebut, saya menjangkakan 1 Mei 2010 tidaklah sesesak mana seperti tahun-tahun lepas. Kebanyakan pelancong pun mungkin dari utara. Maka saya mengambil keputusan untuk turun ke Ipoh pada awal pagi. Sepanjang perjalanan ke Ipoh, saya lihat jalan menghala naik ke CH mula sesak, terutama dari Kea Farm ke Brinchang. Saya anggap itu perkara biasa.

Setelah selesai urusan di Ipoh, saya naik semula ke CH dan sampai Kg. Raja sekitar 5 petang. Jarak perjalanan saya cuma tinggal 25km sahaja untuk ke Tanah Rata.

Maka bermulalah perjalanan amat memeritkan saya dan kadar kesesakan teramat teruk. Apa yang saya boleh gambarkan disini ialah:

1. Saya menempuh perjalanan sejauh 25km selama 5 jam.
2. Saya tiba di Kg. Raja pada pukul 5 petang dan hanya sampai Brinchang pada pukul 9.48 malam.
3. Masa paling lama untuk kereta saya tidak bergerak langsung di jalanraya adalah 30 minit. Entah apa yang berlaku kat depan sampai tak bergerak langsung.
4. Kesesakan berakhir selepas pasar malam Brinchang. Selepas tu perjalanan menghala Tanah Rata kembali normal.
5. Terpaksalah qada solat magrib pada hari itu.

Apa yang saya perhatikan, antara punca perkara ini berlaku ialah

1. Hanya satu laluan untuk pengunjung dari Simpang Pulai ke CH. Sepanjang jalan utama tersebut pula terletaknya beberapa lokasi tumpuan pelancong.
2. Tiada tempat parking khusus dan mencukupi di 2 lokasi utama iaitu di Kea Farm dan pasar malam Brinchang. Kenderaan pengunjung diletakan di kaki jalan dan menyebabkan kesesakan.
3. Bila tiba waktu malam, kebanyakan land-rover milik petani diletakan dibahu jalan disekitar Kuala Terla, Tringkap dan Kg. Raja.

Mungkin perkara ini juga dialami oleh beberapa pembaca blog. Jika ada bolehlah berkongsi pengalaman anda disini.

~takde gambar pasal kesesakan nie sebab lupa nak bawak kamera~
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed