Monday, August 8, 2011

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI CAMERON HIGHLANDS


CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aku nak habaq tempat kool di Taman Royal Lily Tanah Rata..Gallery House of Magic Potions (Emas Nano) di belakang pejabat TNB. Alamat aku dah tak ingat.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed