Pertanyaan email dari Cik Zaidah yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal homestay milik En. Rostam di Taman Sedia. Ia adalah berkaitan artikel saya berkaitan homestay Taman Sedia beberapa minggu lepas. Semalam suami saya berpeluang ke sana sempena lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian ke Cameron Highlands. Ladang En. Rostam salah satu lokasi terpilih untuk lawatan menteri kerana sumbangan beliau dalam aktiviti industri asas tani di Cameron Highlands. Untuk makluman, En. rostam terlibat dalam penanaman strawberry, pemprosesan produk hiliran strawberry dan homestay.
Y.B Tuan Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian semasa lawatan ke ladang En. Rostam
2 unit homestay 2 bilik milik En. Rostam dengan sewa RM200 semalam.
Keadaan dalam rumah.
Dapur di bahagian luar unit homestay, maknanya 2 unit berkongsi dapur kalau nak masak.
Persekitaran laman memang menarik.
Pusat jualan di homestay beliau.
Kepada semua yang berhajat untuk menginap dihomestay, dinasihatkan menghubungi pemilik sendiri dan dapatkan segala maklumat supaya pelaburan anda berbaloi. Jangan pulak ada penyewa yang berkata "atap genting, atap rumbia" nanti.
Wednesday, July 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
boleh x bgtau harga berapa? nanti senang nak rujuk..
ReplyDeleteSaya pun nak tau harga berapa?...cuti ni nka jalan sana.....
ReplyDeleteHari tu En. Rostam kata homestay tu harganya RM200 semalam.
ReplyDeleteboleh x bg num phone
ReplyDeleteCuba call 054911958. Rasanya dia masih tak tukar no tipon dia tu.
ReplyDeleteSaya call tak dapat! Alamak betul ke?
ReplyDelete