Thursday, June 16, 2011


CAMERON HIGHLANDS 9 Mei - Bagi masyarakat Orang Asli di sini, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari rezeki menerusi sumber hutan.Antaranya dengan menjual petai kepada orang ramai termasuk pelancong.Salah seorang penjual petai, Mamud a/l Bangus, 42, dari Kampung Tanah Rata, di sini yang memborong beribu-ribu papan petai kepada peminat buah tersebut yang singgah di kampungnya sebelum ke pusat peranginan Cameron Highlands.

Bagi tujuan itu, dia mendirikan bangsal kayu di tepi jalan raya antara Ringlet ke Pekan Tanah Rata untuk menjual petai."Saya tidak perlu memanggil pelanggan berhenti untuk singgah di bangsal ini. Ratusan papan petai yang diikat dan tergantung di bangsal ini telah memadai untuk menarik minat pelancong singgah di sini.

Kebiasaannya, pelancong Barat dan Jepun teruja melihat petani ini, lalu mengajukan pelbagai soalan sambil merakamkan gambar. Saya melayan kerenah mereka dengan menerangkan dengan jelas mengenai buah ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Tanah Rata baru-baru ini.

Mamud yang boleh bertutur bahasa Inggeris dan Mandarin berkata, dia memborong petai daripada mereka yang tinggal di pedalaman dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk masuk ke kampung mereka.Apabila tiba musim petai, katanya, dia akan membeli 2,000 hingga 3,000 papan petai setiap hari daripada salah seorang rakannya.

Setiap seikat petai yang mengandungi 100 papan dijual dengan harga RM80,katanya.Kebiasaannya, kata Mamud, petai muda boleh disimpan lama dan petai tua pula boleh dijerukkan sebelum dijual kepada pelanggan.

"Saya mampu meraih antara RM200 hingga RM300 sehari bagi menampung keperluan keluarga termasuk menyara persekolahan anak, selain dijadikan modal pusingan untuk memborong petai lain," ujarnya.

Selain petai, tambah Mamud, dia juga menjual madu lebah, ubat-ubatan herba, pisang, buah taban dan ubi yang diperoleh daripada pemborong di pekan Tanah Rata dan Brinchang.

"Bagaimanapun, saya lebih suka menjual petai kerana mudah dipasarkan selain buah ini menjadi kegemaran pelbagai bangsa termasuk orang Barat," katanya.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed