Monday, April 6, 2009

HUTAN LIPUR PARIT FALL


Bagi mereka yang sukakan kedamaian hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna, pastinya tidak akan ketinggalan mengunjungi Hutan Lipur Parit Fall. Anda boleh sampai ke hutan lipur ini dengan mudah. Dari bandar Tanah Rata, anda terus menghala ke Brinchang dan hanya lebih kurang 1km sahaja anda akan jumpa satu simpang di sebelah kanan menghala ke Taman Sedia. Sebaik sahaja memasuki simpang tersebut, anda akan jumpa papan tanda menunjukan hutan lipur ini.

Anda juga boleh ke hutan lipur ini melalui jungle walk bermula di sebelahan Hotel Pines Century di Tanah Rata. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 800 meter sahaja.



Papan tanda menunjukkan hutan lipur Parit Fall.



Di tempat parking hutan lipur tersebut ada tapak kajian milik Pejabat Hutan. Kat situ ditulis Chimp - Cameron Highlands Montane Park.



Kawasan yang boleh dijadikan tapak perkhemahan. Tapi kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu, dari Pejabat Hutan rasanya!.



Ada stall jualan yang sampai sekarang masih takde penjual. Sesiapa yang berkunjung ke Cameron Highlands, baik rasanya pada waktu makan tengahari, sediakan makanan sendiri dan makan disini ramai-ramai. Jangan takut sebab takde monyet atau kera yang datang menganggu.



Mulakan perjalanan jungle walk anda disini untuk pengalaman yang menarik.



Jambatan gantung, juga anda boleh mulakan jungle walk anda dari sini.



Jeram yang terdapat di sana, sebenarnya ada 2 sebab kenapa tak boleh mandi disini. Pertama: airnya sejuk, kedua: airnya kotor.



Air terjun yang tak berapa tinggi, pun jangan mandi kat sini.



Satu lagi laluan jungle walk, anda akan sampai ke Tanah Rata (Hotel Pines Century) jika bermula dari sini.



Jadi? Selamat ke Cameron Highlands


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

7 comments:

  1. Jungle walk tak tersesat ke..? pada yg tak biasa bahaya tu

    ReplyDelete
  2. sepanjang laluan jungle walk tu ada papan tanda, jadi ikut je, insyallah tak sesat. Kalau pergi kenalah berkumpulan, barus selamat

    ReplyDelete
  3. tapi kalau nak camping 300 org muat ke??

    ReplyDelete
  4. pergi ke Kem Sungai Pauh .. semunya lengkap kemudahan ..

    ReplyDelete
  5. dekat sini ade camp site ke???

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed