Monday, April 4, 2011

EMPANGAN HIDROELEKTRIK HULU JELAI


CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sebanyak RM14 juta sebagai pampasan kepada penduduk Orang Asli di 14 kampung yang terlibat dengan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi pampasan itu, terdapat Orang Asli bakal menerima 'durian runtuh' paling tinggi sebanyak RM100,000.

''Kita melaksanakan penilaian di kawasan tanaman dan tempat tinggal yang terbabit dengan projek empangan secara teliti dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah projek itu di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara majlis pecah tanah itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini.

Che Khalib memberitahu, projek itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan kontraktor projek supaya mengambil seberapa ramai pekerja di kalangan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy pula berkata, selain peluang pekerjaan, projek berkenaan akan melahirkan ramai usahawan baru yang terbabit dengan pembinaan, pembekalan dan makanan.

''Peluang pekerjaan sentiasa menanti belia Orang Asli apabila projek ini bermula di samping mereka juga dapat mempelajari kepakaran tertentu," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli perlu mengubah sikap apabila menerima tempias pembangunan di kawasan masing-masing.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed