Korang pernah cuba masuk kedalam website Bahagian Pengurusan Hartanah yang menguruskan Rumah Peranginan Persekutuan. Untuk makluman, kakitangan awam layak menduduki Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands pada kadar sewa amat rendah dan permohonan perlu dibuat secara online.
Mula-mula masuk kedalam website tersebut.
http://www.bph.gov.my
Anda akan nampak website dia rupa macam dibawah nie. Klik gambar kalau nak saiz dinasour.
Ada 4 jenis permohonan online disana, kalau nak memohon rumah Peranginan Persekutuan, klik icon tersebut.
Ada akan dibawa masuk ke page 1 Permohonan Baru. Masukan no. kad pengenalan anda dan tekan butang >>
Bila dah masuk no. kad pengenalan (yang aku masuk tu tipu jer), anda kena isi jenis tempahan, kategori jawatan, kategori gred dan gred jawatan. Tekan butang Tempahan Baru.
Contoh yang telah siap diisi.
Anda akan masuk page 2. Pilihlah destinasi percutian anda.
Scroll kebawah lagi untuk destinasi lain, contohnya Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Tekan destinasi tersebut.
Anda akan sampai page 3. Mengandungi kalendar kekosongan rumah tersebut. Contoh untuk bulan september, masih ada kosong, tapi hujung minggu penuh la (warna merah). Itu untuk apartment 2 bilik.
Scroll kebawah dan klik pada ruangan Jenis Chalet, tandakan Bilik Biasa. Anda akan dapat kalender kekosongan untuk bilik biasa, seperti dibawah. Hanya minggu ketiga je penuh. Mungkin ada mesyuarat, orang booking seminggu terus. Senarai harga pun disediakan.
Kalau anda berminat untuk menempah, scroll ke bawah lagi dan isikan ruangan Bilangan Bilik, Tarikh Masuk dan Keluar, Bilangan Dewasa dan Kanak-Kanak.
Contoh yang telah diisi.
Bila dah siap segalanya, tekan butang Tempah. Anda akan dibawa masuk ke page 4 dan 5 berkaitan maklumat pembayaran dan pengesahan.
Oleh sebab aku cuma nak tunjuk cara tempahan dibuat bukannya nak buat tempahan sebenar, maka sampai page 3 je yang aku tunjukan. Korang pun kalau setakat nak survey ada kekosongan atau tak, cukuplah sampai page 3 sahaja.
Diharapan maklumat ini membantu korang semua.
Thursday, August 13, 2009
BAGAIMANA UNTUK MENEMPAH RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. bagus info ini utk org luar mcm saya yg nk mkn angin ke Cameroon
ReplyDeletejemput singgah ke blog saya...
nanti nk g sy cr saudara bole... sbb sy bukan org gomen...
ReplyDeletebooking takleh guna nama orang lain, sebab kena masuk no ic, lepastu masa check-in kena tunjuk ic la pulak. Tu yang susah tu.
ReplyDeletethanks tuan rumah.. byk info menarik kt sini..
ReplyDeletedah try dah, tak boleh masuk.. website macam tak siap jek
ReplyDeletemcmana dorang tau kita keje gomen ke x...
ReplyDeleteyasman, www.bph.gov.my akey je saya masuk.
ReplyDeleteSK Bukit Hijau, masa check in kena bagi ic rasanya. Tapi tak tahulah kalau boleh buat kenyataan palsu ke apa ke. Tapi saya tak berani buat macam tu.
nak tnye ckit,,lau mcm student nk uat site visit,,leh x ktorg menginap kat si2???
ReplyDeletekemudahan rumah peranginan ni, untuk kakitangan kerajaan shj..so, manfaatkannya dgn sebaiknye..hehehe..
ReplyDeletesume RP aku dah nginap, cume kat CH je blm lg..asyik penuh je..xtau la bile de kosong..
shady...rpp kenyir ko dah pergi ke? aku nak gie sana la...
ReplyDeletenk tempah tpi penuh jer... utk banglo pn sama... sehari je kosong pn
ReplyDeleteNiena, RPP cameron dan port dickson memang susah nak booking sebab penuh selalu.
ReplyDeleteTempat yang paling kerap saya menginap bila ke CH...sama ada bilik biasa ataupun apartmen. Pernah bawa rombongan pelajar sekolah ke sini. Ada dorm.
ReplyDeleteMcm best thank 4 the info..sy nk try la..ner tau nsb baik dpt blik..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesejuk tak kat sini?
ReplyDeleteBest di CH..tak macam London & Paris..terlalu sejuk..:)
ReplyDeleteSory nak tanya.... saya ada tempah rpp langkawi.... dah dpt surah pengesahan n no tempahan.... kne call holiday villa ke utk confirmation.... ke xperlu
ReplyDeletetak payah nak call melainkan kalau nak buat special request (nak ground floor etc). Just bawak je surat pembayaran dgn org yg booking
ReplyDeleteuntuk check in - Sama ada org yang booking ataupun suami/isteri org yg booking kena ade masa check in(kena tunjuk butir2 sah menyatakan mereka pasangan rasmi. Masa check out tak payah nak tunjuk proof.
ReplyDeleteC.H memang susah nak book. Kalau nak book pada hari pertama tempahan dibuka pun tak boleh,selalunya dah penuh dlm beberapa jam je. tak pasti kalau org dalam sendiri dah book untuk kenalan mereka..tapi agak pelik semua bilik dah ditempah dlm 3 jam.
ReplyDeleteSape2 nak stay kat fraser dgn harga bilik paling murah (RM30),boleh hubungi saya. Banglo tapi takde room service. Saya bukan dpt commission tapi setakat membantu.
ReplyDeleteMacam mana nak hubungi tuan ya?
DeleteNk buat pmbyaran cara bank in lps tu camna proses strusnya..
ReplyDelete