Friday, March 27, 2009

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Para penjawat awam pastinya mengetahui bahawa di Cameron Highlands ada kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah tersebut tersedia bagi kemudahan kakitangan awam menginap jika mereka melancong ke sini. Anggapan bahawa rumah persekutuan sebagai tidak glamour adalah salah kerana pihak kerajaan di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah telah lama menaik taraf kemudahan dan menjadian rumah persekutuan adalah bertaraf hotel.

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands adalah amat mudah untuk dicari. Terdapat papan tanda yang jelas menunjukan arah rumah tersebut. Laluan masuk ke rumah tersebut terletak di jalan utama Tanah Rata ke Brinchang dan berdekatan dengan jalan masuk ke Strawberry Park Resort.



Harga yang ditawarkan amat murah iaitu RM25 untuk bilik, RM50 untuk apartment dan Rm100 untuk banglo. Tapi kemudahan banglo hanya untuk pegawai gred 48 keatas sahaja. Walaubagaimana pun apartment yang ada amat luas dan sesuai untuk keluarga. Apa yang agak kurang menarik ialah tiada kemudahan memasak disediakan disini.

Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukan kemudahan yang tersedia.



Pintu masuk Ke Rumah Peranginan Persekutuan, ada ladang strawberry di sebelah pintu masuk



Taman permainan untuk anak-anak



Apartment pada harga RM50 semalam



Kemudahan tersedia di dalam banglo, tapi kena naik gred 48 dulu!

Tempahan untuk menginap boleh dibuat secara online melalui

www.bph.gov.my

Pengunjung tidak perlu menunggu lama (hingga 6 bulan seperti dahulu) kerana tempahan secara online membenarkan pengunjung masuk sekiranya ada kekosongan.


Kadar sewa bilik

Jenis Bilik Kadar (Semalam)
Banglo 3 Bilik RM 100.00
Apartmen 2 Bilik RM 50.00
Bilik Biasa RM 25.00
Dewan Mesyuarat RM 50.00
Dewan Makan RM 50.00
Dewan Serbaguna RM 50.00

Jadi kepada kakitangan awam, nikmatilah kemudahan yang disediakan.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

48 comments:

  1. saya nak tanyalah kat rumah peranginan nie kan...senang x ke stesen bas..
    coz kalo nak pi amik bus jer ke cameron...

    ReplyDelete
  2. kenapa tiada ditunjukkan gambar kemudahan di dalam bilik dan apartment

    ReplyDelete
  3. untuk wit, stesen bas jauh le dari sini dan RPP nie masuk kedalam sikit dari jalan besar.

    untuk anonymous, takde gambar kat dalam bilik sebab saya tak pernah menginap disana.

    ReplyDelete
  4. apartment dua bilik . kedua duanya katil besar ke ?

    ReplyDelete
  5. salam tuan blog.

    insyaAllah saya sekeluarga ke CH 3-5 Nov nih dan menginap di apartment 2 bilik RPPCH.
    terima kasih kerana adanya blog nih, saya kini dah ada perancangan hendak ke mana dalam tempoh 3H2M.
    cuma menjadi kerisauan saya hanyalah kesesakan jalanraya & manusia di tempat tumpuan pelancong, masalah parkir serta keadaan cuaca yang tidak menentu.
    jika ada kesempatan, saya cuba singgah di kedai tuan punya blog. insyaAllah.
    teruskan menyampaikan berita² terkini drpd CH.
    salam hormat drpd saya.
    Ridwan Hamzah
    Seremban 2

    ReplyDelete
  6. maaf tuan blog.
    pembetulan: 3-5 disember 2009...;)

    ReplyDelete
  7. Salam dan salam sejahtera,

    Saya berkesempatan bercuti di CH pada 29-31 Mac 2010. Saya telah menginap di Apartmen 2 Bilik (Melur 1).

    Alhamdulillah, keadaan persekitan cukup bersih, luas dan memuaskan. Kedua-dua bilik adalah luas dan dimuatkan dengan katil bersaiz queen, meja solek, almari baju, 2 kerusi sofa, tea table serta study table. Kedua-dua bilik juga dilengkapi dengan tandas beserta sabun dan pemanas air (heater).

    Bahagian dapur pula dilengkapi dengan dapur gas 2 tungku, cooking hood, cerek elektrik, peti sejuk dan pinggan mangkuk serta cawan gelas dan jug serta teko air secukupnya untuk satu keluarga.

    Ruang rehat hadapan dimuatkan dengan tv beserta astro decoder (basic channel), sofa dan meja makan 8 kerusi.

    Dengan bayaran RM50 satu malam, saya amat berpuashati dengan kemudahan dan layanan yang diberikan. Syabas kepada BPH!....

    ReplyDelete
  8. Salam & salam 1Malaysia. Saya telah menginap di Banglo 3 Bilik (Dahlia) pada 22-24 Julai 2010. Banglo 2 tingkat ini dilengkapi 3 bilik(plus bilik air, meja berhias, settee, extra pillow, sejadah), meja makan 10 org, settee diruang tamu 7 org plus 2 kerusi diruang legar, dapur yg luas dilengkapi fridge, dapur gas, periuk nasi, cerek elektrik, pinggan mangkuk dsbnya termasuk tong sampah di dapor & 3 bilik air. Pesanan saya, bawa sarung bantal krn extra pillow tidak bersarong, bawa stokin/selipar krn lantai parquet sejuk, bawa plastik sampah. Yg best nya sbb ada heater, so boleh mandi walaupun cuaca sejuk. Elok bawa saudara mara yg lain join sekali sbb rumah terlalu besar, baru ada kemeriahannya.

    ReplyDelete
  9. Sbg tambahan, kadar sewa banglo 3 bilik adalah RM100 sehari. Bilik 1 katil king, bilik 2 katil queen + 1 single, bilik 3 katil queen. Dilengkapi TV flat screen berserta astro decorder (basic channel) dan ada DVD player lagi. Memang berbaloi2. Se elok2nya, elak hari minggu kerana semua jalan dan tempat sesak dgn kereta. Harga barang pun lebih mahal.

    Selamat bercuti...

    ReplyDelete
  10. saya nak pergi Cameron Highland gak.. tapi bila bukak laman web www.bph.com tu asyik hang jer... ada tak alternatif lain? :)

    ReplyDelete
  11. saya nak booking utk bilik biasa
    tapi macam mana nak tahu bilik yang kita pilih tu da confirm ke belum?

    ReplyDelete
  12. Sy pule nk book bilik dekat rmh prsekutuan secara online.. sy click button 'Tempahan', dan akan kuar soklan

    No. Kad Pengenalan
    Jenis Tempahan
    Kategori Jawatan
    Kategori Gred
    Gred Jawatan

    sy da isi sumenye n klik TEMPAHAN BARU, tp rmh prsnginan yg kuar hanye di MORIB, BUKIT FRASER dan TASIK KESNYIR jek.. mane nk tempah CAMERON HIGHLAND nyer?

    ReplyDelete
  13. kenapa laman web bph x boleh buka.. mcm mana nk booking..:(

    ReplyDelete
  14. Saya tunggu 1st januari utk booking tarikh bulan disember, tp xleh buka.. Cuba lg pada 2hb, 3hb dan 4hb.. bila buka pada 5hb.. jadual tempahan dah penuh untuk bulan disember.. nak tahu jugak, boleh x disenaraikan penama-penama tempahan ini.. bukan apa, kalau asyik org yg sama, xadillah bg penjawat awam yg lain..

    ReplyDelete
  15. salam tuan blog...

    tima ksh wujudkan blog berkenaan dgn CH ni...sy bru 1st time nk bercuti ke sna & bru wt tempahan RPPCH pd 21-22 Julai 2011 nnt...seb baik la terjumpa blog ni, leh wt panduan tuk ke sana...thank a lot..

    p/s: thanks juga pd nadira coz bg gambaran apartment tu, nice & complete sume nye erk...:))

    ReplyDelete
  16. nadira, tmpg tye...

    kt apartment tu ada aircond ke just kipas :)

    tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkt cameroon mana ada aircond.. smua smula jadi

      Delete
  17. untuk makluman kawan2...saya booked rumah RM50 tu pada 01 april (12.01 Tgh malam )2010 untuk bilik 01 - 03 april 2011. saya org pertama n terus dapat masa tu gak keputusannya.

    ReplyDelete
  18. terima kasih kepada pemberi komen, tak sangka ramai yang telah memanafaatkan entry berkaitan RPP nie.

    ReplyDelete
  19. sy nk bw family sy dr sabah bercuti-cuti kat cameron highland awal bulan mac 2012..tp,semua kena book...frust pon ada gak..boleh walk-in kan?..ada kuota ker?...aduyaaiii...

    ReplyDelete
  20. Sy dah booking ke cameron pd 20-22/7/2011. Comform nak pergi, dah plan cukup baik dgn family. Tiba tarikh nak pergi RPP suruh cancel pulak sbb apartment tengah di ubahsuai.Camtu aje tindakan RPP, takdelah nak suruh tukar tarikh lain ke, yg penting sy nak apartment 2 bilik bukan 1 bilik kerana dah bayar setahun lamanya bukan sebulan. Apalah RPP ni...buat frust jer.

    ReplyDelete
  21. din..boleh buat aduan kat website diorang kan.

    Anis...cuba masuk website BPH, ade no tipon RPP cameron tu.

    ReplyDelete
  22. banglo 3 bilik hanya untuk gred 48 saja ke?

    ReplyDelete
  23. Din>> huhhh btul2, hangin 1 badan gak bila dpt panggilan dr diorg suh batalkan tu...siap suh kita yg wt surat tuk refund, mcm kta yg nk batalkan...nk tempah nye ke main ssh, septt nye BPH tutup tarikh yg ke dpn la yg blum bkk tuk di tmph...aduhaiii tu pn nk kna ajar ke...erghhhh!!!

    ReplyDelete
  24. lorenza...betul, hanya untuk 48 keatas sahaja.

    ReplyDelete
  25. Saya dah tempah untuk check in pada 15 Disember ini. So nak tanya, apartment ni ada lif tak? Boleh tak kita masak di dalam apartment ini?

    ReplyDelete
  26. Setahu saya tiada lift sebab ia hanya 2 tingkat dan tidak boleh memasak. Cubalah call bph untuk kepastian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam boleh tanya hotel ni ada tak kemudahan untuk orgvkurang upaya,

      Delete
  27. SALAM, SAYA NAK BUAT TEMPAHAN UNTUK AKAN DATANG, TAK KISAH LA HARI APA PUN,,CMN NAK BUAT TEPAHAN TU

    ReplyDelete
  28. Cuba baca artikel saya diatas hingga tamat, ada saya sertakan website untuk tempahan secara online.

    ReplyDelete
  29. sy nak tanya..untuk booking perlu pengesahan ape2 ke tuk membuktikan kita ni penjawat awam..coz sy tak pernah book yang gov rate..tq

    ReplyDelete
  30. terima kasih utk maklumat ini...dah boleh booking utk sekolah ni...

    ReplyDelete
  31. Fuh, peuh beb sampai oktober 2013. Tp ambik juga la somewhere september..dah bayar dah.

    ReplyDelete
  32. saya pernah duduk sini tahun 2010 .. apartment 2 bilik
    lepas tu nak repeat balik .. bila tengok online penuh sahaja huhuhu

    ReplyDelete
  33. Best di sini..bersesuain dengan gaji Gomen yang sedikit..dapat kemudahan ini..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  34. ENTAHLAH BILA BOLEH BOOOKING ASYIK LOADING MEMANJANG GOMEN PUNYA SYSTEM MEMANJANG MASALAH NI DH LOGIN UTK TUNGGU DPT PASSWORD PON DAH 3 BULAN TAKDE BERITA......THAP PERKHIDMATAN SYSTEM SGT TERUK..

    ReplyDelete
  35. saya nk tya..saya ada ambik bilik biasa. mcm mne ye bilik biasa tu? adakah ada sekali tempat memasak dan ruang tamu? ada sape2 pernah menginap x?

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.. nak tanya dekat rumah peranginan ada lif x.. sesuai x untuk bawa org OKU mengunakan kerusi roda.. terima kasih..

    ReplyDelete
  37. Salam, saya kakitangan MARA. Adakah saya boleh dikira kakitangan penjawat awam?

    ReplyDelete
  38. Terbaik apartment 2 bilik murah bagi ruang dan peluang bg kakitangan awam diluar ni merasa dulu

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed