Monday, April 4, 2011

ANAK BELASAH IBU KERANA DUIT

KUANTAN 18 Mac - Akibat enggan memberikan wang, seorang anak bertindak di luar batasan apabila sanggup mencederakan ibu kandungnya sendiri sehingga menyebabkan mangsa cedera di kepala, kelmarin.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kuala Terla, Jalan Perlong dekat Cameron Highlands.Mangsa yang berusia 61 tahun dikatakan sering dipukul oleh anak lelakinya berusia 43 tahun yang tidak bekerja dan kejadian itu sering berlaku ketika suspek mabuk selepas meminum arak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, (Bahagian Siasatan dan Perundangan) negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek yang baru pulang ke rumah tiba-tiba mengamuk.

"Suspek dalam keadaan mabuk mengamuk dan memaki-hamun ibunya sebelum menolak mangsa hingga terjatuh ke lantai."Berikutan itu, kepala mangsa cedera, namun bapanya yang berusia lingkungan 60-an dan turut berada dalam rumah itu tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa melaporkan anaknya kerap memarahi dan memukul mereka suami isteri.Katanya, suspek yang selalu meminta wang itu juga sering mengkasari, menyerang serta mengugut ibu dan ayahnya.

Berikutan laporan itu, kata Mohd. Haris, polis telah menahan suspek dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed