Monday, April 4, 2011

80 pendidik sertai Konvoi Amal Bermotosikal


KUANTAN 31 Mac - Seramai 80 warga pendidik Pahang menyertai Konvoi Amal Bermotosikal bagi mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan bahaya penggunaan dadah kepada penduduk pedalaman di negeri ini.

Konvoi selama empat hari sejauh lebih 1,000 kilometer itu bermula dari pekarangan Jabatan Pelajaran Pahang dan berakhir di Cameron Highlands sebelum pulang semula ke bandar ini Ahad ini.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, selain mengedar risalah, peserta turut melakukan kerja-kerja amal dengan mengadakan gotong-royong membersihkan kubur, melawat rumah anak yatim dan memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli.

"Dalam perjalanan pergi, mereka akan melalui bandar Raub, Sungai Koyan, Kuala Lipis dan Betau sebelum tiba di Cameron Highlands."Dalam perjalanan pulang pula, mereka akan melalui Tanjung Gahai dan Temerloh sebelum sampai ke sini," katanya selepas melepaskan peserta konvoi itu hari ini.

Mazlan berkata, konvoi amal tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat dan budaya gotong-royong, malah merapatkan lagi hubungan persaudaraan bersama masyarakat setempat.

Beliau turut berharap masyarakat dapat memberi kerjasama supaya matlamat konvoi berkenaan dalam membina hubungan persaudaraan tercapai dan tidak menolak kemungkinan aktiviti konvoi tersebut dijadikan acara tahunan bagi Jabatan Pelajaran Pahang.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed