Tuesday, May 5, 2009

PUSAT JUALAN BUNGA DAN CACTUS



Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Samalah macam satu tempat yang aku nak beritahu nie. Tempat jualan nie, aku tak tahu nama dia dan memang aku dah cari papan tanda, memang takde nama. Tempat dia sempoi je, tapi apa yang dijual didalamnya agak menarik juga. Sebab itulah jangan kita anggap tempat sebegitu tidak ada apa-apa yang menarik.

Lokasinya amat mudah. Sesiapa dari Tanah Rata dan menuju ke Ringlet atau ke Tapah masa nak balik tu akan jumpa tempat nie. Hanya lebih kurang 9-10km je dari Tanah Rata. Kita memang akan perasan tempat nie sebab bersebelahnya memang takde tempat jualan lain.

Jom kita tengok apa yang ada dijual disini.

Ini pintu masuk ke tempat tu, memang agak kurang menarik. Parking kereta korang di tepi jalan je dan letak elok-elok sebab tempat nie betul betul diselekoh jalan, mendaki pulak tu.



Bila korang masuk, baru tahu tempat agak ramai pengunjungnya.



Mula-mula korang akan jumpa jualan bunga segar. Ada berbagai jenis.



Jualan sayur-sayuran, seperti couliflower, kobis, kentang, keledek madu, tomato cerry dan tembikai wangi.



Pokok buluh kecik untuk hiasan. Orang kata sesiapa memilikinya akan bernasib baik. Pada aku sekadar cantik je...



Magnet peti sejuk berbagai bentuk. Aku tak boleh simpan benda ini kat rumah sebab sekejab je dah hilang dikerjakan askar aku 3 orang kat rumah tu.



Seperti biasa pokok periuk kera, jangan cari kera kat Cameron Highlands sebab memang takde.



Cenderamata pun ada dan seperti biasa berwarna merah la....payung, bantal, kotak tisu, beg kecik dan besar.



Pokok untuk jualan, beli banyak untuk menambah semak dirumah anda.



Aneka pokok orkid.



Sesapa nak tanam bunga bolehlah dapatkan pasunya juga, ada jual baja, tanah semaian dan lain-lain.



Yang nie aku tak tahu pokok ape....yang berpintal-pintal tu hanyalah sokongan pokok tu dan bukannya sebahagian dari pokok!



Cactus berwarna warni, kata tokeh tu dari Holland.



Yang nie aku tahu nama dia, Pocket Money Plant berdasarkan label pada pasu dia ......Pokok nie ditanam dalam cengkerang siput yang besar. Harga dia RM10 je....



Jadi, berkunjunglah ke Cameron Highlands.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

3 comments:

  1. saya suka tnm pokok...xkira bunga ke,cactus,pokok berdaun je ke...best tgk.harga ok x kt CH?

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed