View Larger Map
Tahukan anda jarak dari Tanah Rata ke Brinchang?
Hanya 5km sahaja dan kalau anda melalui Taman Sedia, hanya lebih kurang 2.3km.
Sepanjang jalan 5km itu, ia bukanlah jalan yang lurus, anda akan menghadapi cabaran sebanyak 27 selekoh. Ada selekoh biasa, tajam, menurun bukit, mendaki dan sebagainya.
Jika anda memandu dari Tanah Rata pada kelajuan 40km/jam (kelajuan ketika follow lori simen), anda akan sampai ke Brinchang dalam masa 7.5 minit. Manakala jika anda memandu pada kelajuan 80km/jam, anda akan sampai dalam masa 3.75 minit.
Perbezaan sebanyak 3.75 minit sahaja dan apa yang anda boleh buat dengan 3.75 minit ini? Sedangkan mencari tempat letak kereta di Brinchang pada waktu sibuk pun akan mengambil masa 10 minit atau lebih.
Hakikatnya, laluan Tanah Rata - Brinchang bukanlah laluan yang selamat 100%. Tahun ini sahaja telah banyak kemalangan berlaku, termasuklah kemalangan maut. Kebanyakkan kemalangan tersebut berlaku kerana pemandunya ingin lebih awal (3.75 minit) tiba ke destinasi berbanding orang lain.
Tuesday, August 4, 2009
JARAK PERJALANAN DARI TANAH RATA KE BRINCHANG
PERLUKAN KATERING? LAWAT UNTUK PAKEJ MENARIK
Labels:
FAKTA MENARIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tima kasih tuan blog. fakta yg menarik nih. mmg saya kena bawak slow sbb org rumag berbadan dua skg...;)
ReplyDeletejauh jugaa~~
ReplyDeletetak jauh manalah, sorang pakcik tu hampir tiap hari berjalan antara brinchang - tanah rata sebagai senaman.
ReplyDeletemana lagi best...tido di Brincang atau Tanah Rata
ReplyDeleteTanah Rata mungkin tak sesejuk Brinchang ikut experience
ReplyDeleteTanah rata kurang sejuk ke?
Delete