Thursday, January 21, 2010

MENCARI MAKLUMAT DI BLOG INDAHNYA CAMERON HIGHLANDS

Hampir 85% pengunjung yang memasuki blog kami adalah mereka yang mencari penginapan seperti apartment sewa dan hotel. Sebahagian lainya adalah mereka yang survey mengenai lokasi menarik yang boleh dilawati di CH. Hanya untung nasib sahaja untuk sorang dua mencari maklumat mengenai tempahan makanan.

Maka saya telah mengwujudkan ruangan di "sidebar" yang memaparkan maklumat/website berkaitan hotel sama ada berbintang-bintang atau budget untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung bolehlah klik terus hotel yang diminati berdasarkan budget. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lokasi tempat menarik bolehkah klik pada kategori - Lokasi menarik. Selain itu ada juga maklumat mengenai panduan pelancong, pamplet dan agensi pelancongan untuk kemudahan umum.

Maklumat yang dimasukkan selama lebih kurang 8 bulan blog ini bersiaran hanya mencakupi 60% dari keseluruhan maklumat berkaitan CH. Insyaallah, jika berkesempatan akan lebih banyak maklumat dimasukkan untuk tahun 2010 ini. Sokongan dari pihak pengunjung amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan blog Indahnya Cameron Highlands.


PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK

No comments:

Post a Comment

JUMLAH PELAWAT

Freelance Writer Needed
Freelance Writer Needed