Monday, June 21, 2010

PROJEK INSINERATOR DI CAMERON HIGHLANDS CEMAR ALAM SEKITAR, TANAMAN

~copy & paste from Berita Harian Online~

Insinerator yang dimaksudkan terletak di kawasan pembuangan sampah, berhampiran simpang masuk ke Kg Raja, jika anda dari Simpang Pulai.

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah pembinaan loji insinerator di Cameron Highlands, Pahang kerana ia akan mencemar alam sekitar, menjejas kesihatan dan bekalan makanan dengan bahan toksik. Ada alternatif insinerator yang lebih murah, fleksibel dan mesra alam sekitar.

Laporan Kajian Penilaian Kesan (EIA) Kepada Alam Sekeliling cadangan projek insinerator di Cameron Highlands melaporkan bahawa teknologi yang dicadangkan ini sudah diuji di loji perintis. Ini menunjukkan bahawa teknologi yang dicadangkan ini adalah semata-mata daripada uji kaji makmal dan tidak terbukti dalam skala besar dan keadaan biasa.

Disebabkan tidak wujud data sebenar bagi pelepasan gas, keupayaan dan kecekapan kos untuk loji insinerator dengan kapasiti sama seperti yang dicadangkan di Cameron Highlands, bagaimanakah boleh dipastikan bahawa loji yang dibina ini akan beroperasi dengan baik dan mematuhi standard pelepasan?

Bagaimanakah penilaian boleh dilakukan berdasarkan kepada andaian dan tanpa sebarang petunjuk sebenar sama ada sistem kawalan pencemaran udara yang akan dipasang akan berfungsi dengan berkesan? Penilaian tidak sempurna berdasarkan andaian mungkin membawa kepada kesan buruk kepada kesihatan dan alam sekitar.

Setiap insinerator melepaskan campuran bahan kimia dalam operasinya. Pelepasan gas ini kadang-kadang adalah dalam kuantiti besar, iaitu ketika gangguan atau pelepasan tidak disangka dan kadang-kadang dalam kuantiti kecil.

Walaupun gas dari insinerator melalui sistem penapis, insinerator moden masih melepaskan tahap signifikan gas toksik, nitrogen oksida dan partikel halus.
Nano-partikel adalah memudaratkan kerana ia mampu melalui lapisan paru-paru dan menembusi organ (termasuk janin dalam ibu mengandung).

Banyak bahan pencemar yang dilepaskan dari insinerator didapati terkumpul dalam dan atas tanaman. Ini amat membimbangkan untuk pengguna kerana Cameron Highlands adalah sumber penting untuk sayur-sayuran di Malaysia. Mencuci sayur boleh menyingkirkan sebahagian bahan pencemar pada permukaan sayuran tetapi amaun yang signifikan mungkin tertinggal.

Kita perlu menghentikan teknologi pelupusan sisa menggunakan insinerator atau tapak pelupusan. Wang rakyat tidak mesti digunakan untuk membiayai projek yang akan melepaskan gas rumah hijau dan bahan pencemar lain. Kami menggesa kerajaan untuk membatalkan projek insinerator di Cameron Highlands.

Pihak berkuasa tempatan perlu memberi perhatian kepada pengurangan sisa, meningkatkan aktiviti pengkomposan, kitar semula dan menyediakan pengumpulan sisa yang diasingkan. Lokasi insinerator di Cameron Highlands boleh digunakan untuk membangunkan kemudahan pengumpulan dan pengasingan bahan yang boleh diguna dan dikitar semula.

SM MOHAMED IDRIS,
Presiden CAP.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed