Saturday, March 2, 2013

Sejak saya berpindah ke Johor, masih ramai yang menghubungi saya untuk tempahan katering. Untuk itu saya masukkan no telepon kawan saya yang juga menjalankan perkhidmatan katering di Cameron Highlands. Sila berurusan terus dengan beliau untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Untuk makluman, saya cuma memasukkan no telepon beliau dan tidak bertanggungjawap terhadap mutu perkhidmatan. Namun begitu saya mencadangkan beliau kerana percaya beliau adalah antara penerima tempahan katering yang boleh diyakini.

PUAN YATI 0199573746
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, November 20, 2012

SETIAP YANG BERMULA PASTI AKAN BERAKHIR

Untuk makluman, saya bukan lagi warga Cameron Highlands bermula 15 November 2012 yang lepas. Saya kini adalah warga Kluang, Johor. Blog ini akan saya biarkan bersiaran selagi ia diperlukan pengunjung dan tidak ada lagi sebarang "update" yang akan saya masukkan. Sepanjang hampir 4 tahun ini, saya memohon maaf atas segala kesilapan yang saya tidak sengajakan. Kepada sesiapa yang pernah menempah makanan daripada kami, ribuan terima kasih saya ucapkan. Semoga blog Indahnya Cameron Highlands tetap memberi manafaat kepada pengunjung Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, September 26, 2012

RUMAH PERANGINAN KOMARDI

Selepas saya masukkan sedikit info berkaitan Rumah Rehat milik Komardi, ramai juga yang PM di facebook dan menghantar email bertanya mengenainya. Secara ringkas ia adalah milik Koperasi Pegawai-Pegawai Mardi Berhad.

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung terus dengan Komardi. Atau lawat websitenya iaitu http://komardi.com. Untuk makluman semua, saya takde kena mengena dengannya tau, jadi jangan tempah dengan saya...hehehe





TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Hanya kad penganti bicara. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, August 1, 2012

SAYUR "TEE WAN CAI"












Sayur "Tee Wan Cai"....menurut seorang petani di Kuala Terla. Tak tahulah ejaan sebenar macam mana. Saya tanya nak masak macam mana? Petani tu kata masak "goleng balacan". Ada sesiapa tahu nama sebenarnya?
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, July 30, 2012

TAMAN AGRO AL MASHOOR KUALA TERLA

Salah satu tarikan di Cameron Highlands yang sering dilawati ialah Taman Agro Al Mashoor di Taman Sedia. Pada awal tahun 2012, Taman Agro Al Mashoor telah membuka satu lagi cawangan iaitu di Kuala Terla. Amat mudah untuk kesana kerana hanya terletak di tepi jalan raya. Tempat parking yang luas, pusat jual yang menarik, kemudahan tandas dan surau. Jangan lupa ke sana jika berkunjung ke Cameron Highlands.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Sunday, April 22, 2012

CILI HABANERO


Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.

Beberapa hari lepas dalam satu kunjungan ke satu kebun di Cameron Highlands, saya menemui pokok cili Habanero. Pemiliknya hanya menanam beberapa pokok sebagai hobi kerana ia bukanlah ada pasaran kerana kepedasannya. Saya mengambil sebiji yang telah masak dengan harapan dapat menyemainya di rumah.

Petang tadi baru berkesempatan menyemainya di dalam polibag. Memandang rendah kepada kepedasannya, saya membelah dan mengeluarkannya dengan tangan tanpa sarung. Akibatnya sebaik sahaja saya membelahnya saya merasakan bau wap cili yang kuat. saya bersin dan terus bersin hampir sehingga 1/2 jam. Muka jadi panas dan tangan pula merasa pijar.

Harap-harap benih yang saya semai akan tumbuh dengan baik. Sebiji cili tu nanti akan saya berikan kepada seorang kawan saya yang dalam kategori "kuat pedas".
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, April 17, 2012

UNDI DI TANGAN ANDA

Bagi sesiapa yang pernah bertandang ke Cameron Highlands, pastinya pernah makan-makan di gerai, medan selera, restoren, kedai mamak atau dimana-mana sahaja. Sila kelaskan harga makanan di Cameron Highlands, tak kiralah sarapan, tengahari atau malam di facebook kami. Terima kasih.

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000381895368
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, April 5, 2012

BHARAT TEA PLANTATION

Maaflah sebab saya terlepas satu maklumat penting berkaitan Bharat Tea Plantation. Saya ingatkan tak berapa penting, tapi rupa-rupanya ia mengelirukan seorang pembaca blog.

Jika sebelum ini saya masukkan N3 berkaitan seperti dibawah.

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2009/04/bharat-tea-plantation.html

N3 berkaitan merujuk kepada Bharat Tea Plantation utama di Tanah Rata, atau lebih tepat, kira-kira 5km dari pekan Tanah Rata menghala Ringlet. Sesiapa yang datang melalui Tapah atau Sg Koyan akan melalui Bharat Tea Plantation ini. Dan memanglah ia tumpuan utama jika kita bercakap mengenai Bharat Tea.

Sebenarnya Bharat Tea Plantation juga mempunyai ladang di sekitar Tringkap. Kalau tak silap saya nama ladang ini ialah Ladang Tong Kiat (atau disebut sebagai Bharat Tea Plantation - Tong Kiat Division). Maka jika anda dari Simpang Pulai, anda akan jumpa ladang ini ditepi jalan. Walaubagaimana pun ladang ini bukanlah tumpuan utama kerana tidak menyajikan suasana yang menarik. Lebih kepada pusat jualan sahaja.

Seorang pembaca blog keliru kerana bila sampai ke sana tetapi suasananya tidak sama seperti gambar yang saya uploadkan dalam blog. Apa pun kepada beliau, sekiranya bertandang ke Cameron Highlands dimasa akan datang, berkunjunglah ke Bharat Tea Plantation di Tanah Rata.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, March 16, 2012

EMAIL DARI PEMBACA BLOG INDAHNYA CAMERON HIGHLANDS

Seorang pembaca blog menghantar email kepada saya berkaitan jalan yang menghubungkan Sg Koyan - Cameron Highlands.

"Ini pertama kali saya ke Cameron Highlands memandangkan dahulu jika dari Kuantan kena ikut hiway, jauh pulak tu. Kete pulak dah tua (Iswara 1995), takut juga kerana terbayang pendakian ke atas gunung, kalau tak kena boleh berasap kete dibuatnya. Tapi pengalaman melalui jalan baru Sg Koyan agak mengejutkan. Sepanjang laluan sejauh 70km, kete saya steady je guna gear 5, sekali sekala jatuh gear 4. Jalan pun tak berliku mana. Bila masa pulak laluan mendakinya? Tiba-tiba je sampai puncak. Apa pun terima kasih sebab beri cadangan guna laluan tersebut."

Hehehe...tersenyum saya membaca email diatas. Sebenarnya sepanjang laluan tersebut adalah satu pendakian. Cuma kecerunannya kurang, maka tidaklah terasa pendakian tersebut.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed