Monday, June 21, 2010

SIKAP 'TERLEPAS PANDANG' PIHAK BERTANGGUNGJAWAP JEJAS 1MALAYSIA

~copy and paste from Berita Harian~

Merupakan komen seorang penonton Rancangan Aduan Rakyat, TV3 beberapa minggu lepas

BARU-BARU ini, program Aduan Rakyat TV3 membongkar isu penerokaan haram di Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang.

Lebih menyayat hati, apabila didedahkan bagaimana pihak yang berkenaan boleh terlepas pandang kadar pencemaran teruk dan binaan konkrit ‘memakan’ tanah rizab Melayu di kawasan itu.

Selain itu, turut didedahkan pencemaran air sungai di Sungai Semantan, Pahang yang didakwa penduduk tempatan berpunca daripada sisa industri.

Namun, hasil siasatan turun padang Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan terbabit, tiada bukti mengesahkan dakwaan itu. Lebih menghairankan, masyarakat tempatan pula dipersalahkan kerana tidak membuat aduan lebih awal sehingga gagal mengesan punca pencemaran.

Mungkin benar penduduk kampung juga ada silapnya, tetapi JAS usah lepas tangan dan berpura-pura tidak tahu? Mengapa kilang yang beroperasi berhampiran punca sungai itu tidak diarahkan berpindah saja?

Paparan Aduan Rakyat itu pastinya menjentik hati kita semua yang peka dengan hak kita sebagai rakyat dan anggota masyarakat. Oleh itu, diharapkan agar krew Aduan Rakyat terus berani mendedahkan kepincangan pihak yang sepatutnya memikul amanah memelihara kesejahteraan rakyat, tetapi bertindak sebaliknya.

Kita kecewa dengan sikap dan ayat klise seperti ‘terlepas pandang’ atau ‘kita akan siasat’ dan lebih buruk lagi menuding jari mencari kesalahan orang kampung.

Diharapkan kerajaan menerusi kementerian berkaitan juga bertindak tegas dan membuat tindakan susulan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan atau agensi terbabit yang cuai dan kerja main-main.

Segelintir mereka inilah yang mencalar dan menjejaskan gagasan murni Kerajaan Persekutuan, iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

ARIF ATAN,
Kuala Lumpur.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed