Sunday, April 22, 2012

CILI HABANERO


Cili Habanero, antara cili terpedas didunia. Jika dibandingkan dengan cili terpedas didunia iaitu cili Bhut Jolokia ( dengan nilai kepedasan 1,001,034 unit Scoville), cili Habanero hanya mempunyai kadar kepedasan sekitar 580,000 unit Scoville. Bagi sesiapa yang kurang pasti bagaimana kepedasan mengikut unit Scoville, cili padi yang kita buat sambal belacan tu mempunyai kadar kepedasan sekitar 100,000 unit Scoville.

Beberapa hari lepas dalam satu kunjungan ke satu kebun di Cameron Highlands, saya menemui pokok cili Habanero. Pemiliknya hanya menanam beberapa pokok sebagai hobi kerana ia bukanlah ada pasaran kerana kepedasannya. Saya mengambil sebiji yang telah masak dengan harapan dapat menyemainya di rumah.

Petang tadi baru berkesempatan menyemainya di dalam polibag. Memandang rendah kepada kepedasannya, saya membelah dan mengeluarkannya dengan tangan tanpa sarung. Akibatnya sebaik sahaja saya membelahnya saya merasakan bau wap cili yang kuat. saya bersin dan terus bersin hampir sehingga 1/2 jam. Muka jadi panas dan tangan pula merasa pijar.

Harap-harap benih yang saya semai akan tumbuh dengan baik. Sebiji cili tu nanti akan saya berikan kepada seorang kawan saya yang dalam kategori "kuat pedas".


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

5 comments:

  1. Boleh ke kongsi benih dengan saya? Saya jauh tak dapat nak ke Cameron

    ReplyDelete
  2. Saya pun cuma dapat sebiji sahaja. Dah semai tapi tak janji boleh tumbuh, takut cili yang saya ambil tu tak cukup matang.

    ReplyDelete
  3. Ini cili sarawak...kat sarawak byk

    ReplyDelete
  4. camne cara penjagaan nye..same ke ngan cili biase?

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed