Monday, December 20, 2010

TRAGEDI DI SIMPANG PULAI

26 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai

IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

-- BERNAMA


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

3 comments:

  1. 2 mggu lepas br je g cameron..... mmg jln jem sgt.... hmmmmmm takziahhhh

    ReplyDelete
  2. kalau kita perasan sepanjang jalan menghala ke cameron highlands tu, memang kita terdetik juga untuk mengatakan bagaimana bas 2 tingkat boleh berani melaluinya.

    Tempat kemalangan tersebut merupakan laluan lurus menurun bukit. Bila sampai hujung laluan lurus tu akan jumpa terus selekoh tajam yang ade pembahagi jalan konkrit. Disitulah kemalangan berlaku.

    Bayangkan bas 2 tingkat, laju turun bukit, lepas tu terpaksa pusing stereng ke kiri secara tiba-tiba, mahunya tak terbalik.

    Kesan calar dan gesel yang banyak pada pembahagi jalan konkrit tu pun kita boleh agak berapa banyak kenderaan "termakan" jalan masa buat selekoh.

    Andaian saya sahaja. Biarlah MIROS yang buat keputusan.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed