Thursday, August 12, 2010

PEGAWAI TLDM SESAT DI CAMERON HIGHLANDS

~dengar ceritanya tentera nie datang bertiga nak naik gunung brinchang, tiba masa hari nak naik tu, 2 orang lagi rasa berat hati nak naik, jadi dia pun naik sorang-sorang. Kira hati panas jugak la sebab member lain tak jadi ikut. Dia tak cakap pun dengan orang lain yang dia nak naik jugak. Member cari dia pagi tu, tak tahu pergi mana. Tanya kat balai polis, baru tahu dia naik sorang. Iktibarnya ialah jangan ikutkan hati yang panas tu kalau nak daki gunung. Kalau rasa hati tak sedap je, takyahlah naik gunung kat memana pun~

Mula artikel yang aku songlap dari Utusan dot com.

IPOH 7 Ogos - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sesat ketika mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands, Ahad lalu, ditemui selamat di Kampung Terah, Gua Musang, Kelantan, pagi ini.

Kampung tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Leftenan Mohd. Al-Amin Rohizat, 27, ditemui oleh penduduk kampung di Masjid Kampung Terah pada pukul 8.30 pagi.

"Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Mangsa telah dihantar ke Hospital Cameron Highlands untuk dirawat.

"Operasi mencari dan menyelamat yang bermula Selasa lalu dihentikan serta merta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, Mohd. Al-Amin yang berasal dari Kampung Rapat di sini, tiba dan bermalam di Cameron Highlands. Keesokannya, mangsa yang gemar dengan aktiviti lasak dikatakan keluar mendaki di kawasan itu secara bersendirian tanpa dibantu pemandu arah.

Namun, mangsa yang sepatutnya keluar pada keesokannya disedari hilang selepas tidak melaporkan diri di Pangkalan TLDM Lumut pada 2 Ogos lalu.Mangsa juga tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Rapat di sini.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed