Monday, April 26, 2010

CARA PEMBIAKAN/PENANAMAN STRAWBERRY

Anda tahu bagaimana strawberry dibiakkan?

Strawberry adalah tanaman jangka panjang yang sesuai di kawasan suhu sederhana. Di Semenanjung Malaysia strawberry banyak ditanam di tanah tinggi Cameron Highlands dan Loging, Kelantan.

Di Cameron Highlands, strawberry ditanam secara fertigasi di bawah sistem pelindung hujan (SPH). Ia amat sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil disamping memberi penampilan menarik kepada pelancong.

Hampir 100% penanaman strawberry di Cameron Highlands adalah secara fertigasi. Walaupun begitu, strawberry mempunyai peminat tersendiri yang menanam di atas tanah secara konvensional, maupun organik. Bagi mereka, strawberry yang ditanam diatas tanah lebih manis walaupun mempunyai bentuk tidak menawan dan kelihatan agak kotor. Yang pastinya strawberry tersebut bebas dari pengunaan racun kimia dan baja kimia.

Saya mempunyai beberapa pokok strawberry ditanam diatas tanah (dalam polibag). Sebagai permulaan untuk menghasilkan strawberry organik sepenuhnya. Anak pokok dibiak sendiri dan saya tidak langsung menggunakan racun kimia. Hanya pada peringkat permulaan sedikit baja NPK blue digunakan untuk merangsang pertumbuhan anak pokok selepas peringkat "bercerai susu" (mandai je aku kata bercerai susu...heheh).

Jom tengok bagaimana strawberry dibiakkan (sebenarnya banyak kerja tu, en. abang aku yang buat...aku tunggu buah masak je...hehhe)

1. Kenalpasti pokok yang ingin dibiakkan. Mestilah berdaun sihat, berbuah besar dan sekata bentuk buahnya. Seperti di bawah.



Atau dibawah. Sila perhatikan daun yang sihat, buahnya mempunyai bentuk menarik dan paling penting dan mengeluarkan sulur. Sulur adalah yang terjuntai keluar tu.



2. Pastikan sulurnya sihat dengan daun yang sempurna. seperti dibawah.



3. Lepas tu cucukkan sahaja sulur tu pada tanah untuk memberi peluang pembentukan akar. Jangan putuskan sulur yang bersambung pada induk kerana pada peringkat ini anak masih memerlukan nutrein dari induk. Pastikan juga induk sihat semasa proses ini. Kalau induk mati, anak pun matilah kekdahnya.



4. Tunggu pembentukkan akar. Proses agak lama gak ler....hingga agak-agak rupa macam kat bawah nie. Daun punyalah lebat, akar cuma seciput jer.....Strawberry adalah tanaman yang mempunyai akar tak panjang.



5. Pada peringkat ini bolehlah dipindahkan pada polibag baru. Sulur pun boleh dipotong dari pokok induk. Nie kira "bercerai susu" la nie. Gambar anak yang dah boleh berdikari.



6. Letakkan sabut kelapa pada permukaan tanah untuk bagi menarik sikit, taklah buah terdampar kat atas tanah.



7. Gambar dibawah takde kena-mengena dengan strawberry. Ia hanya sepohon salad yang menumpang polibag strawberry yang kosong.



Masalah yang dihadapi jika menanam menggunakan media tanah dan secara organik.

i. Pokok mudah kena penyakit seperti virus daripada tanah.
ii. Penghasilan buah kurang, pada mula je buah besar, lepas tu kecik sikit. Bentuk pun tak berapa cantik. Sebab guna baja organik sepenuhnya kan.
iii. Jangka hayat tak berapa lama sebab bila kena penyakit, kena cabut dan ganti pokok baru, kalau tak penyakit berjangkit pada pokok lain. Kaedah cabut dan ganti sebab kita tak guna racun kimia untuk menghapuskan perosak.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

24 comments:

  1. sya bru beli dr cameron higland..takut jugk kalau mati tengs atas info :)

    ReplyDelete
  2. saye juga beli dari cameron dan sudah 2 minggu ia masih berbuah dan mengeluarkan anak pokok..hope still alive

    ReplyDelete
  3. saye juga beli dari cameron dan sudah 2 minggu ia masih berbuah dan mengeluarkan anak pokok..hope still alive

    ReplyDelete
  4. salam..pokok stawberry saya batang dia mcm kering jd coklat,then hujung - hujung daun jd coklat dan jd buruk..nak buat camne ea?

    ReplyDelete
  5. tanam kat mana zed? Semua daun ke? Atau daun tua je?. Lagi satu strawberry nie kena selalu buat pemangkasan, maksudnya daun yang tua kena buang tinggalkan daun yang muda je. Dan pokok strawberry nie bukan jenis pokok yang rimbun daunnya, nanti tak berbuah, orang kata "mabuk daun".

    ReplyDelete
  6. Salam..pokok strawberry saya pun jadi macam zed.Bunga pun turut menjadi kering,ape saya perlu lakukan?

    ReplyDelete
  7. camne nak tanam strawberry?saya takde pokok induk nye.. tak boleh ke guna biji strawberry yg halus2 ke ape ke?sebab tak ke cameron ar..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh semai biji dari buah strawberry, akan tumbuh. sya pun da cuba dan skrg ada byk pokok strawberry dah

      Delete
  8. agak2 brape lame boleh potong salur 2 ye..????...

    ReplyDelete
  9. sy dh beli 3x kt cameron... kojol sume... kene penyakit layu daun...

    ReplyDelete
  10. pasni lau pegi cameron lg, nk beli lg n ltk kt opis plak... ala2 cuaca cemeron gitu... dok dlm aircond, tepi window sill dpt cahaya matahari pagi.. lau kojol juga, x tau nk kata apa dah...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    Tentang mabuk daun.apa yang perlu saya lakukan?daun lebat tapi dah taknak berbuah.

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera...saya nak tanya,baja apa yang sesuai untuk strawberry ah?

    ReplyDelete
  13. Selalu orang guna baja kopi.. Kalau nak yg terbaik boleh guna baja organik dr.nano.. Buah akan jadi cantik dan lebih manis..

    ReplyDelete
  14. Hi strawberry sy pn mcm layu n kering sdgkn slu siram..apa mslh ya..

    ReplyDelete
  15. Salam.. sis.. nk tanya.. pkok strawberry sy mula2 mabuk daun.. pastu sy stat pangkas daun tua.. sy tgk daun muda pon ade coklet kt hujungnya.. n buah yg baru kuar pon jd coklat sume.. knape ye?? Lagi 1, nk tanya baja ape yg sesuai.. n brape lame tempoh utk baja.. tq..

    ReplyDelete
  16. Salam...adik menarik artikel ni boleh belajar tanam..

    ReplyDelete
  17. Yg daun coklet tu sbb penyakit or serangan hama kot.try tengok penyakit2 pokok strwberry

    ReplyDelete
  18. Saya beli satu polibag pokok stroberi.Dan dah bercambah 2-3 pokok dlm polibag tu. Boleh x ceraikan 1 pokok tu n masuk dlm pasu lain? Lol

    ReplyDelete
  19. salam dan selamat sejahtera. saya haffiz pembekal cocopeat dengan kuantiti yang banyak.. berminat boleh call/pm saya 0145260431.

    ReplyDelete
  20. Ape perlu buat jk btg induk ada mcm kulat putih?

    ReplyDelete
  21. Saya ada tanam di tanah rendah.. jemur direct tanpa pelindung.. Alhamdulillah, dah berbuah.. lk 2000 pokok. Asal 20 pokok je saya beli.. saya pakai baja Ezi grow dan

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed