Thursday, July 30, 2009

PENDINGIN ROSAK, TUNTUTAN MUTAAH DITANGGUH



KOTA BHARU 29 Julai - Disebabkan kerosakan alat pendingin hawa, perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan oleh bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh terpaksa ditangguhkan kepada 25 Ogos ini.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdullah Man membenarkan penangguhan, semasa kes itu disebut di kamar beliau kira-kira pukul 10 pagi ini.

Ini merupakan kali kedua masalah pendingin hawa menyebabkan kes antara Siti Aishah Chou Abdullah, 24, dan bekas suaminya itu terpaksa ditangguhkan.

Pada 23 Julai lalu, kes tuntutan nafkah anak yang dikemukakan oleh wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah tidak dapat didengar atas alasan yang sama.

Berikutan itu, Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan menjadualkan semula kes tuntutan nafkah anak itu pada 19 Januari tahun depan.

Pada prosiding hari ini, peguam syarie, Mohd. Sibri Ismail mewakili Siti Aishah selaku plaintif manakala peguam syarie, Mohd. Raziman Yaakub mewakili Wan Ismail yang dinamakan sebagai defendan.

Menurut Mohd. Sibri, beliau memohon penangguhan tersebut selepas mengesahkan kehadirannya bersama anak guamnya manakala defendan hanya diwakili oleh Mohd. Raziman.

''Hakim bertanya sama ada mahu meneruskan perbicaraan atau tidak kerana keadaan panas dan tidak selesa lalu saya memohon penangguhan tanpa mendapat bantahan peguam defendan,'' katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Siti Aishah dan Wan Ismail, 54, yang berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2004 disahkan bercerai pada 18 November tahun lalu.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Komen aku: Kes nie kat luar Cameron (KL). Kesian jugak le kat dia nie, macam ade konspirasi jer pasal aircond rosak tu. Sampai 2 kali tangguh sebelum nie. Kat Cameron Highlands purata suhu dalam bilik ialah 20 darjah celsius, jadi takde masalah pasal aircond. Jika kesnya di mahkamah sesyen di Cameron Highlands, mungkin nasibnya akan berubah. Apa pun biarlah kes dia dapat diselesaikan dengan segera.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed