View Larger Map
Tahun 2010 menyaksikan satu lagi laluan baru siap sepenuhnya ke Cameron Highlands iaitu jalan yang menghubungkan Ringlet (Cameron Highlands) ke Sg. Koyan (Pahang). Laluan ini memudahkan urusan warga Cameron Highlands ke daerah lain di Pahang terutama Kuantan.
Saya masih ingat lagi salah satu bentuk gurauan bagi warga Pahang yang tinggal di Cameron Highlands. "Kesian korang, kerja di Cameron Highlands tapi bila nak balik kampung kat Raub, Bentong atau Kuantan kena lalu negeri orang dulu". Iyelah, nak balik kampung kena turun Tapah, masuk PLUS, keluar Tanjong Malim, baru masuk Karak Highway dan terus ke Kuantan. Berapa buah negeri kena lalu baru sampai. Sekarang mereka boleh tersenyum kerana wujudnya jalan baru ini. Ehsan dari DYMM Sultan Pahang yang saban tahun ke Cameron Highlands.
Kini laluan kami cukup mudah hinggakan seorang kawan yang berasal dari Raub boleh keluar 8 pagi untuk menghantar anak balik kampung dan sampai semula ke Cameron Highlands sebelum makan tengahari.
Saya pernah melalui jalan tersebut sebanyak 2 kali dan pendapat peribadi saya menyatakan ia adalah jalan termudah berbanding 3 lagi laluan iaitu CH - Tapah, CH - Loging, Kelantan dan CH - Simpang Pulai.
Semenjak laluan tersebut siap juga menyaksikan CH sekarang cukup sesak pada hujung minggu dan saya mula bertemu dengan pelancong dari Raub dan Bentong yang datang ke CH dan balik pada hari yang sama.
Monday, August 9, 2010
LALUAN TERBARU KE CAMERON HIGHLANDS
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Labels:
FAKTA MENARIK,
PANDUAN UNTUK PELANCONG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puan Mahanim bt Musa,
ReplyDeleteAssalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Nampaknya kenderaan di Cameron Highlands semakin sesak. Jalan raya antara Kampung Raja dengan Brinchang selalu jam pada hujung minggu atau cuti am.
Antara Brinchang ke Tanah Rata tidaklah teruk sangat sebab ada pilihan melalui padang golf dan Taman Sedia.
Sayang ya, pelancong banyak habiskan masa di Cameron Highlands di dalam kereta masing-masing.
Wassalam,
Idris Talu
http://idristalu.blogspot.com/
Hakikat yang saya sebagai warga cameron terpaksa akui. Lebih-lebih lagi laluan baru ini siap dan Loging pula menjadi jajahan baru.
ReplyDeleteahad dan isnin ( 5, 6 dec ) baru p sana ikut koyan.... ok la... cuma lepas pos betau tu ada tanah runtuh so jalan lencongan baru dibuat.... purata... ok la... 3/4 memuaskan la....
ReplyDeletealhamdulillah saya juga dah lalu..minggu lepas pada 20 hb mac. sangat memuaskan. kereta tak banyak..pemandangan cantik.
ReplyDelete23/12/2012 first time ikut jalan baru from kuantan to simpang pulai (some info this way shorter then batang kali)sampai kat cameron .....JAM coz pasar malam, stuck3 jam, anak saya 11 bulan dah mula nangis.terpaksa berhenti dan stay kat hotel (rm 980)because bity of my innocent child.24/12/2012 leave tosimpang pulai. dame wase of time and money.
ReplyDeletealhamdulillah saya pun turut lalu Raub-Sg Koyan-CH. Gara-gara jem di Bentong, kami terpaksa mencari alternatif lain untuk pulang ke utara dari Raub.
ReplyDelete