Tuesday, August 17, 2010

KEDAI MAKAN DI HARI RAYA



Soalan dari Rozita yang bertanyakan adakah kedai makan melayu dibuka pada hari raya?

Jawapan: Memang susah nak makan di kedai masa lepas raya.

Alasannya: Kalau hari raya puasa memanglah tiada yang buka pada raya pertama hingga ke-3. Dan insyaallah akan ada sebuah dua yang buka pada raya ke-4 dan seterusnya. Tapi taklah banyak mana pun. Gerai Zainab Sam, confirm 2-3 minggu lepas raya baru buka. Inikan pula satu deretan medan selera di Tanah Rata di tutup semenjak 2 bulan lepas sebab MDCH nak buat renovation. Gerai Fauzi tomyam di Brinchang mungkin raya ke-3 dah buka. KFC dan Marrybrown pula tak tutup masa raya.

Biasanya pengunjung yang datang ke CH diwaktu raya akan menginap di apartment sebab senang nak masak sendiri. Tak payahlah nak meronda satu cameron nak cari kedai makan. Tapi masalah juga sebab penjual ayam sembelih seperti Kak Ani di Tanah Rata dan Nasir di Brinchang memang tutup kedai. Kalau nak masak pun beli je ikan atau lain lain yang tak perlu sembelih seperti sotong, udang, ketam.

Penjual makanan di sini biasanya cuti agak lama selepas raya kerana mereka kepenatan berniaga di pasar ramadan sepanjang bulan puasa.

Kesimpulanya: Jika anda ke CH selepas raya, memang ada masalah untuk dapatkan kedai makan muslim terutama jika anda memang cukup sensitif pasal soal halal haram. Tapi aku tengok ramai gak pengunjung, lepas raya makan kat kedai cina. Alasan mereka "kan ade tulis tu, no pork serve". Terpulanglah pada individu untuk menilainya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, August 13, 2010

TETAMU TANPA DIUNDANG

~gambar takde kene-mengena dengan Cameron Highlands~

Assalamualaikum, buka pose masak aper ari nie? Cam sedap je baunya.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, August 12, 2010

PEGAWAI TLDM SESAT DI CAMERON HIGHLANDS

~dengar ceritanya tentera nie datang bertiga nak naik gunung brinchang, tiba masa hari nak naik tu, 2 orang lagi rasa berat hati nak naik, jadi dia pun naik sorang-sorang. Kira hati panas jugak la sebab member lain tak jadi ikut. Dia tak cakap pun dengan orang lain yang dia nak naik jugak. Member cari dia pagi tu, tak tahu pergi mana. Tanya kat balai polis, baru tahu dia naik sorang. Iktibarnya ialah jangan ikutkan hati yang panas tu kalau nak daki gunung. Kalau rasa hati tak sedap je, takyahlah naik gunung kat memana pun~

Mula artikel yang aku songlap dari Utusan dot com.

IPOH 7 Ogos - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands, Ahad lalu, ditemui selamat di Kampung Terah, Gua Musang, Kelantan, pagi ini.

Kampung tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Leftenan Mohd. Al-Amin Rohizat, 27, ditemui oleh penduduk kampung di Masjid Kampung Terah pada pukul 8.30 pagi.

"Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Mangsa telah dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk dirawat.

"Operasi mencari dan menyelamat yang bermula Selasa lalu dihentikan serta merta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Al-Amin yang berasal dari Kampung Rapat di sini, tiba dan bermalam di Cameron Highlands. Keesokannya, mangsa yang gemar dengan aktiviti lasak dikatakan keluar mendaki di kawasan itu secara bersendirian tanpa dibantu pemandu arah.

Namun, mangsa yang sepatutnya keluar pada keesokannya disedari hilang selepas tidak melaporkan diri di Pangkalan TLDM Lumut pada 2 Ogos lalu.Mangsa juga tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Rapat di sini.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HILLVIEW APARTMENT


~gambar tak clear sebab guna kamera HP je~

Pertanyaan melalui email dari seorang pembaca blog. Ingin tahu bagaimana rupa dan lokasi Hillview Apartment di Cameron Highlands. Untuk makluman semua, apartment tersebut terletak di tengah-tengah bandar Brinchang atau lebih tepat bersebelahan balai bomba dan ditingkat atas kedai Chop Eng Huat (kedai jual racun dan baja). Antara pilihan pengunjung yang mencari apartment di Brinchang selain Star Regency dan Country Lodge.

Saya hanya dapat ambil gambar luaran sahaja dan pada pendapat saya ia agak menarik juga sebab setiap unit ada ruang balkoni. Taklah rasa lemas takleh bernafas kalau takde balkoni kan. Suasana tu biasalah, dok tepi jalan dan bising sikit.

Tempahan dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan Hotel Green Garden Lodge sebab satu tokeh sama. Hotel tu pun berapa seberang jalan sahaja.

Hill Garden Lodge
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, August 9, 2010

LALUAN TERBARU KE CAMERON HIGHLANDS


View Larger Map

Tahun 2010 menyaksikan satu lagi laluan baru siap sepenuhnya ke Cameron Highlands iaitu jalan yang menghubungkan Ringlet (Cameron Highlands) ke Sg. Koyan (Pahang). Laluan ini memudahkan urusan warga Cameron Highlands ke daerah lain di Pahang terutama Kuantan.

Saya masih ingat lagi salah satu bentuk gurauan bagi warga Pahang yang tinggal di Cameron Highlands. "Kesian korang, kerja di Cameron Highlands tapi bila nak balik kampung kat Raub, Bentong atau Kuantan kena lalu negeri orang dulu". Iyelah, nak balik kampung kena turun Tapah, masuk PLUS, keluar Tanjong Malim, baru masuk Karak Highway dan terus ke Kuantan. Berapa buah negeri kena lalu baru sampai. Sekarang mereka boleh tersenyum kerana wujudnya jalan baru ini. Ehsan dari DYMM Sultan Pahang yang saban tahun ke Cameron Highlands.

Kini laluan kami cukup mudah hinggakan seorang kawan yang berasal dari Raub boleh keluar 8 pagi untuk menghantar anak balik kampung dan sampai semula ke Cameron Highlands sebelum makan tengahari.

Saya pernah melalui jalan tersebut sebanyak 2 kali dan pendapat peribadi saya menyatakan ia adalah jalan termudah berbanding 3 lagi laluan iaitu CH - Tapah, CH - Loging, Kelantan dan CH - Simpang Pulai.

Semenjak laluan tersebut siap juga menyaksikan CH sekarang cukup sesak pada hujung minggu dan saya mula bertemu dengan pelancong dari Raub dan Bentong yang datang ke CH dan balik pada hari yang sama.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, August 6, 2010

JAJAHAN KECIL LOGING - JIRAN TERDEKAT CAMERON HIGHLANDS



~Cerita berkaitan jiran terdekat Daerah Cameron Highlands, cuma ~10km sahaja dari Kg. Raja. Kebanyakkan petani yang membuka kebun disana, termasuklah peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Loging adalah dari Cameron Highlands. Diharapkan dengan pembangunan pesat Tanah Jajahan Kecil Loging kelak tidak akan menyebabkan bumi Cameron Highlands menjadi lebih panas~

Mula artikel yang ditangkap muat dari Utusan Online

LOJING 5 Ogos - Kampung Penangau, sebuah penempatan Orang Asli yang terletak di tepi jalan utama sempadan Gua Musang-Cameron Highlands bertukar meriah hari ini. Ia berikutan kehadiran lebih 1,000 masyarakat tempatan menyambut ketibaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ke kampung berkenaan secara rasmi buat pertama kali sejak dilantik memerintah negeri ini.

Kampung tersebut yang terletak hampir 300 kilometer dari Kota Bharu dan mengandungi kira-kira 50 buah rumah, mula sesak dengan kehadiran pelbagai peringkat usia masyarakat termasuk ratusan pelajar sekolah yang mula berhimpun seawal pukul 8 pagi.

Walaupun 'disambut' udara pagi dingin di tanah tinggi itu, penduduk dari beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Jekjok, Kampung Mend Rod, Kampung Pos Brooke dan Kampung Sangwai A tetap tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri rupa paras bakal raja mereka itu.

Kehadiran Tengku Muhammad Faris ke kampung berkenaan adalah untuk melancarkan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil bermula hari ini.Turut hadir, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta barisan pemimpin kerajaan negeri dan kaum kerabat baginda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegembiraan jelas terpancar di wajah masyarakat Orang Asli di sini, malah sebaik ketibaan baginda yang segak dengan baju Melayu berwarna hijau kira-kira pukul 12 tengah hari, kesemua hadirin segera bersorak dan mengibarkan bendera negeri.Selain itu, sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang untuk bergaya dengan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni.

Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa teruja kerana buat pertama kali Tengku Muhammad Faris lebih dekat dengan mereka.

"Memang saya gembira sebab dapat tengok baginda. Dari kelmarin cikgu cakap raja nak datang jumpa kami," kata Kiran Arwinda, 13, yang menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2.

Rakannya, Azura Anjang, 13, ketika ditemui turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat baginda.Sementara itu, bagiNorain a/p Mat Nor, 13, kehadiran Tengku Muhammad Faris serta kerabat diraja yang lain membuatnya merasa lebih dekat dengan institusi diraja Kelantan.

"Syukur dapat tengok baginda sebab sebelum ini nampak dalam televisyen saja kalau selalu begini lagi bagus."Saya sayang raja dan kalau dapat mahu salam dengan baginda," kata pelajar cilik itu dalam pelat Orang Aslinya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed