Friday, November 12, 2010

LALUAN CH - SG KOYAN


Semenjak kebelakangan ini, agak banyak email yang saya terima berkaitan laluan terbaru yang menghubungkan Cameron Highlands ke Sg. Koyan dan seterusnya ke Raub - Bentong - Kuantan/KL.

Untuk makluman saya telah memasukan 2 entry berkaitanya sebelum ini yang menerangkan secara jelas bahawa laluan itu telah pun boleh dilalui. Tetapi mungkin ada pembaca blog yang terlepas pandang berkaitan entry tersebut dan masih lagi bertanyakan soalan sama.

Entry saya berkaitannya adalah seperti berikut.

http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2010/10/penantian-rakyat-pahang-untuk.html
http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2010/08/laluan-terbaru-ke-cameron-highlands.html

Pada hari selasa yang lepas saya berpeluang melalui jalan tersebut untuk kali yang ke "berapatahakupunlupa". Oleh kerana kali ini saya cuma sebagai penumpang, sempatlah mengambil gambar laluan tersebut. Cuma sebab ia tidak dirancang, hanya camera hp sahaja digunakan dan kualiti gambar agak kurang menyerlah.

Jadi walaupun gambar tak kliar, korang layan je lah....

Melalui kawasan Lembah Bertam. Kawasan pertama yang anda jumpa sebaik sahaja melepasi simpang di Ringlet.

Kebun sayur di tepi jalan utama. Kawasan yang pernah "dipanaskan" oleh Karam Singh Walia dalam rancangan "Aduan Rakyat".

Mula melepasi kawasan mempunyai penduduk. Jalan mula sunyi dan line hp pun mula putus-putus.
Sekali sekala jumpa pickup bawa sayur.


Singgah sebentar digerai orang asli ditepi jalan membeli buah "taban", adik-beradik sentul kot. Ia adalah sejenis buah nadir. Boleh tahan jugak rasanya. Satu ikat cuma RM2 sahaja, adalah dalam 7 biji. Tapi orang asli nie korang jangan harap jugak....tengok orang pakai kereta mewah...mahallah dia letak harga. Aku guna kenderaan buruk je....tu yang dapat dua hinggit.

Jalan agak berliku cuma taklah selekoh tajam sangat. Takde rasa mabuk macam lalu jalan CH-Tapah.

Salah satu bahaya mengikut laluan ini ialah anda akan jumpa laluan menurun bukit yang amat lurus. Biasanya orang akan teruja untuk memecut disini. Tapi bila tiba dipenghujung laluan lurus, anda akan disambut dengan selekoh agak tajam bentuk S.

Laluan lurus menurun bukit. Best gak nak pecut kat sini.

Lepas tu anda jumpa selekoh bentuk S.
Kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan seperti ini. Bila memandu waktu malam, pemandu biasanya lalai dengan laluan lurus dan terbabas di selekoh. Walaupun laluan ini baru dibuka, kemalangan pernah berlaku termasuklah kemalangan maut di bulan ramadan lepas.

Pemandu juga perlu berhati-hati pada beberapa lokasi tanah runtuh termasuklah di satu kawasan yang laluan tertutup terus. Satu lencongan disediakan untuk melalui laluan tersebut.

Keseluruhan laluan CH-Sg Koyan ialah lebih kurang 80km sahaja dan apabila memasuki Sg Koyan, anda akan berasa lega kerana jalan taklah sunyi lagi. Teruskan perjalanan anda ke Raub atau Kuala Lipis mengikut destinasi anda seterusnya.

Secara keseluruhan, laluan CH-Sg Koyan adalah amat baik berbanding CH-Tapah dan CH-Loging, Kelantan. Baik sikit berbanding laluan CH-Simpang Pulai, Ipoh kerana laluan ini kurang pendakian.

Laluan ini juga menjadi laluan alternatif bagi pengunjung dari KL yang nak jimat tol.

Anggaran jarak perjalanan dari KL ke Cameron Highlands untuk ketiga-tiga laluan ini ialah

1. KL - CH (melalui tapah) = 210km (tol RM19.40)
2. KL - CH (melalui Simpang Pulai) ~ 280km (tol RM24.80)
3. KL - CH (melalui Bentong, Raub, Sg Koyan) ~260km (tol ~RM8, aku lupa la)

Bagi pengunjung dari Kuantan, bolehlah menggunakan laluan ini dari exit Bentong di Lebuhraya Pantai Timur.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

8 comments:

  1. ramai plak org lepih nak keje kat CH... huhuhuhu

    sibuk pulok la sg koyan nanti.....

    ReplyDelete
  2. Dari cameron kita nktuju mana nk ke sungai koyan.ape panduannya.tolong.

    ReplyDelete
  3. Simpang ke sg koyan adalah di hadapan stesen minyak shell di ringlet. Ade papan tanda, tapi tulis ke kuala lipis.

    ReplyDelete
  4. salam, kalau dr brinchang nak ke sg.koyan nak balik ke kuantan ada signboard tk mcm kita msk ikut jln sgkoyan tu. tq

    ReplyDelete
  5. salam, kalau dr brinchang nak ke sg.koyan nak balik ke kuantan ada signboard tk mcm kita msk ikut jln sgkoyan tu. tq

    ReplyDelete
  6. Simpang ke sg koyan adalah di hadapan stesen minyak shell di ringlet. Ade papan tanda, tapi tulis ke kuala lipis.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikom. Saya dan isteri menyediakan perkhidmatan apatment dan catering jika tuan puan buat pakej atau lawatan ke cameron dalam kelompok yang besar atau ramai.Call 0139396499 cikgu rahamana 0139866499 kak it

    ReplyDelete
  8. Ada tempat makan yang sedap untuk lunch di sg koyan?

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed