Wednesday, March 3, 2010

BENGKEL KENDERAAN DI CAMERON HIGHLANDS




Bagi sesiapa yang menggunakan kereta untuk ke Cameron Highlands, manalah tahu malang tak berbau kan. Terrosaklah kereta anda ditengah jalan sama ada Tapah - CH atau Simpang Pulai -CH. Sebenarnya perkara tersebut telah biasa saya dengar termasuklah beberapa milik kawan yang berhajat untuk ke CH tapi tak sampai kerana kereta tersadai di tengah jalan.

Jika anda melalui jalan Simpang Pulai untuk ke CH, bengkel terdekat yang anda akan jumpa ialah di Kg. Raja (~60km dari Simpang Pulai). Mulai Kg. Raja menghala Brinchang, ada beberapa bengkel yang boleh membantu anda. Jika anda melalui jalan Tapah-CH, bengkel terdekat pun ada di Ringlet (~45km).

Antara bengkel yang agak terkenal di CH dan biasa saya kunjungi untuk kete buruk saya ialah milik Cameron Highlands Tyre & Car Care Centre di Taman Royal Lily, Tanah Rata. Bengkel tersebut agak lengkap termasuklah perkhidmatan trak tunda.

Bengkel tersebut boleh anda hubungi jika anda dalam keadaan terdesak melalui alamat berikut

CAMERON HIGHLANDS TYRE & CAR CARE CENTRE
A-G-1, Jalan Royal Lily 5,
Taman Royal Lily
39000 Tanah Rata
Cameron Highlands
Tel: 05-4915669, Fax: 05-4911663

Beberapa fakta yang anda harus tahu berkaitan perkhidmatan baiki kenderaan di CH ialah

1. Bengkel di CH taklah sebanyak seperti di KL, sebahagiannya bengkel kecil kat tepi jalan je.
2. Tidak semua bengkel lengkap dengan spare part yang anda inginkan, jika tiada anda kena menunggu beberapa hari untuk bengkel tersebut order dari Ipoh.
3. Kebanyakkan bengkel tutup lewat petang, kalau rosak malam, tunggu esok la untuk panggil pomen.
4. Jika kereta anda rosak di tengah perjalanan sama ada Tapah-Ch atau Simpang Pulai-CH, perlu diingat tidaklah sepanjang jalan tersebut ade line talipon!.
5. Harga? Kalau korang mampu gelongsorkan kete rosak tu turun bukit sampai Simpang Pulai atau Tapah, lebih baik repair je kat bawah.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

2 comments:

  1. Terima kasih diatas info...semalam kereta rosak di ch...dapat no tel selepas mmbaca info ini...

    ReplyDelete
  2. salam...sy nak cari seseorang yang bekerja di HS WORKSHOP MDCH 9, Jalan Ringlet, Lubuk Tamang, 39200 Ringlet, Camerons Highland. sekiranya ada sesiapa tahu num.tel HS WORKSHOP..Mohon share dgn sy. Urgent untuk kes mahkamah. TQVM.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed