Monday, December 20, 2010

TRAGEDI DI SIMPANG PULAI

26 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, December 7, 2010

Jawapan kepada email


Email dari Cik Azie yang inginkan gambar hotel Sentosa. Beliau telah pun disyorkan hotel tersebut oleh seorang rakan, tetapi masih kabur keadaannya. Kalau boleh lihat gambaran luaran pun sudah mencukupi bagi beliau.

Untuk makluman beliau dan pembaca blog lain, Hotel Sentosa adalah kategori hotel budget dan berada ditengah-tengah bandar Brinchang. Bersebelahan hotel tersebut ialah pasaraya Jimat, Klinik Wong dan Hotel Rainbow. Kena menapak tangga yang agak curam untuk ke hotel tersebut yang berada ditingkat 1, 2 dan 3. Kalau bawa orang tua yang ketar lutut, baik pikirkan dahulu untuk menginap di sini. Bawahnya ialah Restoren Sri Sentosa, milik India dan bukan mamak yer.....halal ke tak...korang buatlah keputusan sendiri.

Beberapa bulan lepas, saya pernah menemani seorang kawan membuat tempahan hotel tersebut. Rate pada waktu itu (luar cuti sekolah) ialah RM98 sahaja. Jika korang naik tahu rate sebenar, sila hubungi sendiri pihak hotel.

SENTOSA HOTEL
38, Main Road, Brinchang
39100 Cameron Highlands
Tel : 605-4911907

Semoga Cik Azie berpuashati dengan gambar tersebut.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, December 1, 2010

LADANG TEH BOH DI SG PALAS

Saya jarang melawat ladang BOH Sg Palas. Bukan tidak menarik tapi sebab jalan masuk agak sempit, berliku dan merbahaya jika berselisih dengan kenderaan lain, maka saya lebih suka mengunjungi ladang teh milik Bharat Tea Plantation

Kunjungan terbaru pun atas dasar tugas. Sebelum balik, sempatlah mengambil beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog. Gambar pun kurang berkualiti, tapi takpe sebab bagi sesiapa inginkan gambar jelas, datanglah ke BOH Sg Palas dan bergambarlah sepuashati.

Antara gambar yang sempat saya ambil.

Ruangan tempat minum teh. Hari tu minum Teachino RM3.30 segelas.

Ruang legar ke kilang teh. Ada poster pasal sejarah teh dan ladang ini.


Pusat jualan produk teh BOH.

Papan tanda untuk pelawat. Pelawat kena tunggu staff kilang untuk lawatan masuk ke kilang. Aku? redah je....malas nak tunggu.

Pintu masuk kilang teh. Hanya BOH yang benarkan pelawat masuk kilang, kalau Bharat Tea Plantation, korang tengok dinding je lah....

Proses dalam kilang teh. tengok kat tingkap kaca je....takleh masuk dalam production line dia arr...


Mesin mengisar daun teh.

Daun teh dah siap dikisar.

Suasana dalam kilang.

Peringkat dalam pemprosesan daun teh.

Daun teh sedang diproses.

Suasana dalam kilang.

Untuk mengalami sendiri maka datanglah ke Camaeron Highlands.







TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, November 29, 2010

KEMUDAHAN BBQ DI COTTAGE MARDI

Menjawap pertanyaan dari Puan Elyana melalui email. Beliau bertanyakan soalan adakah kemudahan untuk BBQ disediakan di Cottage Mardi.

Saya cuma boleh memberikan jawapan "ya" dan jika hendakkah jawapan lebih jelas, eloklah beliau sendiri menghubungi pihak Mardi. Saya telah pun memasukkan entry berkaitan Cottage tersebut untuk kemudahan anda (rujuk ruangan "Apartment dan Homestay" disebelah kanan). Berkaitan kemudahan apa yang tersedia, lebih baik pihak Mardi menjawapnya kerana jika saya menjawap takut tersalah cakap, saya pula dipersalahkan.

Namun begitu, oleh kerana Cottage Mardi adalah laluan tetap saya setiap hari untuk menghantar anak ke kelas KAFA, maka sempatlah juga saya "mencuri" gambar kawasan yang dikhaskan untuk BBQ di Cottage Mardi.

Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, hanya gambar luaran sahaja yang saya boleh dapatkan. Sebenarnya pihak Mardi tidak berapa suka jika orang lain masuk campur dalam urusan taman agro mereka walaupun artikel yang saya masukkan dalam blog sebenarnya mempromosikan mereka juga.

Masih lekat dalam ingatan saya bagaimana saya dihalau dari kafetaria mereka hanya kerana menjadikan taman agro mereka sebagai tempat pertemuan dengan pelanggan kami yang menempah makanan. Sedangkan kafetaria mereka tidak dibuka pun pada sabtu/ahad. Tempahan katering kami hanya sekitar 2-3 tempahan sahaja sebulan, tidak menjejaskan sesen pun pendapatan mereka.

Apa pun untuk Puan Elyana, gambar dibawah untuk tatapan anda.

Cottage Mardi dari pandangan depan.

Ruangan untuk BBQ.


Alatan BBQ.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, November 26, 2010

Homestay milik Mak Nab


Banyak juga pengunjung blog yang bertanya mengenai homestay milik Mak Nab. Untuk makluman pembaca blog lainnya, Mak Nab ialah pemilik Gerai Zainab Sam di medan selera Tanah Rata. Antara kedai makan yang digemari oleh pelancong dan penduduk tempatan. Beliau bersama suami beliau iaitu Pak Wan amat peramah dan sentiasa lembut orangnya. Padanlah sebagai antara orang tua yang disegani di cameron Highlands.

Makan di gerai beliau beberapa malam lepas, memberi peluang saya untuk "menemuramah" beliau untuk mendapatkan no telepon beliau. Khas untuk pembaca blog yang ingin bertanya/menempah homestay beliau di Taman Sedia.

Beliau boleh dihubungi melalui alamat dibawah

Hajah Zainab Bt Sam Abd. Latiff
Bunga Raya Homestay
(Villa Anis)
No. 48, Kampung Taman Sedia
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Pahang
Tel rumah: 05-4911917
H/P: 017-4826816/019-5968327

Mak Nab sedang posting macam anak dara didepan salah satu menu utama gerai beliau - Nasi lemak. (Gambar bukan aku ambik arrkkk....aku copy dari internet jer...)

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, November 12, 2010

LALUAN CH - SG KOYAN


Semenjak kebelakangan ini, agak banyak email yang saya terima berkaitan laluan terbaru yang menghubungkan Cameron Highlands ke Sg. Koyan dan seterusnya ke Raub - Bentong - Kuantan/KL.

Untuk makluman saya telah memasukan 2 entry berkaitanya sebelum ini yang menerangkan secara jelas bahawa laluan itu telah pun boleh dilalui. Tetapi mungkin ada pembaca blog yang terlepas pandang berkaitan entry tersebut dan masih lagi bertanyakan soalan sama.

Entry saya berkaitannya adalah seperti berikut.

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2010/10/penantian-rakyat-pahang-untuk.html
http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2010/08/laluan-terbaru-ke-cameron-highlands.html

Pada hari selasa yang lepas saya berpeluang melalui jalan tersebut untuk kali yang ke "berapatahakupunlupa". Oleh kerana kali ini saya cuma sebagai penumpang, sempatlah mengambil gambar laluan tersebut. Cuma sebab ia tidak dirancang, hanya camera hp sahaja digunakan dan kualiti gambar agak kurang menyerlah.

Jadi walaupun gambar tak kliar, korang layan je lah....

Melalui kawasan Lembah Bertam. Kawasan pertama yang anda jumpa sebaik sahaja melepasi simpang di Ringlet.

Kebun sayur di tepi jalan utama. Kawasan yang pernah "dipanaskan" oleh Karam Singh Walia dalam rancangan "Aduan Rakyat".

Mula melepasi kawasan mempunyai penduduk. Jalan mula sunyi dan line hp pun mula putus-putus.
Sekali sekala jumpa pickup bawa sayur.


Singgah sebentar digerai orang asli ditepi jalan membeli buah "taban", adik-beradik sentul kot. Ia adalah sejenis buah nadir. Boleh tahan jugak rasanya. Satu ikat cuma RM2 sahaja, adalah dalam 7 biji. Tapi orang asli nie korang jangan harap jugak....tengok orang pakai kereta mewah...mahallah dia letak harga. Aku guna kenderaan buruk je....tu yang dapat dua hinggit.

Jalan agak berliku cuma taklah selekoh tajam sangat. Takde rasa mabuk macam lalu jalan CH-Tapah.

Salah satu bahaya mengikut laluan ini ialah anda akan jumpa laluan menurun bukit yang amat lurus. Biasanya orang akan teruja untuk memecut disini. Tapi bila tiba dipenghujung laluan lurus, anda akan disambut dengan selekoh agak tajam bentuk S.

Laluan lurus menurun bukit. Best gak nak pecut kat sini.

Lepas tu anda jumpa selekoh bentuk S.
Kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan seperti ini. Bila memandu waktu malam, pemandu biasanya lalai dengan laluan lurus dan terbabas di selekoh. Walaupun laluan ini baru dibuka, kemalangan pernah berlaku termasuklah kemalangan maut di bulan ramadan lepas.

Pemandu juga perlu berhati-hati pada beberapa lokasi tanah runtuh termasuklah di satu kawasan yang laluan tertutup terus. Satu lencongan disediakan untuk melalui laluan tersebut.

Keseluruhan laluan CH-Sg Koyan ialah lebih kurang 80km sahaja dan apabila memasuki Sg Koyan, anda akan berasa lega kerana jalan taklah sunyi lagi. Teruskan perjalanan anda ke Raub atau Kuala Lipis mengikut destinasi anda seterusnya.

Secara keseluruhan, laluan CH-Sg Koyan adalah amat baik berbanding CH-Tapah dan CH-Loging, Kelantan. Baik sikit berbanding laluan CH-Simpang Pulai, Ipoh kerana laluan ini kurang pendakian.

Laluan ini juga menjadi laluan alternatif bagi pengunjung dari KL yang nak jimat tol.

Anggaran jarak perjalanan dari KL ke Cameron Highlands untuk ketiga-tiga laluan ini ialah

1. KL - CH (melalui tapah) = 210km (tol RM19.40)
2. KL - CH (melalui Simpang Pulai) ~ 280km (tol RM24.80)
3. KL - CH (melalui Bentong, Raub, Sg Koyan) ~260km (tol ~RM8, aku lupa la)

Bagi pengunjung dari Kuantan, bolehlah menggunakan laluan ini dari exit Bentong di Lebuhraya Pantai Timur.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, November 11, 2010

BERHATI-HATI BERBELANJA DI CAMERON HIGHLANDS


~Rungutan dari seorang pengunjung yang dipaparkan di akhbar Utusan. Saya tidak menafikannya kerana pernah juga terkena walaupun saya bukannya pelancong. Nasihat saya cubalah berhati-hati kerana penipuan berada dimana-mana sahaja jika anda lalai~

TIDAK lama lagi cuti sekolah akan bermula. Jika ke Cameron Highlands, berhati-hati apabila berbelanja. Ini kerana pengalaman berada di sana baru-baru ini menunjukkan betapa mudahnya penjual buah dan sayur-sayuran melakukan penipuan timbangan.

Kita tidak akan sedar ditipu kerana bersikap ambil mudah. Berapa ramai di antara kita melihat sendiri timbangan ketika membuat pembelian? Berapa ramai pula yang meminta peniaga menimbang semula buah-buahan yang dikatakan mempunyai berat tertentu sebelum membelinya?

Baru-baru ini, saya berada di tanah tinggi itu setelah agak lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Perjalanan ke sana dari Ipoh, Perak hanya mengambil masa kira-kira sejam mengikut laluan Simpang Pulai. Tujuannya hanya untuk menikmati cuaca sejuk di samping melihat panorama hijau ladang-ladang teh yang terbentang luas.

Dalam perjalanan ke destinasi, saya singgah sebentar di satu lokasi jual beli hasil keluaran petani yang letaknya tidak jauh daripada salah sebuah hotel terkenal di Cameron Highlands.

Rata-rata peniaga di situ terdiri daripada tauke Cina dan pekerja Indonesia. Peniaga Melayu hanya ada dua atau tiga orang yang menjual makanan segera. Sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan adab sopan dan nilai-nilai murni masyarakat Timur, kita jarang meletakkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain. Malangnya kepercayaan tersebut tidak dibalas dengan kejujuran. Niat untuk membeli buah limau terbantut gara-gara penipuan di depan mata.

Kesnya begini. Selepas memilih beberapa biji buah limau, saya meminta pekerja Indonesia di gerai itu untuk menimbang beratnya. Dia meletakkan di atas penimbang dan berkata ''satu kilogram''.

Disebabkan terdorong oleh perasaan ingin tahu, saya melihat sendiri jarum penimbang yang diletakkan agak tersorok di sebalik buah-buahan. Betul, jarum menunjukkan angka satu, tetapi ia bukan dalam kilogram sebaliknya kiraan kati. Saya berlalu meninggalkan gerai tersebut tanpa membeli apa-apa dan terus ke sebuah lagi gerai yang terletak tidak jauh dari situ.

Mata tertarik melihat warna merah strawberi yang masak ranum. Penjualnya, seorang lelaki Cina. Dengan penuh yakin, dia mengatakan setiap paket adalah seberat setengah kilogram. ''Beli satu RM10, beli dua RM18. Satu paket setengah kilogram," katanya.

Saya mengambil satu bungkus dan terus membayar harganya. Di sebuah gerai lain, sambil menunggu penjual memasukkan barangan yang dibeli ke dalam beg-beg plastik, saya mengambil kesempatan menimbang berat strawberi tadi.

Jarum penimbang hanya menunjukkan beratnya 400 gram sahaja, bukan 500 gram atau setengah kilogram seperti yang didakwa. Melihat kepada reaksi si penjual, saya percaya ini bukan kali pertama mereka menipu.

Fenomena ini berlaku mungkin kerana pihak berkuasa tempatan gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Maka para peniaga bermaharajalela. Mangsanya adalah orang ramai terutama orang tua yang masih tebal dengan adab dan nilai-nilai murni masyarakat Timur.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, October 21, 2010

KHIDMAT RAWATAN ISLAM DI CAMERON HIGHLANDS


~saya copy and paste entry di bawah dari blog As-Syifa' Melaka sebagai hebahan untuk warga Cameron dan luar. Maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Ustaz Zaini sendiri di talian di bawah~

Sempena cuti sekolah dan untuk menikmati suasana segar dan nyaman di kawasan pergunungan tinggi, maka suatu usaha dengan kerjasama penduduk setempat dan masjid yang berdekatan maka suatu program yang dinamakan "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010 anjuran AS-SYIFA' MELAKA" akan berlangsung di kawasan pelancongan Cameron Highland pada bulan Disember 2010 yang akan datang.

Maklumat program adalah seperti berikut :-

Nama Program : "X-PDC KHIDMAT RAWATAN ISLAM 2010"
Tarikh : 1, 2 dan 3 DISEMBER 2010 (Rabu, Khamis & Jumaat)
Masa : 3.00 ptg - 8.00 mlm
Tempat : Berinchang (Akan diberitahu kemudian)
Perawat : Md Zaini Zainal (As-Syifa' Melaka)
Temujanji : Hubungi talian 013-2006363

Nota: Oleh kerana masa yang terhad, diharapkan kepada sesiapa yang berhajat silalah hadir pada masa yang telah dicadangkan di atas.

Panduan Bahan Rawatan : Bagi penyakit gangguan makhluk halus, saka, sihir, jin dll, sila bawa limau nipis 21 biji dan air mineral 2 botol. Kanser,sila bawa kunyit putih jika ada atau kangkung liar secekak dan air mineral. Bagi penyakit atau hajat-hajat lain sila bawa air mineral 2 botol.

Kita hanyalah berikhtiar dan berdoa dan kesembuhan hanya dari Allah.

Sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi

As-Syifa' Melaka : 013-2006363 (Md Zaini Zainal)
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, October 18, 2010

PPPCH DESAK NEGERI NAIKKAN SEWA AIR


CAMERON HIGHLANDS 16 Okt. - Persatuan Pribumi Perkasa Cameron Highlands (PPPCH) mendesak kerajaan negeri menaikkan kadar sewa air antara RM300 hingga RM500 setahun ke atas pengusaha dan pekebun sayur di tanah tinggi itu.

Pengerusi PPPCH, Alias Abdul Rahman berkata, selama ini, seramai 7,200 pengusaha dan pekebun sayur di tanah pemilikan sementara (tol) di Cameron Highlands hanya membayar sewa air RM10 setahun dan kadar itu tidak mampu menampung pengurusan yang semakin meningkat di pusat peranginan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menanggung kerugian jika mengekalkan sewa minimum itu sedangkan kadar yang lebih relevan ialah antara RM300 hingga RM500 setahun.

''Sejajar peningkatan pengurusan, sewa air tahunan wajar dinaikkan, lagi pun pengusaha di sini mampu membayar sewa berkenaan berasaskan pendapatan yang lumayan daripada hasil produk pertanian komersial masing-masing.

''Langkah ini boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri dan mengurangkan defisit belanja pengurusan air yang semakin meningkat berikutan permintaan yang tinggi terhadap keperluan asas berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Alias, cadangan itu dilakukan berikutan peningkatan penggunaan air di kawasan tanah tinggi itu di kalangan pengusaha dan pekebun sayur termasuk mereka yang meneroka tanah secara haram bagi tujuan yang sama sehingga air di Sungai Terla semakin susut.

''Makluman yang kita terima, iaitu kadar penggunaan air di sini untuk mengairi tanaman mencecah lebih 1 juta liter sehari, tidak termasuk penggunaan bagi kediaman dan premis lain," katanya.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan penggunaan air yang tinggi itu menyebabkan Sungai Terla hanya mampu menampung keperluan sehingga 2015. ''Kita bimbang kadar penyerapan air semakin meningkat bermakna kawasan Cameron Highlands akan menghadapi kekurangan bekalan untuk menampung hampir 40,000 penduduk termasuk pelancong pada masa akan datang," katanya.

Alias menjelaskan, kekurangan air juga berpunca daripada kadar penyerapan yang semakin tinggi berikutan pemanasan suhu akibat pencerobohan tanah haram dan penebangan hutan tidak terkawal.

Tambahnya, peningkatan kadar sewa air terhadap pekebun sayur Cameron Highlands merupakan antara langkah menjimatkan kewangan kerajaan negeri selain menguatkuasakan pencerobohan tanah di kawasan itu.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, October 11, 2010

AGAK SIBUK!


Pada jumaat hingga ahad yang lepas adalah waktu yang agak sibuk bagi saya. Memenuhi tempahan dari sebuah sekolah di Kedah pada jumaat dan disambung dengan tempahan dari sekolah di Batu Pahat pada sabtu dan ahad. Nasib baiklah keadaan jalan di cameron Highlands tidaklah terlalu sesak, jadi makanan boleh dihantar tepat pada waktunya.

Terima kasih juga kepada sahabat dari Sabah yang sabar menanti pesanan teh beliau di poskan pada pagi ini (isnin). Ini adalah kali kedua beliau memesan teh dari saya. Menerima pesanan dari sahabat sejauh negeri Sabah memerlukan penelitian juga kerana kadar pos mungkin boleh jadi tidak munasabah. Tapi kalau sudah teringin untuk merasa, apalah ada pada harga.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, October 4, 2010

PENANTIAN RAKYAT PAHANG JADI KENYATAAN



Penantian rakyat Pahang untuk mengunjungi Cameron Highlands tanpa melalui dua negeri jiran kini berakhir apabila pembinaan jalan ke pusat peranginan itu dari negeri ini siap sepenuhnya sedikit masa lagi.

Kini rakyat negeri ini boleh terus bercuti atau melawat saudara-mara mereka di Cameron Highlands melalui Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands.

Mereka tidak lagi perlu melalui Tapah atau Simpang Pulai, Perak atau melalui Jalan Loging-Gua Musang, Kelantan ke pusat peranginan terkemuka itu.

Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands sepanjang 79.1 kilometer dijangka dibuka tidak lama lagi dapat memendekkan jarak perjalanan sejauh 80 kilometer dari Kuantan. Laluan tersebut mula dibina pada 1999 dengan perbelanjaan sebanyak RM608 juta.

Sebelum pembinaan jalan baru itu, Cameron Highlands yang terletak dalam negeri Pahang lebih ‘dekat’ dengan penduduk Perak berbanding negerinya sendiri gara-gara kesukaran perhubungan di laluan yang merentasi Banjaran Titiwangsa itu.

Malah penduduk daerah Lipis yang berjiran dengan Cameron Highlands yang merupakan daerah ke-11 di Pahang menjadi terlalu jauh kerana ketiadaan jalan raya yang menghubungi kedua-dua daerah itu sebelum ini.

Akibatnya rakyat Pahang terpaksa berbelanja lebih untuk minyak kenderaan serta tempoh perjalanan yang panjang apabila hendak ke Cameron Highlands. Dengan keluasan 71,225 hektar, Cameron Highlands merupakan tempat percutian tanah tinggi apabila suhu dingin sekitar 17 darjah Celsius hingga 23 darjah Celsius sepanjang tahun.

Bagaimanapun ada dakwaan mengatakan kesejukan di tanah tinggi tersebut semakin berkurangan akibat penerokaan hutan secara berleluasa. Sumber pendapatan penduduk Cameron Highlands sebahagian besarnya daripada industri pertanian dan pelancongan. Jika difikirkan secara mendalam, bergantung kepada hanya satu jalan masuk sahaja tidak praktikal kerana ia tertakluk kepada risiko-risiko terputus hubungan dengan dunia luar seperti tanah runtuh dan sebagainya.

Pembinaan jalan baru yang juga dikenali sebagai Jalan Pos Betau-Lembah Bertam itu dapat mengurangkan risiko terputus hubungan jika hanya menggunakan jalan melalui Tapah yang berliku dan mempunyai banyak selekoh berbahaya pada musim tengkujuh.

Ini memandangkan jalan dari Tapah ke Cameron Highlands terpaksa melalui lereng-lereng bukit yang terdedah kepada bahaya apabila hujan berpanjangan atau cuaca buruk.

Jalan Pos Betau-Lembah Bertam dibina melibatkan empat pakej iaitu Pakej 1A yang meliputi jarak sejauh 19 kilometer dari Sungai Koyan ke Pos Betau.

Jalan itu yang mula dibina pada 1999 telah siap sepenuhnya pada penghujung 2001 dengan menelan belanja RM52 juta.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, pakej kedua iaitu pembinaan jalan itu dari Pos Betau ke Bukit Petubung sejauh 22 kilometer juga telah siap dengan kos sebanyak RM151 juta.

“Jalan pakej kedua ini siap 15 hari lebih awal apabila pembinaannya bermula pada 2002 dan siap pada Jun 2005 manakala pakej ketiga iaitu dari Bukit Petubung ke Sungai Temahang siap pada 2007 dengan kos projek RM232 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut Adnan, pakej terakhir yang melibatkan jalan dari Kampung Susu ke Sungai Bertam sepanjang 18.6 kilometer juga telah siap.

Jalan berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM173 juta mula dibina pada 2005 dan kini hanya di peringkat penyudah sahaja. Menurut beliau, jalan baru itu bukan sahaja memendekkan masa perjalanan tetapi turut membuka peluang ekonomi kepada penduduk sekitar terutama kepada Orang Asli dan peneroka Felda Sungai Koyan.

Katanya, mereka boleh mengusahakan gerai makanan dan kraftangan kepada pelancong yang melalui jalan tersebut di beberapa perhentian rehat dan rawat yang akan dibina nanti.

“Masyarakat Orang Asli di Pos Betau dan penempatan yang dibina sepanjang jalan itu bakal menerima perubahan apabila wujud banyak peluang perniagaan yang mampu meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

“Kedudukan Pos Betau yang strategik boleh dimajukan sebagai kawasan rehat dan pusat perniagaan bagi membantu Orang Asli untuk memasarkan hasil kraftangan dan hasil dusun seperti buah-buahan dan sebagainya,” kata Adnan.

Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands akan menjadi pilihan rakyat Pahang sebagai jalan pintas untuk ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia menjimatkan masa hampir dua atau tiga jam berbanding jalan sedia ada melalui Kuala Lumpur atau Genting Highlands yang jauh dan mengambil masa.

Tambah beliau, persekitaran alam semulajadi Pos Betau yang masih terpelihara juga boleh menjadi produk pelancongan kerana mempunyai hutan, sungai dan air terjun yang belum tercemar.

Malah, orang ramai atau pelancong yang melalui jalan tersebut dapat mengenali dengan lebih dekat kehidupan sebenar Orang Asli yang tinggal di sepanjang jalan berkenaan.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog setia kami. Kepada semua yang telah menggunakan perkhidmatan katering kami, seribu keampunan kami pohonkan andai terdapat sebarang kekurangan. Mohon dihalalkan segala terlebih dan terkurang. Semua yang baik itu datang dari Allah dan segala kekurangan itu adalah dari kelemahan kami sendiri.

Perkhidmatan katering kami dihentikan sehingga penghujung bulan september bagi mengelakan sebarang masalah yang tidak dijangka, maklumlah kebanyakkan penjual barang basah seperti ayam halal mungkin masih lagi bercuti. Untuk makluman juga, di Cameron Highlands hanya beberapa orang sahaja peniaga ayam melayu. Kami tidak berani mengambil risiko menerima tempahan dan bila tiba masanya penjual ayam tersebut pula tutup kedai. Takkan nak cari ayam cucuk pulak kan!
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, August 17, 2010

KEDAI MAKAN DI HARI RAYA



Soalan dari Rozita yang bertanyakan adakah kedai makan melayu dibuka pada hari raya?

Jawapan: Memang susah nak makan di kedai masa lepas raya.

Alasannya: Kalau hari raya puasa memanglah tiada yang buka pada raya pertama hingga ke-3. Dan insyaallah akan ada sebuah dua yang buka pada raya ke-4 dan seterusnya. Tapi taklah banyak mana pun. Gerai Zainab Sam, confirm 2-3 minggu lepas raya baru buka. Inikan pula satu deretan medan selera di Tanah Rata di tutup semenjak 2 bulan lepas sebab MDCH nak buat renovation. Gerai Fauzi tomyam di Brinchang mungkin raya ke-3 dah buka. KFC dan Marrybrown pula tak tutup masa raya.

Biasanya pengunjung yang datang ke CH diwaktu raya akan menginap di apartment sebab senang nak masak sendiri. Tak payahlah nak meronda satu cameron nak cari kedai makan. Tapi masalah juga sebab penjual ayam sembelih seperti Kak Ani di Tanah Rata dan Nasir di Brinchang memang tutup kedai. Kalau nak masak pun beli je ikan atau lain lain yang tak perlu sembelih seperti sotong, udang, ketam.

Penjual makanan di sini biasanya cuti agak lama selepas raya kerana mereka kepenatan berniaga di pasar ramadan sepanjang bulan puasa.

Kesimpulanya: Jika anda ke CH selepas raya, memang ada masalah untuk dapatkan kedai makan muslim terutama jika anda memang cukup sensitif pasal soal halal haram. Tapi aku tengok ramai gak pengunjung, lepas raya makan kat kedai cina. Alasan mereka "kan ade tulis tu, no pork serve". Terpulanglah pada individu untuk menilainya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, August 13, 2010

TETAMU TANPA DIUNDANG

~gambar takde kene-mengena dengan Cameron Highlands~

Assalamualaikum, buka pose masak aper ari nie? Cam sedap je baunya.

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Thursday, August 12, 2010

PEGAWAI TLDM SESAT DI CAMERON HIGHLANDS

~dengar ceritanya tentera nie datang bertiga nak naik gunung brinchang, tiba masa hari nak naik tu, 2 orang lagi rasa berat hati nak naik, jadi dia pun naik sorang-sorang. Kira hati panas jugak la sebab member lain tak jadi ikut. Dia tak cakap pun dengan orang lain yang dia nak naik jugak. Member cari dia pagi tu, tak tahu pergi mana. Tanya kat balai polis, baru tahu dia naik sorang. Iktibarnya ialah jangan ikutkan hati yang panas tu kalau nak daki gunung. Kalau rasa hati tak sedap je, takyahlah naik gunung kat memana pun~

Mula artikel yang aku songlap dari Utusan dot com.

IPOH 7 Ogos - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands, Ahad lalu, ditemui selamat di Kampung Terah, Gua Musang, Kelantan, pagi ini.

Kampung tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Leftenan Mohd. Al-Amin Rohizat, 27, ditemui oleh penduduk kampung di Masjid Kampung Terah pada pukul 8.30 pagi.

"Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Mangsa telah dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk dirawat.

"Operasi mencari dan menyelamat yang bermula Selasa lalu dihentikan serta merta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Al-Amin yang berasal dari Kampung Rapat di sini, tiba dan bermalam di Cameron Highlands. Keesokannya, mangsa yang gemar dengan aktiviti lasak dikatakan keluar mendaki di kawasan itu secara bersendirian tanpa dibantu pemandu arah.

Namun, mangsa yang sepatutnya keluar pada keesokannya disedari hilang selepas tidak melaporkan diri di Pangkalan TLDM Lumut pada 2 Ogos lalu.Mangsa juga tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Rapat di sini.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

HILLVIEW APARTMENT


~gambar tak clear sebab guna kamera HP je~

Pertanyaan melalui email dari seorang pembaca blog. Ingin tahu bagaimana rupa dan lokasi Hillview Apartment di Cameron Highlands. Untuk makluman semua, apartment tersebut terletak di tengah-tengah bandar Brinchang atau lebih tepat bersebelahan balai bomba dan ditingkat atas kedai Chop Eng Huat (kedai jual racun dan baja). Antara pilihan pengunjung yang mencari apartment di Brinchang selain Star Regency dan Country Lodge.

Saya hanya dapat ambil gambar luaran sahaja dan pada pendapat saya ia agak menarik juga sebab setiap unit ada ruang balkoni. Taklah rasa lemas takleh bernafas kalau takde balkoni kan. Suasana tu biasalah, dok tepi jalan dan bising sikit.

Tempahan dan pertanyaan bolehlah berhubung dengan Hotel Green Garden Lodge sebab satu tokeh sama. Hotel tu pun berapa seberang jalan sahaja.

Hill Garden Lodge
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Monday, August 9, 2010

LALUAN TERBARU KE CAMERON HIGHLANDS


View Larger Map

Tahun 2010 menyaksikan satu lagi laluan baru siap sepenuhnya ke Cameron Highlands iaitu jalan yang menghubungkan Ringlet (Cameron Highlands) ke Sg. Koyan (Pahang). Laluan ini memudahkan urusan warga Cameron Highlands ke daerah lain di Pahang terutama Kuantan.

Saya masih ingat lagi salah satu bentuk gurauan bagi warga Pahang yang tinggal di Cameron Highlands. "Kesian korang, kerja di Cameron Highlands tapi bila nak balik kampung kat Raub, Bentong atau Kuantan kena lalu negeri orang dulu". Iyelah, nak balik kampung kena turun Tapah, masuk PLUS, keluar Tanjong Malim, baru masuk Karak Highway dan terus ke Kuantan. Berapa buah negeri kena lalu baru sampai. Sekarang mereka boleh tersenyum kerana wujudnya jalan baru ini. Ehsan dari DYMM Sultan Pahang yang saban tahun ke Cameron Highlands.

Kini laluan kami cukup mudah hinggakan seorang kawan yang berasal dari Raub boleh keluar 8 pagi untuk menghantar anak balik kampung dan sampai semula ke Cameron Highlands sebelum makan tengahari.

Saya pernah melalui jalan tersebut sebanyak 2 kali dan pendapat peribadi saya menyatakan ia adalah jalan termudah berbanding 3 lagi laluan iaitu CH - Tapah, CH - Loging, Kelantan dan CH - Simpang Pulai.

Semenjak laluan tersebut siap juga menyaksikan CH sekarang cukup sesak pada hujung minggu dan saya mula bertemu dengan pelancong dari Raub dan Bentong yang datang ke CH dan balik pada hari yang sama.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Friday, August 6, 2010

JAJAHAN KECIL LOGING - JIRAN TERDEKAT CAMERON HIGHLANDS



~Cerita berkaitan jiran terdekat Daerah Cameron Highlands, cuma ~10km sahaja dari Kg. Raja. Kebanyakkan petani yang membuka kebun disana, termasuklah peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Loging adalah dari Cameron Highlands. Diharapkan dengan pembangunan pesat Tanah Jajahan Kecil Loging kelak tidak akan menyebabkan bumi Cameron Highlands menjadi lebih panas~

Mula artikel yang ditangkap muat dari Utusan Online

LOJING 5 Ogos - Kampung Penangau, sebuah penempatan Orang Asli yang terletak di tepi jalan utama sempadan Gua Musang-Cameron Highlands bertukar meriah hari ini. Ia berikutan kehadiran lebih 1,000 masyarakat tempatan menyambut ketibaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ke kampung berkenaan secara rasmi buat pertama kali sejak dilantik memerintah negeri ini.

Kampung tersebut yang terletak hampir 300 kilometer dari Kota Bharu dan mengandungi kira-kira 50 buah rumah, mula sesak dengan kehadiran pelbagai peringkat usia masyarakat termasuk ratusan pelajar sekolah yang mula berhimpun seawal pukul 8 pagi.

Walaupun 'disambut' udara pagi dingin di tanah tinggi itu, penduduk dari beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Jekjok, Kampung Mend Rod, Kampung Pos Brooke dan Kampung Sangwai A tetap tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri rupa paras bakal raja mereka itu.

Kehadiran Tengku Muhammad Faris ke kampung berkenaan adalah untuk melancarkan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil bermula hari ini.Turut hadir, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta barisan pemimpin kerajaan negeri dan kaum kerabat baginda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegembiraan jelas terpancar di wajah masyarakat Orang Asli di sini, malah sebaik ketibaan baginda yang segak dengan baju Melayu berwarna hijau kira-kira pukul 12 tengah hari, kesemua hadirin segera bersorak dan mengibarkan bendera negeri.Selain itu, sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang untuk bergaya dengan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni.

Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa teruja kerana buat pertama kali Tengku Muhammad Faris lebih dekat dengan mereka.

"Memang saya gembira sebab dapat tengok baginda. Dari kelmarin cikgu cakap raja nak datang jumpa kami," kata Kiran Arwinda, 13, yang menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2.

Rakannya, Azura Anjang, 13, ketika ditemui turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat baginda.Sementara itu, bagiNorain a/p Mat Nor, 13, kehadiran Tengku Muhammad Faris serta kerabat diraja yang lain membuatnya merasa lebih dekat dengan institusi diraja Kelantan.

"Syukur dapat tengok baginda sebab sebelum ini nampak dalam televisyen saja kalau selalu begini lagi bagus."Saya sayang raja dan kalau dapat mahu salam dengan baginda," kata pelajar cilik itu dalam pelat Orang Aslinya.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, July 27, 2010

PUSAT JUALAN PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cameron Highlands menpunyai pusat jualan mereka sendiri yang bertempat di pejabat mereka di Brinchang. Untuk kesana amat mudah, bersebelahan stesen Petronas dan hanya 50 meter dari pasar malam Brinchang.

Dari segi harga, standard je macam tempat lain sebab PPK tu pun beli barang dari pengusaha tempatan.

PPK Cameron Highlands juga mempunyai apartment sewa yang terletak di Heritage, Tanah Rata. Kalau tak silap kadar sewa ialah RM200 semalam.

Pusat jualan PPk Cameron Highlands


Produk teh yang dijual.


Pakaian


Pakaian juga ler....


Ler juga pakaian....


Kotak-kotak berisi teh


Produk lain seperti jus, jem


Jadi korang layan aje la.....
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed