Wednesday, June 17, 2009

RUMAH PERSEKUTUAN STRAWBERRY FARM



Nama: Healthy Strawberry Farm
Lokasi: Dihadapan Rumah Peranginan Persekutuan
Tiket: Masuk percuma

Pada posting yang lalu, saya ada menceritakan perihal rumah peranginan persekutuan yang boleh disewa oleh kakitangan awam pada kadar yang rendah. Tak pasti sama ada pembaca pernah mencuba untuk menempah secara online atau tidak. Yang pastinya rumah tersebut tidaklah penuh sepanjang tahun seperti yang diwar-warkan. Saya pernah mencuba menempah secara online sekadar melihat kekosongan jika ada. Saya dapati rumah tersebut hanya penuh pada hujung minggu pada 1 atau 2 bulan mendatang. Jika kita menempah untuk beberapa bulan sebelum, saya pasti ada kekosongan.

Posting kali ini saya ingin berkongsi lokasi ladang strawberry bersebelahan rumah persekutuan tersebut. Banyak jugak barang yang dijual seperti bunga, cactus, cenderamata dan lain-lain. Tempatnya tidaklah secantik seperti ladang Big Red Starwberry tapi bolehlah kalau nak berkunjung.

Korang tengoklah gambar yang ada nie.

Pintu masuk ke ladang.



Pusat jualan cenderamata. Agak serabut sikit.



Deretan pokok strawberry.



Bunga ros dalam pasu.



Pokok bunga berwarna-warni.



Seperti biasa, cactus lagi!!!!



Pokok cili hiasan.



PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

4 comments:

  1. Sukanya tengok bunga²an, tak sabar nak memborong pokok munger kat CH...

    ReplyDelete
  2. tak sabar rasnya nak kesana lg...

    ReplyDelete
  3. Hafizal...kenalah datang lagi, dok rumah persekutuan ke?

    ReplyDelete
  4. tp setiap kali check kat online, sume merah je...full 1 bulan tu...yg terbaru sy tgk,ade kekosongan blan september 2012..3 hari (selasa rabu khamis)..huhu..kene cari hotel gak la gini

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed