Monday, April 13, 2009

ASAL USUL "BABY KAILAN"



Pengunjung yang pernah ke Cameron Highlands pastinya akan tertarik dengan pelbagai jenis sayuran yang dijual dikebanyakan gerai. Dalam banyak-banyak sayuran tu ada yang diwar-warkan sebagai baby kailan. Rasanya memang sedap dan seakan-akan rasa kailan, walaupun agak keras sedikit. Tapi tahukan anda asal-usulnya? Sebenarnya baby kailan ini bukanlah anak sebenar kepada kailan malah takde kena mengena pun. Ibubapa sebenarnya ialah KOBIS.

Ceritanya begini.



Kalau anda nak tahu inilah rupa pokok kobis. Dah sesuai nak kena tuai. Usia dia dalam 3 bulan sahaja. Kobis nie kalau dah kena tuai, dia kena buang terus je, sebab dia takkan "berbuah" kobis lagi.



Cara menuainya, hanya potong pada pangkal kobis tu dan tinggallah tunggul pokok kobis. Seperti gambar dibawah.



Bagi petani yang agak malas nak buang tunggul kobis tu, maka selang beberapa hari, akan tumbuhlah tunas-tunas baru pada tunggul kobis tu. Tunas tu mungkin akan mencecah 4 atau lima tunas disekelilingnya.



Selepas seminggu, tunas tu akan membesar dan penuhlah disekeliling tunggul tadi tu.



Gambar dibawah adalah tunas yang sudah berusia 15 hingga 20 hari. Ia akan dipetik dan dijual sebagai baby kailan.



Ini gambar baby kailan yang sedia untuk dijual.



Jadi kalau anda ke Cameron Highlands dan bercadang nak beli baby kailan, tanya dulu penjual tu satu soalan.

"Tokeh, kalau itu baby kailan ada jual, apa pasal ayah dia si kailan takde jual?"


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

3 comments:

  1. hehehehehe.kalo nak tanya cmni leh x?

    "tokey,sian baby kailan ni,jd mangsa penculikan...heh..heh..."

    ReplyDelete
  2. hehehehe, saya dalam proses tanam pokok kobis tanah rendah.....

    sekarang dalam proses eksperimen lagi.....

    *pokoknya hidup dan subur tapi saiz kurang memberangsangkan....maybe cuaca panas, walaupun beli benih jenis bermutu tinggi & hidrib yg tahan panas...

    ReplyDelete
  3. setakat sayur kailan, salad, sawi, kangkung & bayam no hal...(tutup mata pun bole tanam)

    sbbnya saya tanam guna 'hidroponik takung'... dalam 4 minggu dah bole tuai....

    hidroponik
    -tanam-tinggal-tuai-

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed