Wednesday, April 8, 2009

BHARAT TEA PLANTATION


Pengunjung yang melalui Tapah ke Cameron Highlands pastinya akan menikmati satu pemandangan ladang teh yang menarik kira-kira 5km sebelum sampai bandar Tanah Rata. Itulah ladang teh milik syarikat Bharat Tea Plantation Sdn Bhd. Ia adalah salah satu dari 3 ladang teh yang boleh dilawati di Cameron Highlands selain ladang Boh di Ringlet dan Sg Palas. Ladang teh ini selalu dilawati pengunjung tidak kira musim cuti atau tidak. Ini kerana lokasinya amat mudah ditemui, hanya ditepi jalan besar sahaja. Manakala ladang teh milik Boh Plantation agak jauh dari jalan besar.



Ladang teh nie ada 2 tempat masuk, seperti gambar dibawah adalah tempat parking, pusat jualan dan cafe. Jika makan dicafe, boleh melihat pemandangan ladang teh yang menarik, tapi agak menakutkan bagi sesiapa yang takut ketinggian.



Pintu masuk lagi satu, boleh turun ke bawah dan berjalan-jalan di ladang teh sambil ambil gambar. Kat situ pun ada pusat jualan dan cafe.



Kedai menjual cenderamata dan teh.



Cafe yang mempunyai pemandangan yang menarik berlatarbelakang ladang teh.



Ladang teh saujana mata memandang.



Anak sungai melalui ladang teh tersebut.



Pemandangan ladang teh dari sudut yang lain.



Sudut yang lain jugak.



Kilang teh. Bharat tea tidak membenarkan pelawat memasuki kilang teh ini. Pengunjung boleh melawat kilang teh di Boh plantation Ringlet dan Sg Palas.



Pusat jualan teh.



Jadi, selamat datang ke Cameron Highlands.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

2 comments:

  1. en. Ridzuan jarak antara 2 pintu tu dekat ke...

    ReplyDelete
  2. Hanya dalam 100meter je, pintu no 2 tu dibina untuk kemudahan parking yang luas dan panorama yang lebih menarik. Bangunan tu dibina betul-betul dilereng bukit, jadi kalau kita tengok kebawah memang rasa takut.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed