Monday, April 18, 2011

Gambar dikejauhan Apartment Mardi


Seorang sahabat di facebook meminta saya gambar luaran apartment Mardi. Rupanya Mardi juga telah mempunyai apartment yang khas untuk disewakan kepada pelancong. Apartment tersebut adalah salah satu blok kuarters baru Mardi yang siap pertengahan tahun lepas.

Sahabat facebook telah menempah apartment tersebut dan meminta saya mengambil gambar. Oleh kerana secara kebetulan apartment tersebut terletak dilaluan jungle walk ke Gunung Berembun yang saya daki hari tu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambarnya. Nak ambil gambar dekat-dekat rasa segan pula sebab ramai kakitangan Mardi di sana. Iyalah...itu kan kuarters dorang.....

Info dari sahabat saya yang bekerja di Mardi, apartment tersebut adalah 3 bilik dengan setiap bilik ada katil double. Rate dalam RM200 semalam (hari biasa kot), tetapi dengar katanya penyewa tak dibenarkan memasak. Agak rugi jika sewa apartment tapi cuma boleh masak air je kan?

Apa pun korang layan je lah.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, April 11, 2011

MENJELAJAH GUNUNG BEREMBUN


Gunung Berembun adalah salah satu pilihan pendaki di Cameron Highlands. Pada 10hb April 2011 maka bermulalah ekspedisi kami untuk menawan puncak Gunung Berembun. Walaupun telah banyak kali rancangan tergendala oleh cuaca yang tidak menentu. Sepanjang minggu lepas, jarang hujan turun maka kami mengambil keputusan untuk mendaki pada tarikh tersebut.

Laluan mendaki menggunakan route no 5 manakala penurunan menggunakan route no 7. Kedua-duanya bermula dan berakhir di Mardi Cameron Highlands. Route no 5 merupakan laluan yang tidaklah terlalu curam kecuali beberapa ratus meter terakhir yang cukup curam.

Track pada route no 5

Tempat persinggahan. Dari sini laluan akan berpecah, samada untuk ke Pejabat Hutan di Parit Falls atau ke Gunung Berembun.

Lubang pada pangkal pokok, dipercayai lubang tenggiling.

Pokok yang mempunyai tanda nama oleh Pejabat Hutan.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, April 5, 2011

THE PLANTER'S HOTEL

Hotel terbaru di Tanah Rata

Lokasi: Tanah Rata (bersebelahan Ambank)
Mula beroperasi: 3-4 bulan lepas.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, April 4, 2011

ANAK BELASAH IBU KERANA DUIT

KUANTAN 18 Mac - Akibat enggan memberikan wang, seorang anak bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan ibu kandungnya sendiri sehingga menyebabkan mangsa cedera di kepala, kelmarin.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kuala Terla, Jalan Perlong dekat Cameron Highlands.Mangsa yang berusia 61 tahun dikatakan sering dipukul oleh anak lelakinya berusia 43 tahun yang tidak bekerja dan kejadian itu sering berlaku ketika suspek mabuk selepas meminum arak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek yang baru pulang ke rumah tiba-tiba mengamuk.

"Suspek dalam keadaan mabuk mengamuk dan memaki-hamun ibunya sebelum menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai."Berikutan itu, kepala mangsa cedera, namun bapanya yang berusia lingkungan 60-an dan turut berada dalam rumah itu tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa melaporkan anaknya kerap memarahi dan memukul mereka suami isteri.Katanya, suspek yang selalu meminta wang itu juga sering mengkasari, menyerang serta mengugut ibu dan ayahnya.

Berikutan laporan itu, kata Mohd. Haris, polis telah menahan suspek dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

LALUAN CH - KUANTAN MELALUI SG KOYAN AKAN DIPROMOSIKAN

KUANTAN 3 April - Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.

"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.

Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.

"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

80 pendidik sertai Konvoi Amal Bermotosikal


KUANTAN 31 Mac - Seramai 80 warga pendidik Pahang menyertai Konvoi Amal Bermotosikal bagi mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan bahaya penggunaan dadah kepada penduduk pedalaman di negeri ini.

Konvoi selama empat hari sejauh lebih 1,000 kilometer itu bermula dari pekarangan Jabatan Pelajaran Pahang dan berakhir di Cameron Highlands sebelum pulang semula ke bandar ini Ahad ini.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, selain mengedar risalah, peserta turut melakukan kerja-kerja amal dengan mengadakan gotong-royong membersihkan kubur, melawat rumah anak yatim dan memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli.

"Dalam perjalanan pergi, mereka akan melalui bandar Raub, Sungai Koyan, Kuala Lipis dan Betau sebelum tiba di Cameron Highlands."Dalam perjalanan pulang pula, mereka akan melalui Tanjung Gahai dan Temerloh sebelum sampai ke sini," katanya selepas melepaskan peserta konvoi itu hari ini.

Mazlan berkata, konvoi amal tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat dan budaya gotong-royong, malah merapatkan lagi hubungan persaudaraan bersama masyarakat setempat.

Beliau turut berharap masyarakat dapat memberi kerjasama supaya matlamat konvoi berkenaan dalam membina hubungan persaudaraan tercapai dan tidak menolak kemungkinan aktiviti konvoi tersebut dijadikan acara tahunan bagi Jabatan Pelajaran Pahang.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

EMPANGAN HIDROELEKTRIK HULU JELAI


CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sebanyak RM14 juta sebagai pampasan kepada penduduk Orang Asli di 14 kampung yang terlibat dengan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi pampasan itu, terdapat Orang Asli bakal menerima 'durian runtuh' paling tinggi sebanyak RM100,000.

''Kita melaksanakan penilaian di kawasan tanaman dan tempat tinggal yang terbabit dengan projek empangan secara teliti dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah projek itu di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara majlis pecah tanah itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini.

Che Khalib memberitahu, projek itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan kontraktor projek supaya mengambil seberapa ramai pekerja di kalangan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy pula berkata, selain peluang pekerjaan, projek berkenaan akan melahirkan ramai usahawan baru yang terbabit dengan pembinaan, pembekalan dan makanan.

''Peluang pekerjaan sentiasa menanti belia Orang Asli apabila projek ini bermula di samping mereka juga dapat mempelajari kepakaran tertentu," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli perlu mengubah sikap apabila menerima tempias pembangunan di kawasan masing-masing.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

USIA 51 TAHUN MILIKI 33 REKOD JENAYAH

~copy and paste from UtusanOnline~

CAMERON HIGHLANDS 8 Mac - Seorang lelaki berusia 51 tahun yang memiliki 33 rekod jenayah lampau nampaknya masih belum insaf apabila ditahan lagi kerana memecah masuk sebuah rumah di Kampung Raja di Cameron Highlands, semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika memecah masuk rumah itu semasa penghuninya keluar bekerja.

Menurutnya, sebelum ini, suspek berasal dari Ulu Cheras, pernah menceroboh dua buah rumah di kawasan tersebut Januari lalu dan perbuatannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di situ.

"Hasil pemeriksaan CCTV, polis mengesahkan suspek pernah melakukan jenayah di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan alat pemotong dan pencungkil pintu gril selain memecahkan tombol sebelum menceroboh masuk rumah mangsa.

Tambahnya, kerugian yang membabitkan dua rumah sebelum ini dianggarkan RM15,000 hingga RM20,000, setelah suspek melarikan wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed