Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cameron Highlands menpunyai pusat jualan mereka sendiri yang bertempat di pejabat mereka di Brinchang. Untuk kesana amat mudah, bersebelahan stesen Petronas dan hanya 50 meter dari pasar malam Brinchang.
Dari segi harga, standard je macam tempat lain sebab PPK tu pun beli barang dari pengusaha tempatan.
PPK Cameron Highlands juga mempunyai apartment sewa yang terletak di Heritage, Tanah Rata. Kalau tak silap kadar sewa ialah RM200 semalam.
Pusat jualan PPk Cameron Highlands
Produk teh yang dijual.
Pakaian
Pakaian juga ler....
Ler juga pakaian....
Kotak-kotak berisi teh
Produk lain seperti jus, jem
Jadi korang layan aje la.....
Tuesday, July 27, 2010
Wednesday, July 14, 2010
HOMESTAY MILIK EN. ROSTAM
Pertanyaan email dari Cik Zaidah yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal homestay milik En. Rostam di Taman Sedia. Ia adalah berkaitan artikel saya berkaitan homestay Taman Sedia beberapa minggu lepas. Semalam suami saya berpeluang ke sana sempena lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian ke Cameron Highlands. Ladang En. Rostam salah satu lokasi terpilih untuk lawatan menteri kerana sumbangan beliau dalam aktiviti industri asas tani di Cameron Highlands. Untuk makluman, En. rostam terlibat dalam penanaman strawberry, pemprosesan produk hiliran strawberry dan homestay.
Y.B Tuan Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian semasa lawatan ke ladang En. Rostam
2 unit homestay 2 bilik milik En. Rostam dengan sewa RM200 semalam.
Keadaan dalam rumah.
Dapur di bahagian luar unit homestay, maknanya 2 unit berkongsi dapur kalau nak masak.
Persekitaran laman memang menarik.
Pusat jualan di homestay beliau.
Kepada semua yang berhajat untuk menginap dihomestay, dinasihatkan menghubungi pemilik sendiri dan dapatkan segala maklumat supaya pelaburan anda berbaloi. Jangan pulak ada penyewa yang berkata "atap genting, atap rumbia" nanti.
Friday, July 9, 2010
AWAL RAMADAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA. SEMOGA SEGALA KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN SEPANJANG RAMADAN INI AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH.
Thursday, July 8, 2010
KLINIK DI CAMERON HIGHLANDS
Bagi sesiapa yang bertandang ke Cameron Highlands dan entah macam mana jadi tak berapa sihat pulak, janganlah risau. Cameron Highlands bukanlah dok dalam hutan sangat hingga nak cari ubat pun takde.
Bagi sesiapa yang sakit pening ketika di CH, terdapat 2 buah klinik yang beroperasi, masing-masing satu di Tanah Rata dan Brinchang. Terdapat juga klinik di Ringlet dan Kg Raja, tapi tak perlulah saya bagitau sebab pelancong mana ade yang dok sampai sana. Kebanyakan hotel tertumpu di 2 pekan tu je.
1. Klinik Ayob - sebelah bank BSN di Tanah Rata.
2. Klinik Wong - bersebelahan pasaraya Jimat dan Hotel Rainbow.
Cuma diingatkan klinik tersebut tidaklah beroperasi 24 jam dan bukan pun 8 jam. Klinik Ayob misalnya hanya buka 2-3 jam paga pagi dan petang. Malam tu kekadang je buka.
Dah tu kalau sakit teruk waktu malam buta tu macam mana? Kena cari dukun orang asli ke?
Taklah macam tu sekali, pergi je Hospital Cameron Highlands di Tanah Rata, jalan masuk menghala ke Mardi. Unit kecemasan beroperasi 24 jam. Cuma hospital Cameron Highlands nie kekurangan pakar, kalau tak kena gaya, lain macam pulak sakit korang tu, diorang hantar ke hospital Ipoh. 2 jam perjalanan tau...
Untuk sesiapa yang ingin mencari farmasi untuk membeli ubat, terdapat Farmasi Cameron di Tanah Rata. Bersebelahan Agrobank. Beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 9 malam sahaja.
Farmasi Guardian pula berada di Brinchang, bersebelahan Hotel Chua Gin. Tepi jalan je dan amat senang untuk di cari.
Wednesday, July 7, 2010
DEWAN JUBLI PERAK MDCH
Pada minggu lepas saya menerima satu sms dari seseorang bertanyakan kemudahan dewan seminar di Cameron Highlands. Sedang berusaha nak membalasnya, entah macam mana punya nasib, terdelete pulak. Inilah akibat guna hp murah, nak tukar kurang budget pulak. Yang saya masih ingat beliau memperkenalkan diri sebagai Saadah.
Setahu saya kemudahan untuk mengadakan seminar hanya tertumpu di hotel berbintang seperti Heritage, Century Pine, Rosa Passa Denna dan beberapa hotel lain. Jika kakitangan awam, bolehlah menggunakan kemudahan di Rumah Persekutuan. Selain dari itu, agak sukar mendapatkan kemudahan mengadakan seminar.
Bagi mendapatkan kemudahan dewan, bolehlah menggunakan Dewan Jubli Perak milik Majlis Daerah Cameron Highlands. Cuma dewan tersebut berada dalam hutan sikit, kira-kira 3km dari jalan besar. Suasana agak kurang selesa jika membuat apa-apa acara pada waktu malam.
Untuk menyewa, bolehlah menghubungi alamat di bawah
Majlis Daerah Cameron Highlands
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 05-4911455 / 4912097
Fax : 05-4911728
Email : majlis@mdcameron.gov.my
Ruang parking yang luas, dikelilingi hutan tebal.
Jalan masuk ke dewan tersebut.
Tuesday, July 6, 2010
HOMESTAY TAMAN SEDIA
Saya ditanya oleh seorang pengunjung blog melalui email. Soalan ringkas tapi agak sukar dan serba salah untuk dijawap. Soalannya begini "salam akak, kenapa takde cerite pasal homestay dalam banyak-banyak entry akak?".
Jawapan saya lebih berbentuk peribadi. Pada permulaan blog ini diterbitkan, memang saya ada mencadangkan kepada beberapa homestay di Taman Sedia kepada beberapa pengunjung blog yang bertanya. Niat saya baik untuk membantu pelancong dan pemilik homestay juga.
Tapi beberapa maklum balas yang saya dapat dari penyewa homestay tersebut menyebabkan saya mula tawar hati untuk mempromosikan homestay tersebut. Terus terang saya katakan, lebih banyak komen kurang manis dari komen yang menyenangkan.
Antara komen tersebut ialah keadaan homestay yang kurang selesa tapi harga yang dikenakan amat tidak berpatutan. Hingga seorang menyewa membandingkannya dengan perumpamaan "atap genting, atap rumbia". Harga sewa macam banglo tapi keadaan macam rumah beratap rumbia. Bayangkan dia terpaksa bayar RM360 untuk satu malam. Boleh dapat sewa 2 malam apartment 3 bilik di Puncak Arabella/Desa Anthurium. Siap ada kemudahan memasak lagi.
Homestay pula lebih kepada sewa bilik sahaja, tidak seperti homestay sebenarnya. Seorang penyewa melontarkan keluhan kepada saya. Katanya tuan rumah marah-marah kerana menggunakan pemanas air terlalu lama. Hingga sanggup mengatakan "orang lain duduk sini pagi-pagi dah keluar, tapi awak duduk sampai tengahari".
Macam macam lagi yang saya dengar, terasa bersalah juga sebab saya yang syorkan.
Walaupun saya kenal homestay mana, tapi tak perlulah saya beritahu namanya. Nasihat saya, sebelum menyewa homestay, bertanyalah kepada tuan rumah sejelasnya. Boleh masak ke tidak, sewa tu untuk berapa malam, katil ada berapa, boleh masuk tak sampai 6-7 orang, tandas ada berapa dan perbagai soalan lain yang bersesuaian untuk mengelakan sebarang masalah. Jangan pulak tanya anak dara tuan rumah dok sekali ke...kena pelangkung nanti.
N3 ini bukan menceritakan keburukan orang, cuma sebagai panduan sesama kita. Bukan semua homestay buruk pada pandangan orang, banyak juga yang baik. Gambar diatas ialah persekitaran luar milik homestay En. Rostam di Taman Sedia. Antara homestay yang saya percayai selain dari milik Teratak Mawar dan Mak nab (Zainab Sam).
Monday, July 5, 2010
MONYET
Kartun yang menarik perhatian aku. Pasal 4 ekor monyet yang beriya-iya nak jaga bayi yang orang buang.
Kartun nie jugak mengingatkan aku pada 4 ekor monyet yang menghuni hutan belakang rumah yang aku dok sekarang nie. Dari aku masuk rumah nie kira-kira 4-5 tahun lepas, itulah 4 ekor yang aku nampak hingga kini. Tak nampak pun bertambah zuriat mereka. Setakat nie mereka tak mendatangkan masalah pada kami dan jiran-jiran kerana tak pernah pun mereka bertandang. Kalau "makhluk" lain tu biasalah, sering datang tanpa diundang.
Mungkin kalau mereka jumpa bayi dalam tong sampah, mereka pun sudi nak bela. Maklumlah dah 5 tahun aku tengok anak mereka tak bertambah pun. Mungkin faktor cuaca mempengaruhi tahap kesuburan.