Thursday, April 16, 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Agak sibuk pulak minggu nie, jadi nak tambah topik pun tak sempat. Tengah pening buat kerja, datang pulak seorang dari Majlis Daerah bawa surat. Ingatkan surat kena meeting ke atau Dato' DO panggil mengadap, rupanya iklan kekosongan jawatan yang ada di Majlis Daerah Cameron Highlands. Jadi untuk makluman terutamanya warga Cameron Highlands atau sesapa yang diluar dari Cameron yang nak mencuba nasib, dipersilakanlah. Agak banyak kekosongan yang ditawarkan, manalah tahu ada rezeki anda di Cameron Highlands.

Iklan lengkapnya seperti berikut:

Majlis Daerah Cameron Highlands mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan KONTRAK di Majlis Daerah Cameron Highlands.

BIL

JAWATAN

GRED

TARAF

JUMLAH PENGISIAN

A

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

TETAP

KONTRAK

2

3

B

PEMBANTU PENGUATKUASA

N17

TETAP

KONTRAK

1

5

C

PEMBANTU TADBIR RENDAH

N11

KONTRAK

1

D

TUKANG K3

R9

TETAP

2

E

PEMANDU KENDERAAN

R3

TETAP

1

F

PEKERJA AWAM

R1

TETAP

7

JUMLAH

22


Untuk maklumat mengenai kelayakan dan tangga gaji bolehlah rujuk kepada laman web SPA kerana setiap skim perkhidmatan itu sama sahaja, tak kira dimana kekosongan tu.

Cara memohon dan syarat-syarat

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDCH/JWT yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Cameron Highlands melalui pos dengan mengirim satu sampul surat berukuran 23cm x 15cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 atau melalui web www.epbt.gov.my

2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan
Kad pengenalan (depan/belakang)
Sijil berhenti sekolah
Sijil/diploma/ijazah berkaitan
Gambar pasport
Lain-lain dokumen sokongan

Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Cameron Highlands
Peti Surat 66
39007 Tanah Rata
Cameron Highlands
(u.p: Unit Pentadbiran)

Tarikh Tutup: 23 May 2009

Sila Rujuk: http://www.mdcameron.gov.my/portal/mdcameron/mdch/kekosongan


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

3 comments:

  1. hi saya ingin meminta jawatan kosong sebagai penolong pegawai kesihatan persekitaran.

    nama ; Syuhada binti Ghazali
    asal : Raub,Pahang
    CGPA : 3.06
    Universiti industri Selangor
    Cos : kesihatan persekitaran


    TOLONG BANTU SAYA..

    ReplyDelete
  2. Permohonan untuk jawatan tersebut kenalah melalui SPA secara online. Bila dah temuduga dan dapat jawatan tu, terpulang kepada kementerian kesihatan untuk tempatkan anda dimana.

    Saya takleh tolong pasal tu.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed