Friday, April 17, 2009

CAMERON APPLE



Kalau bercakap mengenai produk dari Cameron Highlands, mesti korang teringat strawberry, teh dan bunga-bungaan. Tapi indahnya Cameron Highlands ialah korang juga akan jumpa benda-benda yang boleh dianggap pelik la jugak. Dan hakikat sebenarnya ialah benda-benda pelik tu hanya dicipta untuk menjadikan Cameron Highlands adalah unik.

Salah satu produk pelik di Cameron Highlands ialah sejenis buah yang dinobatkan sebagai Apple Cameron. Entah sejak bila Cameron nie ada buah apple pun aku tak tahu. Lagi pelik ialah macam mana buah tu boleh jadi apple sedang rupa apple pun takde iras-iras dia.



Kalau korang nak tahu, nama saintifik buah tu ialah Solanum Muricatum. Buah nie memang hanya sesuai tumbuh di kawasan suhu sederhana. Kalau kat negara luar dia lebih mudah dipanggil Pepino atau Melon Pear. Buah nie berasal dari keluarga Solanaceae dan banyak ditanam di Amerika Selatan seperti di Peru dan Chile.

Pokoknya boleh mencecah 1 meter tinggi dan buahnya apabila masak berwarna kuning krim dengan jalur purple.

Rasanya? Kalau korang datang Cameron boleh beli dan rasa sendiri. Kalau aku kata sedap, tapi korang kata tak sedap nanti, susah la pulak.

Harga? Kalau jual dah siap bungkus dalam 2/3 biji dalam Rm4.00, kalau jual kilo boleh dapatlah RM8.00 - RM10.00 sekilo.

Ini gambar buah tu dan yang dah siap belah. Lebih kurang macam tu la isi dia.





Ini gambar bunga dia, cantik la jugak.



Jadi, jangan lupa menikmatinya jika bertandang ke Cameron Highlands, kalau tak suka rasanya pun anggaplah itu pengalaman manis korang di sini.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

3 comments:

  1. meriahnya blog ni...siap ada salji putih lagi...

    ReplyDelete
  2. En. Ridzuan kat "forum cari" ada topik tentang buah ni diorang kata buah jambu yg diletakkan pewarna...takleh makan bahaya..komen sikit..

    ReplyDelete
  3. Jambu batu yang dimaksudkan ialah Jambu Kristal. Memang jambu batu biasa, dibuang kulit dan dibentuk semula agas cantik, direndam pengawet dan gula. Kat Hentian R&R Tapah pun ada jual.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed