Para penjawat awam pastinya mengetahui bahawa di Cameron Highlands ada kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah tersebut tersedia bagi kemudahan kakitangan awam menginap jika mereka melancong ke sini. Anggapan bahawa rumah persekutuan sebagai tidak glamour adalah salah kerana pihak kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah telah lama menaik taraf kemudahan dan menjadian rumah persekutuan adalah bertaraf hotel.
Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands adalah amat mudah untuk dicari. Terdapat papan tanda yang jelas menunjukan arah rumah tersebut. Laluan masuk ke rumah tersebut terletak di jalan utama Tanah Rata ke Brinchang dan berdekatan dengan jalan masuk ke Strawberry Park Resort.
Harga yang ditawarkan amat murah iaitu RM25 untuk bilik, RM50 untuk apartment dan Rm100 untuk banglo. Tapi kemudahan banglo hanya untuk pegawai gred 48 keatas sahaja. Walaubagaimana pun apartment yang ada amat luas dan sesuai untuk keluarga. Apa yang agak kurang menarik ialah tiada kemudahan memasak disediakan disini.
Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukan kemudahan yang tersedia.
Pintu masuk Ke Rumah Peranginan Persekutuan, ada ladang strawberry di sebelah pintu masuk
Taman permainan untuk anak-anak
Apartment pada harga RM50 semalam
Kemudahan tersedia di dalam banglo, tapi kena naik gred 48 dulu!
Tempahan untuk menginap boleh dibuat secara online melalui
www.bph.gov.my
Pengunjung tidak perlu menunggu lama (hingga 6 bulan seperti dahulu) kerana tempahan secara online membenarkan pengunjung masuk sekiranya ada kekosongan.
Kadar sewa bilik
Jenis Bilik Kadar (Semalam) Banglo 3 Bilik RM 100.00 Apartmen 2 Bilik RM 50.00 Bilik Biasa RM 25.00 Dewan Mesyuarat RM 50.00 Dewan Makan RM 50.00 Dewan Serbaguna RM 50.00
Jadi kepada kakitangan awam, nikmatilah kemudahan yang disediakan.
Friday, March 27, 2009
RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Labels:
HOTEL DAN APARTMENT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya nak tanyalah kat rumah peranginan nie kan...senang x ke stesen bas..
ReplyDeletecoz kalo nak pi amik bus jer ke cameron...
kenapa tiada ditunjukkan gambar kemudahan di dalam bilik dan apartment
ReplyDeleteuntuk wit, stesen bas jauh le dari sini dan RPP nie masuk kedalam sikit dari jalan besar.
ReplyDeleteuntuk anonymous, takde gambar kat dalam bilik sebab saya tak pernah menginap disana.
apartment dua bilik . kedua duanya katil besar ke ?
ReplyDeletesalam tuan blog.
ReplyDeleteinsyaAllah saya sekeluarga ke CH 3-5 Nov nih dan menginap di apartment 2 bilik RPPCH.
terima kasih kerana adanya blog nih, saya kini dah ada perancangan hendak ke mana dalam tempoh 3H2M.
cuma menjadi kerisauan saya hanyalah kesesakan jalanraya & manusia di tempat tumpuan pelancong, masalah parkir serta keadaan cuaca yang tidak menentu.
jika ada kesempatan, saya cuba singgah di kedai tuan punya blog. insyaAllah.
teruskan menyampaikan berita² terkini drpd CH.
salam hormat drpd saya.
Ridwan Hamzah
Seremban 2
maaf tuan blog.
ReplyDeletepembetulan: 3-5 disember 2009...;)
Salam dan salam sejahtera,
ReplyDeleteSaya berkesempatan bercuti di CH pada 29-31 Mac 2010. Saya telah menginap di Apartmen 2 Bilik (Melur 1).
Alhamdulillah, keadaan persekitan cukup bersih, luas dan memuaskan. Kedua-dua bilik adalah luas dan dimuatkan dengan katil bersaiz queen, meja solek, almari baju, 2 kerusi sofa, tea table serta study table. Kedua-dua bilik juga dilengkapi dengan tandas beserta sabun dan pemanas air (heater).
Bahagian dapur pula dilengkapi dengan dapur gas 2 tungku, cooking hood, cerek elektrik, peti sejuk dan pinggan mangkuk serta cawan gelas dan jug serta teko air secukupnya untuk satu keluarga.
Ruang rehat hadapan dimuatkan dengan tv beserta astro decoder (basic channel), sofa dan meja makan 8 kerusi.
Dengan bayaran RM50 satu malam, saya amat berpuashati dengan kemudahan dan layanan yang diberikan. Syabas kepada BPH!....
Salam & salam 1Malaysia. Saya telah menginap di Banglo 3 Bilik (Dahlia) pada 22-24 Julai 2010. Banglo 2 tingkat ini dilengkapi 3 bilik(plus bilik air, meja berhias, settee, extra pillow, sejadah), meja makan 10 org, settee diruang tamu 7 org plus 2 kerusi diruang legar, dapur yg luas dilengkapi fridge, dapur gas, periuk nasi, cerek elektrik, pinggan mangkuk dsbnya termasuk tong sampah di dapor & 3 bilik air. Pesanan saya, bawa sarung bantal krn extra pillow tidak bersarong, bawa stokin/selipar krn lantai parquet sejuk, bawa plastik sampah. Yg best nya sbb ada heater, so boleh mandi walaupun cuaca sejuk. Elok bawa saudara mara yg lain join sekali sbb rumah terlalu besar, baru ada kemeriahannya.
ReplyDeleteSbg tambahan, kadar sewa banglo 3 bilik adalah RM100 sehari. Bilik 1 katil king, bilik 2 katil queen + 1 single, bilik 3 katil queen. Dilengkapi TV flat screen berserta astro decorder (basic channel) dan ada DVD player lagi. Memang berbaloi2. Se elok2nya, elak hari minggu kerana semua jalan dan tempat sesak dgn kereta. Harga barang pun lebih mahal.
ReplyDeleteSelamat bercuti...
saya nak pergi Cameron Highland gak.. tapi bila bukak laman web www.bph.com tu asyik hang jer... ada tak alternatif lain? :)
ReplyDeletesaya nak booking utk bilik biasa
ReplyDeletetapi macam mana nak tahu bilik yang kita pilih tu da confirm ke belum?
Sy pule nk book bilik dekat rmh prsekutuan secara online.. sy click button 'Tempahan', dan akan kuar soklan
ReplyDeleteNo. Kad Pengenalan
Jenis Tempahan
Kategori Jawatan
Kategori Gred
Gred Jawatan
sy da isi sumenye n klik TEMPAHAN BARU, tp rmh prsnginan yg kuar hanye di MORIB, BUKIT FRASER dan TASIK KESNYIR jek.. mane nk tempah CAMERON HIGHLAND nyer?
kenapa laman web bph x boleh buka.. mcm mana nk booking..:(
ReplyDeletesalam tuan blog...
ReplyDeletetima ksh wujudkan blog berkenaan dgn CH ni...sy bru 1st time nk bercuti ke sna & bru wt tempahan RPPCH pd 21-22 Julai 2011 nnt...seb baik la terjumpa blog ni, leh wt panduan tuk ke sana...thank a lot..
p/s: thanks juga pd nadira coz bg gambaran apartment tu, nice & complete sume nye erk...:))
nadira, tmpg tye...
ReplyDeletekt apartment tu ada aircond ke just kipas :)
tq...
dkt cameroon mana ada aircond.. smua smula jadi
Deleteuntuk makluman kawan2...saya booked rumah RM50 tu pada 01 april (12.01 Tgh malam )2010 untuk bilik 01 - 03 april 2011. saya org pertama n terus dapat masa tu gak keputusannya.
ReplyDeleteterima kasih kepada pemberi komen, tak sangka ramai yang telah memanafaatkan entry berkaitan RPP nie.
ReplyDeletesy nk bw family sy dr sabah bercuti-cuti kat cameron highland awal bulan mac 2012..tp,semua kena book...frust pon ada gak..boleh walk-in kan?..ada kuota ker?...aduyaaiii...
ReplyDeleteSy dah booking ke cameron pd 20-22/7/2011. Comform nak pergi, dah plan cukup baik dgn family. Tiba tarikh nak pergi RPP suruh cancel pulak sbb apartment tengah di ubahsuai.Camtu aje tindakan RPP, takdelah nak suruh tukar tarikh lain ke, yg penting sy nak apartment 2 bilik bukan 1 bilik kerana dah bayar setahun lamanya bukan sebulan. Apalah RPP ni...buat frust jer.
ReplyDeleteada no tlifon X?
ReplyDeletedin..boleh buat aduan kat website diorang kan.
ReplyDeleteAnis...cuba masuk website BPH, ade no tipon RPP cameron tu.
banglo 3 bilik hanya untuk gred 48 saja ke?
ReplyDeleteDin>> huhhh btul2, hangin 1 badan gak bila dpt panggilan dr diorg suh batalkan tu...siap suh kita yg wt surat tuk refund, mcm kta yg nk batalkan...nk tempah nye ke main ssh, septt nye BPH tutup tarikh yg ke dpn la yg blum bkk tuk di tmph...aduhaiii tu pn nk kna ajar ke...erghhhh!!!
ReplyDeletelorenza...betul, hanya untuk 48 keatas sahaja.
ReplyDeleteSaya dah tempah untuk check in pada 15 Disember ini. So nak tanya, apartment ni ada lif tak? Boleh tak kita masak di dalam apartment ini?
ReplyDeleteSetahu saya tiada lift sebab ia hanya 2 tingkat dan tidak boleh memasak. Cubalah call bph untuk kepastian.
ReplyDeleteSalam boleh tanya hotel ni ada tak kemudahan untuk orgvkurang upaya,
DeleteSALAM, SAYA NAK BUAT TEMPAHAN UNTUK AKAN DATANG, TAK KISAH LA HARI APA PUN,,CMN NAK BUAT TEPAHAN TU
ReplyDeleteCuba baca artikel saya diatas hingga tamat, ada saya sertakan website untuk tempahan secara online.
ReplyDeletesy nak tanya..untuk booking perlu pengesahan ape2 ke tuk membuktikan kita ni penjawat awam..coz sy tak pernah book yang gov rate..tq
ReplyDeleteterima kasih utk maklumat ini...dah boleh booking utk sekolah ni...
ReplyDeleteFuh, peuh beb sampai oktober 2013. Tp ambik juga la somewhere september..dah bayar dah.
ReplyDeleteKakitangan pencen layak tak?
ReplyDeleteMcm mana nak tempah ?
ReplyDeleteMcm mana nak tempah ?
ReplyDeleteMcm mana nak tempah ?
ReplyDeletemcam mana nk tmpah ??
ReplyDeletesaya pernah duduk sini tahun 2010 .. apartment 2 bilik
ReplyDeletelepas tu nak repeat balik .. bila tengok online penuh sahaja huhuhu
Best di sini..bersesuain dengan gaji Gomen yang sedikit..dapat kemudahan ini..Alhamdulillah..
ReplyDeleteENTAHLAH BILA BOLEH BOOOKING ASYIK LOADING MEMANJANG GOMEN PUNYA SYSTEM MEMANJANG MASALAH NI DH LOGIN UTK TUNGGU DPT PASSWORD PON DAH 3 BULAN TAKDE BERITA......THAP PERKHIDMATAN SYSTEM SGT TERUK..
ReplyDeletesaya nk tya..saya ada ambik bilik biasa. mcm mne ye bilik biasa tu? adakah ada sekali tempat memasak dan ruang tamu? ada sape2 pernah menginap x?
ReplyDeletemana nombor teleponnya?????
ReplyDeleteAssalamualaikum.. nak tanya dekat rumah peranginan ada lif x.. sesuai x untuk bawa org OKU mengunakan kerusi roda.. terima kasih..
ReplyDeleteSalam, saya kakitangan MARA. Adakah saya boleh dikira kakitangan penjawat awam?
ReplyDeleteTerbaik apartment 2 bilik murah bagi ruang dan peluang bg kakitangan awam diluar ni merasa dulu
ReplyDeleteMcm mana nak booking
ReplyDelete