Friday, April 3, 2009

MAKLUMAN UNTUK PENGUNJUNG MUSLIM

Bagi sesiapa yang sering atau pernah berkunjung ke Cameron Highlands, pastinya sedia maklum bahawa banyak kedai-kedai makan di Tanah Rata dan Brinchang. Tapi tahukan anda bahawa tidak ada satupun kedai mamak di Cameron Highlands? Kesemua kedai tersebut adalah milik bangsa India yang pastinya bukan Islam. Jadi jika anda ingin mencari tempat makan, pergilah ke medan selera yang menjual makanan halal.

Antara tempat makan yang sering dikunjungi ramai ialah

1. Gerai Zainab Sam - menjual sarapan pagi, makan tengahari dan malam.
2. Gerai Opah - dibuka waktu malam.
3. Sate Hajah Halimah - dibuka waktu malam dan menjual sate dan makanan lain.
4. Pak Ngah Yong Taufu - buka waktu malam jugak.
Semua tu ada di medan selera Tanah Rata, tepi jalan je....memang senang nak jumpa.

Medan selera di Brinchang pula mempunyai lebih banyak pilihan untuk sesiapa yang kaki makan.

InsyAllah, pada aktikel akan datang akan saya terangkan secara lebih terperinci mengenai lokasi baik untuk menjamu selera.

SELAMAT BERKUNJUNG KE CAMERON HIGHLANDS!


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

4 comments:

  1. saya teringin nak jagung bakar.. harap kat Tanah Rata ada lah..

    ReplyDelete
  2. ada kat pasar malam pada setiap petang ahad...

    ReplyDelete
  3. bole x bagi contoh harga makanan di cameroon highland.seperti nasi2 goreng.
    sbb kami disini tertanya-tanya akan harga2 makanan disana.

    ReplyDelete
  4. Medan selera di Brinchang tu, kedai makan mane yg terbaik utk dikunjugi?

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed