Thursday, July 2, 2009

KES BUNUH PULAK DAH!

LELAKI THAILAND BUNUH RAKAN DENGAN KAYU DITAHAN

02/07/2009 4:33pm

KUANTAN 2 Julai — Seorang lelaki warga Thailand ditahan polis di Kampung Raja dekat Cameron Highlands dalam tempoh 24 jam selepas membunuh seorang rakannya semalam.

Sebelum itu, mangsa S. Sivakumar, 48, dari Tanjung Rambutan, Perak telah ditemui mati tertiarap di sebuah perhentian bas Brinchang dekat Cameron Highlands oleh dua anggota polis yang membuat rondaan kira-kira 2 pagi semalam.

Turut dijumpai adalah sebatang kayu, sebilah pisau dan beberapa botol minuman keras berhampiran mayat mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata suspek berusia 23 tahun yang merupakan rakan kepada mangsa berjaya ditahan polis pada pukul 6.45 petang semalam.

Katanya sebelum kejadian, suspek bersama mangsa berada dalam keadaan mabuk apabila berlaku pertengkaran kecil antara mereka.

“Suspek kemudian bertukar menjadi berang lalu memukul mangsa dipercayai dengan sebatang kayu di bahagian kepala dan badannya yang mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. - Bernama

Tahniah kepada polis Cameron Highlands yang menunjukkan kecekapan sekali lagi. Setakat nie beberapa kes bunuh di Cameron akan selesai dalam masa yang singkat.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

2 comments:

  1. ish..menakutkannyer..
    nnti cameron berhantu x pasal2..=p

    ReplyDelete
  2. Takyah ade orang kena bunuh pun dah berhantu cameron nie. Maklumlah keliling hutan.

    Isy....gurau je..jangan takut pulak nak kesini.

    ReplyDelete

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed