Friday, August 6, 2010

JAJAHAN KECIL LOGING - JIRAN TERDEKAT CAMERON HIGHLANDS



~Cerita berkaitan jiran terdekat Daerah Cameron Highlands, cuma ~10km sahaja dari Kg. Raja. Kebanyakkan petani yang membuka kebun disana, termasuklah peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Loging adalah dari Cameron Highlands. Diharapkan dengan pembangunan pesat Tanah Jajahan Kecil Loging kelak tidak akan menyebabkan bumi Cameron Highlands menjadi lebih panas~

Mula artikel yang ditangkap muat dari Utusan Online

LOJING 5 Ogos - Kampung Penangau, sebuah penempatan Orang Asli yang terletak di tepi jalan utama sempadan Gua Musang-Cameron Highlands bertukar meriah hari ini. Ia berikutan kehadiran lebih 1,000 masyarakat tempatan menyambut ketibaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ke kampung berkenaan secara rasmi buat pertama kali sejak dilantik memerintah negeri ini.

Kampung tersebut yang terletak hampir 300 kilometer dari Kota Bharu dan mengandungi kira-kira 50 buah rumah, mula sesak dengan kehadiran pelbagai peringkat usia masyarakat termasuk ratusan pelajar sekolah yang mula berhimpun seawal pukul 8 pagi.

Walaupun 'disambut' udara pagi dingin di tanah tinggi itu, penduduk dari beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Jekjok, Kampung Mend Rod, Kampung Pos Brooke dan Kampung Sangwai A tetap tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri rupa paras bakal raja mereka itu.

Kehadiran Tengku Muhammad Faris ke kampung berkenaan adalah untuk melancarkan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil bermula hari ini.Turut hadir, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta barisan pemimpin kerajaan negeri dan kaum kerabat baginda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegembiraan jelas terpancar di wajah masyarakat Orang Asli di sini, malah sebaik ketibaan baginda yang segak dengan baju Melayu berwarna hijau kira-kira pukul 12 tengah hari, kesemua hadirin segera bersorak dan mengibarkan bendera negeri.Selain itu, sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang untuk bergaya dengan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni.

Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa teruja kerana buat pertama kali Tengku Muhammad Faris lebih dekat dengan mereka.

"Memang saya gembira sebab dapat tengok baginda. Dari kelmarin cikgu cakap raja nak datang jumpa kami," kata Kiran Arwinda, 13, yang menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2.

Rakannya, Azura Anjang, 13, ketika ditemui turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat baginda.Sementara itu, bagiNorain a/p Mat Nor, 13, kehadiran Tengku Muhammad Faris serta kerabat diraja yang lain membuatnya merasa lebih dekat dengan institusi diraja Kelantan.

"Syukur dapat tengok baginda sebab sebelum ini nampak dalam televisyen saja kalau selalu begini lagi bagus."Saya sayang raja dan kalau dapat mahu salam dengan baginda," kata pelajar cilik itu dalam pelat Orang Aslinya.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

1 comment:

  1. Haa..haa.. Lojing akan menjadi ancaman kepada CH kalau kegiatan penerokaan tanah x dapat diatasi..

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed