Sunday, April 22, 2012

CILI HABANERO


Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.

Beberapa hari lepas dalam satu kunjungan ke satu kebun di Cameron Highlands, saya menemui pokok cili Habanero. Pemiliknya hanya menanam beberapa pokok sebagai hobi kerana ia bukanlah ada pasaran kerana kepedasannya. Saya mengambil sebiji yang telah masak dengan harapan dapat menyemainya di rumah.

Petang tadi baru berkesempatan menyemainya di dalam polibag. Memandang rendah kepada kepedasannya, saya membelah dan mengeluarkannya dengan tangan tanpa sarung. Akibatnya sebaik sahaja saya membelahnya saya merasakan bau wap cili yang kuat. saya bersin dan terus bersin hampir sehingga 1/2 jam. Muka jadi panas dan tangan pula merasa pijar.

Harap-harap benih yang saya semai akan tumbuh dengan baik. Sebiji cili tu nanti akan saya berikan kepada seorang kawan saya yang dalam kategori "kuat pedas".
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, April 17, 2012

UNDI DI TANGAN ANDA

Bagi sesiapa yang pernah bertandang ke Cameron Highlands, pastinya pernah makan-makan di gerai, medan selera, restoren, kedai mamak atau dimana-mana sahaja. Sila kelaskan harga makanan di Cameron Highlands, tak kiralah sarapan, tengahari atau malam di facebook kami. Terima kasih.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000381895368
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, April 5, 2012

BHARAT TEA PLANTATION

Maaflah sebab saya terlepas satu maklumat penting berkaitan Bharat Tea Plantation. Saya ingatkan tak berapa penting, tapi rupa-rupanya ia mengelirukan seorang pembaca blog.

Jika sebelum ini saya masukkan N3 berkaitan seperti dibawah.

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2009/04/bharat-tea-plantation.html

N3 berkaitan merujuk kepada Bharat Tea Plantation utama di Tanah Rata, atau lebih tepat, kira-kira 5km dari pekan Tanah Rata menghala Ringlet. Sesiapa yang datang melalui Tapah atau Sg Koyan akan melalui Bharat Tea Plantation ini. Dan memanglah ia tumpuan utama jika kita bercakap mengenai Bharat Tea.

Sebenarnya Bharat Tea Plantation juga mempunyai ladang di sekitar Tringkap. Kalau tak silap saya nama ladang ini ialah Ladang Tong Kiat (atau disebut sebagai Bharat Tea Plantation - Tong Kiat Division). Maka jika anda dari Simpang Pulai, anda akan jumpa ladang ini ditepi jalan. Walaubagaimana pun ladang ini bukanlah tumpuan utama kerana tidak menyajikan suasana yang menarik. Lebih kepada pusat jualan sahaja.

Seorang pembaca blog keliru kerana bila sampai ke sana tetapi suasananya tidak sama seperti gambar yang saya uploadkan dalam blog. Apa pun kepada beliau, sekiranya bertandang ke Cameron Highlands dimasa akan datang, berkunjunglah ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed