Monday, March 23, 2009

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDS

Salah satu tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands ialah Taman Agroteknologi Mardi. Amat mudah untuk sampai ke taman ini dan jarak dari Bandar Tanah Rata hanya lebih kurang 500 meter. Pengunjung boleh ke taman ini dengan melalui simpang Persiaran Dayang Indah di hadapan klinik kesihatan Tanah Rata dan jalan terus hingga menemui papan tanda masuk ke taman ini.

Bayaran dikenakan hanya Rm3.00 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak dan pelajar. Jika pengunjung datang dengan bas, bayaran hanya RM40.00 untuk satu bas. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5 petang dan ditutup selama satu jam iaitu pada pukul 1.00 hingga 2.00 petang.

Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di taman ini seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Harga ditawarkan agak berpatutan dan harga adalah tetap sepanjang musim. Maknanya masa cuti atau tidak harga adalah sama, berbanding dengan tempat lain yang mana penjual boleh “main” harga jika berada pada musim cuti.

Jom kita tengok apa yang ada di sini.

Tempat masuk, kena beli tiket kat sini. Makanan ikan pun ada dijual untuk sesapa nak bagi makan ikan di kolam.

Ini peta untuk kemudahan pengunjung untuk menjelajahi taman ini.

Taman herba, betul-betul didepan pintu masuk. Jangan cari herba tongkat ali atau kacip Fatimah kat sini, sebab hanya herba Inggeris yang ada seperti oregano, pasley dan lain-lain.

Taman Inggeris dengan bunga-bunga yang cantik, kolam ikan dan jaga-jaga sebab ada sarang lebah kat pangkal pokok!

Pintu depan pejabat Mardi, ada skrin menunjukan suhu, pukul 12.30 tengahari dalam 21.5 darjah celcius.


Petak tanaman secara fertigasi, anak pokok masih kecil lagi, jadi nampak macam lapang je. Sekarang sedang ditanam tomato. 3 bulan akan datang, sesapa melawat taman ini bolehlah beli buah tomato murah.

Cerita pasal fertigasi, korang baca la sendiri (kalau ada mata boleh zoom la).


Kilang teh tertua di Malaysia. Di dalamnya mempamerkan mesin yang digunakan dalam penghasilan teh.

Pusat jualan barangan dan cenderamata, macam macam ada kat sini.


Pusat jualan bunga dan cactus. Ada pokok anggur untuk dijual dan kalau tanam kat bawah boleh hidup, kata orang yang jual tu la.

Cactus untuk dijual

Dalam pusat jualan bunga hiasan ada kolam ikan, tapi bukan untuk dijual.


Rumah orkid

Sesuai dengan pusat penyelidikan, Mardi juga menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian seperti plot anggur

Plot buah apple dan pir

Plot sayur-sayuran

Plot sayuran cili dalam kelambu.

Ladang strawberry yang menggunakan teknik fertigasi. Boleh beli buah strawberry kat sini,cuma tak boleh petik sendiri.

Dan banyak lagi yang tak sempat nak muatkan dalam blog nie.

Jadi, bercadang kesini?


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wajib kna singgah tmpt ni...nmpk menarik...thanks tuan blog...:)

    ReplyDelete
  3. wajib pergi ketempat niy,,sebab bermacam2 adaa disini,,

    ReplyDelete
  4. sape pegi CH xg sini mmg rugi. semua jenis tanaman d seluruh CH ada sini...xsempat g tempat lain pun xpe.

    ReplyDelete
  5. knape sy dah pg 3 kali pun still xjmpe tmpat niemye best sgt ke tmpat nie

    ReplyDelete
  6. lilyajib, kat tanah rata, depan Marrybrown ade simpang menghala Hospital Sultanah Hajah Kalsom, jalan terus, jumpalah Mradi.

    ReplyDelete
  7. masa pergi tahun lepas nasib tak baik tempat ni tutup untuk pelawat sehari (isnin)... sedihnya.

    pokok anggur tu kawan saya ada beli, dah berbuah pun..

    ReplyDelete
  8. sape2 de nombor mardi? nak book apartment dia....

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed