
Saya ditanya oleh seorang pengunjung blog melalui email. Soalan ringkas tapi agak sukar dan serba salah untuk dijawap. Soalannya begini "salam akak, kenapa takde cerite pasal homestay dalam banyak-banyak entry akak?".
Jawapan saya lebih berbentuk peribadi. Pada permulaan blog ini diterbitkan, memang saya ada mencadangkan kepada beberapa homestay di Taman Sedia kepada beberapa pengunjung blog yang bertanya. Niat saya baik untuk membantu pelancong dan pemilik homestay juga.
Tapi beberapa maklum balas yang saya dapat dari penyewa homestay tersebut menyebabkan saya mula tawar hati untuk mempromosikan homestay tersebut. Terus terang saya katakan, lebih banyak komen kurang manis dari komen yang menyenangkan.
Antara komen tersebut ialah keadaan homestay yang kurang selesa tapi harga yang dikenakan amat tidak berpatutan. Hingga seorang menyewa membandingkannya dengan perumpamaan "atap genting, atap rumbia". Harga sewa macam banglo tapi keadaan macam rumah beratap rumbia. Bayangkan dia terpaksa bayar RM360 untuk satu malam. Boleh dapat sewa 2 malam apartment 3 bilik di Puncak Arabella/Desa Anthurium. Siap ada kemudahan memasak lagi.
Homestay pula lebih kepada sewa bilik sahaja, tidak seperti homestay sebenarnya. Seorang penyewa melontarkan keluhan kepada saya. Katanya tuan rumah marah-marah kerana menggunakan pemanas air terlalu lama. Hingga sanggup mengatakan "orang lain duduk sini pagi-pagi dah keluar, tapi awak duduk sampai tengahari".
Macam macam lagi yang saya dengar, terasa bersalah juga sebab saya yang syorkan.
Walaupun saya kenal homestay mana, tapi tak perlulah saya beritahu namanya. Nasihat saya, sebelum menyewa homestay, bertanyalah kepada tuan rumah sejelasnya. Boleh masak ke tidak, sewa tu untuk berapa malam, katil ada berapa, boleh masuk tak sampai 6-7 orang, tandas ada berapa dan perbagai soalan lain yang bersesuaian untuk mengelakan sebarang masalah. Jangan pulak tanya anak dara tuan rumah dok sekali ke...kena pelangkung nanti.
N3 ini bukan menceritakan keburukan orang, cuma sebagai panduan sesama kita. Bukan semua homestay buruk pada pandangan orang, banyak juga yang baik. Gambar diatas ialah persekitaran luar milik homestay En. Rostam di Taman Sedia. Antara homestay yang saya percayai selain dari milik Teratak Mawar dan Mak nab (Zainab Sam).
Tuesday, July 6, 2010
HOMESTAY TAMAN SEDIA
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



mcm "Bed and Breakfast" je berbanding Homestay, tak nasihatkan org Homestay tukar name ke "Bed and Breakfast"
ReplyDeleteatau takut nanti mereka marah???
atau pun macam "bed and no breakfast" sebab sarapan carik sendiri, hehehhe
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteni nak menyampuk ni....hehehe
bulan julai tahun ni saya ada ker cameron highland buat pertama kalinya semenjak dah dewasa ni...saya 2 keluarga pun menginap di homestay taman sedia....alahamadulillah semuanya ok...tuan rumah pun bagus dan cepat bertindak bila ada masaalah...siap offer sayur yg ditanam kat sebelah rumah kalau nak masak....semuanya lengkap...walaupun bahagian atas rumahnya guna papan dan bawah bahagian dapur batu tapi amat2 selesa dan terasa macam dirumah sendiri sebab boleh masak2....lain kali kalo ada rezeki saya pasti akan menetap lagi di homestay taman sedia cameron highland....
w'salam...apa nama homestay tu, mungkin ade pengunjung lain nak booking juga.
ReplyDeletetapi jangan menyewa di marina chalet...saya, isteri dan sepupu saya sudah terkena.... kita tegur tuan rumah tu dia boleh sound balik... http://johannary.blogspot.com/
ReplyDeleteye btl..tuan rmh dia memang bengis sikit
Deletejohan, ramai bertanya homestay apa yang bermasalah seperti saya ceritakan dalam entry saya tu....dan johan dah pun jawap sebahagian....
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDelete24 dan 25 saya telah berkunjung ke cameron highlands..kami pergi dua buah keluarga dan menginap di homestay taman sedia... kalau xsilap homestay bougenvilla,tuan rumah makcik bibi,mmg keturunan mamak...nak di kisahkan...semua hotel yang kami dah tipon katanya full, kami sepakat la nak menyewa kat homestay...ada kawan tolong carikan,dapat la homesty makcik bb ni, katanya dok sorang...
kami sampai dalam kol 2ptg then check in, tuan umah xdak masa tu sb p umah jiran...ingatkan yang sambutnya tuan rumah, tapi bibik dia rupanya...tadi kata dok sorang kan...
balik tuan umah, ingatkan dia sorang, rupanya ada anak menantu dia...dah 4orang...dalam kol 4ptg, haaaai datang plak sanak saudara dia dalam 3 famili..bayangkan dah brapa orang...
saya dapat bilik atas, kakak saya dapat la bilik bawah, cuba bayangkan kita nak masuk bilik lepas mandi kena lalu kot depan sanak sedara yang dah brapa org tadi bilangannya...
anak saya sorang, anak kakak dua orang... diaorang bertiga main la kat luar rumah, dapat la bola sebijik, main punya main..bola jatuh dalam longkang, saya tolong basuhkan... dah bola basah, ada la dalam tiga tompok jer pun air tas simen luar rumah tu..."kenapa bagi basah simen ni???"...katanya tuan rumah...
kami keluar dalam kol 4ptg...kami balik malam penat2 dalam kol 10malam, diaorang dok masak plak dah sebab nak bt kenduri makan...bayangkan ngan anak kecik meragam, ramai orang keluar masuk,camana nak rehat???
malam tu sebab x bawak iron, saya tanya la tn rumah...ada seterika x.. dia jawab cucu dia bawa ... padahal tadi saya dah nampak seterika tu tas meja kat dapur,saya nak naik tangga tu nampak la aktiviti dia menyorokkan seterika tu di bawah meja..
malam tu dah tipon suma hotel tapi penuh, hotel mahal2 xmampu nak dok...terpaksa la bersabar...
pagi esok...nak check in, dia ajak breakfast...
kami p la ke dapur... kami 4orang suami isteri, anak 3, ada ke patut dia bagi sepinggan hidangan..dalam tu separuh bihun, separuh lagi ntah pe, makanan mamak saya xtahu la namanya apa..ada lagi...nasi lemak semalam pun dia bagi kami, ntah kol brapa punya nasi lemak...tergamam x terkata tgk hidangan macam tu nak bagi kita makan...bleh siap pesan"jangan bagi tumpah yer...kami dah mop tadi"
jangan la check in kat homestay tu, sb tu saya kongsi semua pengalaman saya kat blog ni, bukan sebab nak memburukkan orang, tapi kita nak g enjoy...ni??????
saya nak buat aduan...tapi nak tipon sapa yer???? ada sapa2 tahu???
ReplyDeleteNurul syuhada...
ReplyDeleteSedih saya mendengar cerita anda. Semoga ia menjadi iktibar kepada orang lain.
Ada juga usahawan 'homestay' camtu ya.. saya belum pernah kena, selalu pergi dok apartmen je! baik la duduk hotel kalau begitu.. ingat nak try juga kat taman sedia tu, kalau gitu gaya tak payah try la.. ya?
ReplyDeleteTak semua la macam tu tapi inilah yang orang kata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.
ReplyDeletesaya ddk kat salah sebuah homestay,dia charge rm250 utk 1 mlm dan kami ddk utk 2 mlm....water heater tk leh pakai..bila tnya dia kata "sblm ni ok jer" tp tk pulak dia dtg check keadaan water heater tu....kami mmg masak sb kami dtg dlm kumpulan yg besar.....overall sy bg 4 bintang dari 10 bintang... :((
ReplyDeleteyeke... merisaukanla... boleh emel bgtau mane h/stay yg bagoz kat sy... syahidazakaria_85@yahoo.com.my
ReplyDeletetak berani la nak cadangkan...nanti kalau terkena, saya gak yang busuk nama sekali.
ReplyDeleteHomestay kat Cameron adakalanya macam ni . Untung jer yang diorang pikir ... Better ambik hotel terus ... Fenomena kat sini masyuk time cuti sekolah jer , tu yang harga berlipat ganda bila time cuti sekolah ... Maklumla nak cover tak untung time hari biasa ... Kalau keselesaan yang di cari kat penginapan Cameron ni , jawapannya agak kureng la ... Hehehehe
ReplyDeletehmmm..kesian jugak saya dengar keluhan rakan2 bloggers, kalau rakan2 bloggers semua nak ke cameron baik stay kat apartment jer, selesa dan ada privacy lagipun ada private parking, unit tuk muslim sahaja dan kalau bicara pasal unit2 nie...berilah perhatian pada unit yang hanya untuk muslim sahaja sbb penggunaan pinggan mangkuk dan segala kelengkapan dalam rumah adalah bersih dari sebarang kesan 'non-halal' item...kalau rakan2 nk ker cameron bleh contact no ni EN.Adi/En.Mat 0195030416...
ReplyDeletesalam sy d arahkan utk mencari lokasi utk membuat aktiviti / tugasan d camron tp tak tau nk buat kat mane.. dah sy rasa d sini sy akn dpat jwbpan..blh berikan sy cadangan?
ReplyDeleteAchikAnis, cuba baca review komen diatas untuk pandangan lebih jelas mengenai homestay taman sedia. Kemudian terpulang pada anda untuk buat pilihan.
ReplyDeletesalam,saya pernah duduk kat puncak arabella,memang cantik dan selesa ,tak salah saya cari ramlihomestay puncak arabella,harga pun ok.
DeleteAs-salam...
ReplyDeleteSaya sudah beberapa kali menginap di homestay Taman Sedia...di tempat yang berbeza. Saya setuju dengan pendapat ada sebahagian pengusaha mengenakan harga mahal dan tidak berpatutan. Setakat ini , homestay yang saya pernah kunjungi...baik semuanya. Seronok .
homestay?..eheheh..nyampuk sket leh kot..assalamualaikum.. bukan nak cite bab homestay tapi nak kongsi cerita sendiri..dulu penah datang skali, duduk homestay kat tmn sedia gak..takde masalah maybe kebetulan bukan cuti umum..masa tu rasa nak datang lagi la..sudahnya termakbul doa bukan datang berjalan, tapi datang buat keje terus skaligus menetap kat sini..
ReplyDeletedapat je surat posting fuh sukanya isteri sebab dapat duduk tempat yang dia tak penah datang.. mujur datang sorang dulu tak bawak dia yang tengah pregnant..law tak?.. huhuh..tau kah anda sampai skang saya takde umah.. yang banyak nye homestay ngan hotel dan bilik yang harga 4-5 ratus tapi apa pun tak boleh..cian saya...
akak akak smer tau tak kat mmana nak cari umah sewa?..ahahahahah
tempat yang sesuai homestay taman sedia kat cameron ni di ROSE CHALET...bagus sangat...selesa,bersih...kak Rose pun baik
ReplyDeletetempat yang sesuai homestay taman sedia kat cameron ni di ROSE CHALET...bagus sangat...selesa,bersih...kak Rose pun baik
ReplyDeleteslm.. ado no tepon dia?
Deletesejak kenal homestay Anggerik Desa saya mmg tak penah sewa hotel atau chalet lain...selesa seperti di rumah sendiri..setakat ni lima tahun ni mmg tido kat homestay tu je...tq pakcik aznon
ReplyDeleteslm.. ado no tepon dia?
DeleteAs salam...just nk share lah..baru2 ni mase cuti hari wilayah i ade pegi Cameron Highland...kali ni i xstay hotel or apartment..sje nk try chalet kt sini...so i stay kt Rose Chalet Taman Sedia...amik bilik biase je untuk 2 org tp bilik tu xde kipas /aircond ye sbb memalam kt sane sejuk sgt...1malam cume RM80 (Hage ttp same weekdays or weekends or PH)...So far bilik tu selesa la...bole muat lam 3org..toilet pun bersih..besar..ade water heater...tp towel kene bwa sendiri ye..cume sejadah je disediakan. Environment pun ok...kt belakang chalet i ade tempat bbq...air panas..sink utk membasuh..ade sungai kecil gak. Depan Rose Chalet lak ade souvernir shop n kebun strawberi..leh la beli n makan strawberi fresh kt sane (mase i pegi...skrg da xleh petik buah kt dlm kebun...cume bole beli je)n ade mini cafe...leh makan puding strawberi..jus strawberi...dorang pun de jual jem sendiri tau!...hage pun ok la....so..kalo sesape nk sewa chalet kt Taman Sedia...i recomended Rose Chalet..owner En Zul n Kak Ros mmg baik...bile kite tnye itu ini..dorang akan jelaskan sumenye! Ni contact En Zul 0195782044. #ni cume pandangan peribadi i...berdasarkan pengalaman yg i dpt#
ReplyDelete