Thursday, January 12, 2012

PRODUK PERTAMA DARI KAMI



Setelah beberapa bulan menghadapi masalah dan kerenah birokrasi, akhirnya hasrat kami untuk mengeluarkan produk berasaskan strawberry sendiri tercapai. Buat permulaan kami hanya mengeluarkan jus strawberry sahaja dan insyaallah jika dimurahkan rezeki akan kami tambah kepada jam, acar dan lain-lain.

Pada awal pengeluaran kami hanya mampu membuat beberapa botol sahaja sehari, maklumlah kami takde peralatan berskala besar dan kebun strawberry sendiri. Buah segar yang kami gunakan agak terhad bekalannya. Produk ini sepatutnya dilancarkan pada cuti sekolah yang lepas, tapi oleh kerana banyak pekebun strawberry keberatan menjual buah segar, maka ia hanya mampu dilancarkan sekarang.

Kami juga hanya mengeluarkan botol dengan label biasa sahaja dan diharapkan pelanggan diluar sana tidaklah begitu ambil serius dengan penampilannya yang serba kekurangan. Matlamat kami hanyalah untuk memberi peluang pembeli muslim mendapatkan produk dari pengusaha muslim juga.

Spesifikasi produk:

Nama: Jus strawberry
Kandungan: 1 Liter
Cadangan pencairan: 1 bhg jus + 8 bhg air
Harga: RM15
Mula dijual: 15 Januari 2012.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

5 comments:

  1. Wahhh..Tahniah Saudara Ridzuan..Menarik juga istilah acar strawberri

    ReplyDelete
  2. Kalau saya ke Cameron, bagamaimana saya nak beli?

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Malaysia.

    Tahniah kepda En Ridzuan, Kerana telah merealisasikan hasrat untuk mengeluarkan produk tersendiri yang berasaskan strawberry, yang jarang kita dengari bagi pengusaha tempatan untuk mengeluarkan produk seperti ini, kebiasaanya perniagaan seperti Minuman Berbungkus ini dipelopori oleh kaum lain yang sudah lama bertapak dan mempunyai jenama tersendiri, malahan terkenal di kalangan masyarakat kita di Malaysia, seperti Yeos,ECPI, best Manggo dan lain-lain jenama.

    Sebelum ini Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan dengan En Ridzuan berkaitan dengan produknya:

    "Kami juga hanya mengeluarkan botol dengan label biasa sahaja dan diharapkan pelanggan diluar sana tidaklah begitu ambil serius dengan penampilannya yang serba kekurangan"

    Ini pula pandangan saya, setelah menceburi bidang yang mungkin sealiran dengannya,..

    Saya akui, bagi pengusaha bumiputra seperti saya untuk memulakan perniagaan amat sukar kerana akan melalui segala macam dan kerenah birokrasi,bank,tuan tanah kedaung, tapi untuk menguatkan lagi semangat saya, saya anggap itu semua satu cabaran dan cabaran untuk saya terus kehadapan..

    Disini saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman dengan saudara berkaitan Product packaging dan juga pasaran.

    1. Kebiasaaannya sebelum sesuatu produk tersebut dipasarkan, pengusaha akan memilih atau mengenalpasti jenis packaging yang bersesuaian dengan produk mereka, kerana mungkin ia akan dijadikan suatu trademarke kepada pembeli.

    2.Saya pasti sesuatu produk itu untuk dikenali atau dijadikan tarikan selain dari produk yang bermutu, packaging juga memainkan peranan penting kerana dari jumlah keseluruhan pasaran sesuatu produk itu adalah dari "Appearance" seperti

    1) pattern bottles dan selepas itu barulah dilihat dari segi

    2) Labelling yang dapat menarik minat pembeli untuk melihat dan kemudian terus membeli.

    Umpama:

    "Lumrah bagi seorang Manusia yang bernama lelaki akan melihat fizikal seorang wanita" - dan apabila sudah dikenali barulah dilihat dari pelbagai sudut.
    (Maaf jgn disalah anggap,Exp: Untuk mudah difahami)

    Dari segi pasaran pula,janganlah dikatakan seperti ini:

    "Matlamat kami hanyalah untuk memberi peluang pembeli muslim mendapatkan produk dari pengusaha muslim juga"

    bagi pendapat saya, Matlamat tersebut patut diubah sedikit kerana, kemungkinan pemilihan pelanggan kepada sesuatu produk itu berdasarkan Packaging yang lebih menarik,jika kita bandingkan produk pengusaha bumiputra dengan produk kaum lain , nampak ketara dari segi packaging yang mana product bukan bumi lebih menarik, dan saya berharap matlamat tersebut dapat diubah kepada Matlamat kami: Contohnya.

    " Memberikan kepuasan kepada Semua Pembeli"

    Disini saya sarankan kepada pengusaha bumi yang mana baru untu menceburi bidang Minuman berbungkus, jaganlah berjimat pada tempat yang tidak bersesuian, krn kebanyakkan pengusaha yang saya jumpa mengeluh untuk memasarkan produk mereka atas sebab packaging mereka.

    Marilah kita sama -sama menaikkan MUTU dan KUALITI produk BANGSA MELAYU.

    Sekian,
    "Pengeluar Botol Plastik"
    ANS MEGA SDN BHD.

    ReplyDelete
  4. Apa yang dikatakan oleh En Fozy tu mmg betul dan saya sgt bersetuju. packaging dan juga labelling memainkan peranan utama. Org ramai akan membeli berdasarkan rupa kerana rasa mmg jarang kita bole tau sekiranya tidak diberi sample. Kualiti ttp diutamakan. Barulah produk akan lbih dikenali.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed