KUANTAN 3 April - Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.
Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.
"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.
Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.
Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.
"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.
Monday, April 4, 2011
LALUAN CH - KUANTAN MELALUI SG KOYAN AKAN DIPROMOSIKAN
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Labels:
BERITA DARI AKHBAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tapi jalan itu belum dibuka dgn rasmi dan masih belum di gazettkan juga tiada papan tanda lagi.
ReplyDeletetapi telah menjadi laluan warga raub/bentong yang bekerja di cameron.
ReplyDeleteade juga warga cameron yang ke KL melalui jalan ini sebab jimat tol.
Sungguh indah jalan CH-Sg Koyan. Harap kerajaan pahang menyediakan perhentian rehat di laulan tersebut.
ReplyDeleteJalan masih belum gazet. Tapi laluan ke Jerantut menjadi lebih dekat. Perlu masa sekitar 3 jam sahaja dari Cameron Highlands ke Jerantut berbanding 5-6 jam jika melalui Loging/Gua Musang. Ini lebih memudahkan warga Jerantut seperti saya dan pengunjung yang ingin mengunjungi Taman Negara (Jerantut) dan Caeron Highlands. Cuma kondisi jalan masih perlu diperbaiki lantaran terdapat jalan yang retak/pecah. Jadi berhati-hatilah kepada semua pengguna.
ReplyDeleteMasih baru, kelak bila dah ramai yang melaluinya, rajinlah pihak berwajib menjaganya.
ReplyDeleteboleh bgtahu lebih detail tentang laluan ke cameron highland kalau saya dari kuantan?
ReplyDeleteDari kuantan lalu lebuhraya pantai timur. Susur keluar di bentong, dari bentong menghala ke raub, terus sg koyan. Di sg koyan jumpa simpang belah kiri menghala ke pos betau. Ikut je jalan tu terus ke ringlet (~80km).
ReplyDeleteJarak keseluruhan dari kuantan-tanah rata ~ 500km.
saya dah lalu jln nie thn lps dari sg koyan. Masih terbaik ler, psal jalan lebih lebar berbanding jln lama yg cukup menggigit perasaan terutama bile kena potong dgn lori sayur. huhuhu
ReplyDeletememang terbaeek....jika berbanding laluan tapah - CH
ReplyDeleteGroup Alfisti Malaysia akan berkonvoi dari Tol Gombak - Genting Sempah - Bentong - Raub - Sg Koyan - Pos Betau - Ringlet(Cameron Highlands)bersempena sambutan ulang tahun ke 21thn Alfa Romeo 155. Jumpa anda disana, May, 2013.
ReplyDelete