Monday, December 20, 2010

TRAGEDI DI SIMPANG PULAI

26 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Tuesday, December 7, 2010

Jawapan kepada email


Email dari Cik Azie yang inginkan gambar hotel Sentosa. Beliau telah pun disyorkan hotel tersebut oleh seorang rakan, tetapi masih kabur keadaannya. Kalau boleh lihat gambaran luaran pun sudah mencukupi bagi beliau.

Untuk makluman beliau dan pembaca blog lain, Hotel Sentosa adalah kategori hotel budget dan berada ditengah-tengah bandar Brinchang. Bersebelahan hotel tersebut ialah pasaraya Jimat, Klinik Wong dan Hotel Rainbow. Kena menapak tangga yang agak curam untuk ke hotel tersebut yang berada ditingkat 1, 2 dan 3. Kalau bawa orang tua yang ketar lutut, baik pikirkan dahulu untuk menginap di sini. Bawahnya ialah Restoren Sri Sentosa, milik India dan bukan mamak yer.....halal ke tak...korang buatlah keputusan sendiri.

Beberapa bulan lepas, saya pernah menemani seorang kawan membuat tempahan hotel tersebut. Rate pada waktu itu (luar cuti sekolah) ialah RM98 sahaja. Jika korang naik tahu rate sebenar, sila hubungi sendiri pihak hotel.

SENTOSA HOTEL
38, Main Road, Brinchang
39100 Cameron Highlands
Tel : 605-4911907

Semoga Cik Azie berpuashati dengan gambar tersebut.
TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

Wednesday, December 1, 2010

LADANG TEH BOH DI SG PALAS

Saya jarang melawat ladang BOH Sg Palas. Bukan tidak menarik tapi sebab jalan masuk agak sempit, berliku dan merbahaya jika berselisih dengan kenderaan lain, maka saya lebih suka mengunjungi ladang teh milik Bharat Tea Plantation

Kunjungan terbaru pun atas dasar tugas. Sebelum balik, sempatlah mengambil beberapa gambar untuk tatapan pengunjung blog. Gambar pun kurang berkualiti, tapi takpe sebab bagi sesiapa inginkan gambar jelas, datanglah ke BOH Sg Palas dan bergambarlah sepuashati.

Antara gambar yang sempat saya ambil.

Ruangan tempat minum teh. Hari tu minum Teachino RM3.30 segelas.

Ruang legar ke kilang teh. Ada poster pasal sejarah teh dan ladang ini.


Pusat jualan produk teh BOH.

Papan tanda untuk pelawat. Pelawat kena tunggu staff kilang untuk lawatan masuk ke kilang. Aku? redah je....malas nak tunggu.

Pintu masuk kilang teh. Hanya BOH yang benarkan pelawat masuk kilang, kalau Bharat Tea Plantation, korang tengok dinding je lah....

Proses dalam kilang teh. tengok kat tingkap kaca je....takleh masuk dalam production line dia arr...


Mesin mengisar daun teh.

Daun teh dah siap dikisar.

Suasana dalam kilang.

Peringkat dalam pemprosesan daun teh.

Daun teh sedang diproses.

Suasana dalam kilang.

Untuk mengalami sendiri maka datanglah ke Camaeron Highlands.







TERUSKAN MEMBACA...

PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed