Dua perkara yang amat sinonim di Cameron Highlands menjelang cuti sekolah ialah jalan sesak dan hujan. Amatlah ruginya jika anda membayar RM816 untuk duduk di hotel Della Fern selama 2 malam tapi tak dapat kemana-mana kerana jalan sesak dah hujan tak berhenti. Anak merengek nak strawberry milk shack di Big Red Strawberry Farm, sedangkan anda hanya terpaku di stereng kereta kerana terperangkap di kesesakan jalan raya.
Disini saya cadangkan perjalanan yang mungkin boleh dijadikan panduan ketika anda di Cameron Highlands. Walaupun begitu, perancangan ini boleh anda sesuaikan mengikut kehendak dan keadaan anda.
HARI PERTAMA
9.00 pagi - bertolak dari Kuala Lumpur (contohnya la kan!)
1.00 petang - Sampai CH dan check in di apartment Desa Anthurium (contoh lagi la kan!). Mandi dan tenangkan fikiran setelah sembuh dari mabuk akibat jalan berliku Tapah - Cameron.
3.00 petang - Jalan-jalan di Tanah Rata (cuma 1.5km jer), ada bazaar jualan kat tempat parking kereta bersebelahan Majlis Daerah Cameron Highlands. Window shopping kat gerai cenderamata yang banyak di Tanah Rata tapi jangan beli lagi sebab balik lambat lagi kan? Bawa anak-anak bermain di Taman Pertabalan Tanah Rata sambil makan goreng pisang yang boleh dibeli dekat-dekat situ. Nak makan burger pun ade!
6.30 petang - Balik ke apartment dan rehat. Solat zuhur dan asar secara jamak dan qasar. Ingat jangan tinggal solat!
8.00 malam - Makan malam di Tanah Rata. Pilihan samada stimboat di restoren Emida, ala thai di gerai Zainab Sam atau gerai Opah, sate atau yong taufu di gerai Hajah Halijah, fast food di Marrybrown, western food di restoren Buluh Perindu.
10.30 malam - Tidur dan simpan tenaga untuk perjalanan panjang esoknya.
HARI KEDUA
8.00 pagi - Sarapan di Brinchang. Banyak pilihan di medan selera seperti nasi lemak, roti canai, lontong, mee goreng, beehon goreng dan lain-lain. Datang awal sikit sebab biasanya tempat duduk penuh.
9.30 pagi - Melawat Big Red Strawberry Farm, Cactus Valley. Kedua lokasi ni bersebelahan sahaja. Boleh cuba strawberry waffle dengan strawberry milkshack. Waktu pagi dicadangkan ke sini kerana bandar Brinchang masih lagi kurang sibuk berbanding petang yang dah mula pasar malam.
11.00 pagi - Melawat Arked Peladang.
12.00 pagi - Melawat Cactus Point.
1.00 petang - Balik ke apartment dan rehat sebentar. Boleh makan tengahari di medan selera Tanah Rata atau Brinchang.
2.30 petang- Melawat Taman Agroteknologi Mardi. Waktu petang taman nie dah kurang pengunjung dan segera elakkan bandar brinchang sebab mula sesak sebab pasar malam.
4.00 petang - Melawat Ladang teh Bharat Tea Plantation.
6.30 petang - Rehat sebentar di apartment.
8.00 malam - Pergi pasar malam Brinchang. Masa nie dah tak boleh elak pasal sesak. Semua tertumpu pada waktu nie untuk shopping. Luangkan masa dan wang anda untuk shopping seperti cenderamata, jagung, bunga, sayur, madu dan lain-lain.
11.00 malam - Rehat di apartment
HARI KETIGA
8.00 pagi - Sarapan la kat mana-mana pun. Tanah Rata ke Brinchang.
9.00 pagi - Melawat Fragrance Nursery.
10.00 pagi - Membeli belah di Kea Farm.
12.00 tengahari - Balik ke Kuala Lumpur melalui Tapah. Singgah sebentar di Ladang lebah madu dan kalau rajin lagi melawat Boh Plantation di Habu, Ringlet.
Thursday, November 19, 2009
PAKEJ 3 HARI 2 MALAM - CADANGAN LAWATAN LOKASI MENARIK
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Labels:
PANDUAN UNTUK PELANCONG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sukenyaaaa...thanks sebab bg info ni.. :D
ReplyDeletesama-sama...
ReplyDeleteStay kt mana bro? Suggest tmpt2 yg menarik, selesa dan harga berpatutan.. Mekasih
ReplyDeleteada pakej keluarga. Penginapan di apartment/homestay Cameron highland 3hari 2 malam. (check-in 24/05/2013 dan check-out 26/05/2013.) sekali dengan makan : sarapan pagi dan makan malam sahaja) . kalau boleh dekat brinchang.
ReplyDeleteboleh e-mail saya : sha_munni@yahoo.com
trm ksh...
mohon pakej keluarga. Penginapan di apartment/homestay Cameron highland 3hari 2 malam. (check-in 3/05/2013 dan check-out 5/05/2013.)
ReplyDeletesekurang-kurangnya 6 bilik diperlukan
boleh e-mail saya : zf.al.amr@gmail.com
TQ