Maka saya telah mengwujudkan ruangan di "sidebar" yang memaparkan maklumat/website berkaitan hotel sama ada berbintang-bintang atau budget untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung bolehlah klik terus hotel yang diminati berdasarkan budget. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lokasi tempat menarik bolehkah klik pada kategori - Lokasi menarik. Selain itu ada juga maklumat mengenai panduan pelancong, pamplet dan agensi pelancongan untuk kemudahan umum.
Maklumat yang dimasukkan selama lebih kurang 8 bulan blog ini bersiaran hanya mencakupi 60% dari keseluruhan maklumat berkaitan CH. Insyaallah, jika berkesempatan akan lebih banyak maklumat dimasukkan untuk tahun 2010 ini. Sokongan dari pihak pengunjung amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan blog Indahnya Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...