Tuesday, July 6, 2010

HOMESTAY TAMAN SEDIA



Saya ditanya oleh seorang pengunjung blog melalui email. Soalan ringkas tapi agak sukar dan serba salah untuk dijawap. Soalannya begini "salam akak, kenapa takde cerite pasal homestay dalam banyak-banyak entry akak?".

Jawapan saya lebih berbentuk peribadi. Pada permulaan blog ini diterbitkan, memang saya ada mencadangkan kepada beberapa homestay di Taman Sedia kepada beberapa pengunjung blog yang bertanya. Niat saya baik untuk membantu pelancong dan pemilik homestay juga.

Tapi beberapa maklum balas yang saya dapat dari penyewa homestay tersebut menyebabkan saya mula tawar hati untuk mempromosikan homestay tersebut. Terus terang saya katakan, lebih banyak komen kurang manis dari komen yang menyenangkan.

Antara komen tersebut ialah keadaan homestay yang kurang selesa tapi harga yang dikenakan amat tidak berpatutan. Hingga seorang menyewa membandingkannya dengan perumpamaan "atap genting, atap rumbia". Harga sewa macam banglo tapi keadaan macam rumah beratap rumbia. Bayangkan dia terpaksa bayar RM360 untuk satu malam. Boleh dapat sewa 2 malam apartment 3 bilik di Puncak Arabella/Desa Anthurium. Siap ada kemudahan memasak lagi.

Homestay pula lebih kepada sewa bilik sahaja, tidak seperti homestay sebenarnya. Seorang penyewa melontarkan keluhan kepada saya. Katanya tuan rumah marah-marah kerana menggunakan pemanas air terlalu lama. Hingga sanggup mengatakan "orang lain duduk sini pagi-pagi dah keluar, tapi awak duduk sampai tengahari".

Macam macam lagi yang saya dengar, terasa bersalah juga sebab saya yang syorkan.

Walaupun saya kenal homestay mana, tapi tak perlulah saya beritahu namanya. Nasihat saya, sebelum menyewa homestay, bertanyalah kepada tuan rumah sejelasnya. Boleh masak ke tidak, sewa tu untuk berapa malam, katil ada berapa, boleh masuk tak sampai 6-7 orang, tandas ada berapa dan perbagai soalan lain yang bersesuaian untuk mengelakan sebarang masalah. Jangan pulak tanya anak dara tuan rumah dok sekali ke...kena pelangkung nanti.

N3 ini bukan menceritakan keburukan orang, cuma sebagai panduan sesama kita. Bukan semua homestay buruk pada pandangan orang, banyak juga yang baik. Gambar diatas ialah persekitaran luar milik homestay En. Rostam di Taman Sedia. Antara homestay yang saya percayai selain dari milik Teratak Mawar dan Mak nab (Zainab Sam).

66 comments:

  1. mcm "Bed and Breakfast" je berbanding Homestay, tak nasihatkan org Homestay tukar name ke "Bed and Breakfast"

    atau takut nanti mereka marah???

    ReplyDelete
  2. atau pun macam "bed and no breakfast" sebab sarapan carik sendiri, hehehhe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...

    ni nak menyampuk ni....hehehe

    bulan julai tahun ni saya ada ker cameron highland buat pertama kalinya semenjak dah dewasa ni...saya 2 keluarga pun menginap di homestay taman sedia....alahamadulillah semuanya ok...tuan rumah pun bagus dan cepat bertindak bila ada masaalah...siap offer sayur yg ditanam kat sebelah rumah kalau nak masak....semuanya lengkap...walaupun bahagian atas rumahnya guna papan dan bawah bahagian dapur batu tapi amat2 selesa dan terasa macam dirumah sendiri sebab boleh masak2....lain kali kalo ada rezeki saya pasti akan menetap lagi di homestay taman sedia cameron highland....

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh mintak no.tel homestay ni tak? coz hujung bln nie sy nk ke sana jge.

      Delete
    2. Saya pun nak mintak contact no pleasw

      Delete
  4. w'salam...apa nama homestay tu, mungkin ade pengunjung lain nak booking juga.

    ReplyDelete
  5. tapi jangan menyewa di marina chalet...saya, isteri dan sepupu saya sudah terkena.... kita tegur tuan rumah tu dia boleh sound balik... http://johannary.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye btl..tuan rmh dia memang bengis sikit

      Delete
    2. Puan marina dah meninggal pd tahun 2015. Skrg ni anak arwah ambik alih. Sya pnh deal dgn anak arwah. Alhamdulillah. Xde mslh akn dtg. InsyaAllah

      Delete
    3. Alhamdulillah....Sebengis mana pn kita,Tak kemana...Sekurang2nya kita perlu tinggalkan sesuatu yg manis utk dikenang oleh org lain,sekiranya kita tiada.

      Delete
    4. Actually baru nk mengintai utk menyewa di marina challet ttp terima kasih sajalah dgn review yg membantu..

      Delete
  6. johan, ramai bertanya homestay apa yang bermasalah seperti saya ceritakan dalam entry saya tu....dan johan dah pun jawap sebahagian....

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...
    24 dan 25 saya telah berkunjung ke cameron highlands..kami pergi dua buah keluarga dan menginap di homestay taman sedia... kalau xsilap homestay bougenvilla,tuan rumah makcik bibi,mmg keturunan mamak...nak di kisahkan...semua hotel yang kami dah tipon katanya full, kami sepakat la nak menyewa kat homestay...ada kawan tolong carikan,dapat la homesty makcik bb ni, katanya dok sorang...

    kami sampai dalam kol 2ptg then check in, tuan umah xdak masa tu sb p umah jiran...ingatkan yang sambutnya tuan rumah, tapi bibik dia rupanya...tadi kata dok sorang kan...

    balik tuan umah, ingatkan dia sorang, rupanya ada anak menantu dia...dah 4orang...dalam kol 4ptg, haaaai datang plak sanak saudara dia dalam 3 famili..bayangkan dah brapa orang...

    saya dapat bilik atas, kakak saya dapat la bilik bawah, cuba bayangkan kita nak masuk bilik lepas mandi kena lalu kot depan sanak sedara yang dah brapa org tadi bilangannya...

    anak saya sorang, anak kakak dua orang... diaorang bertiga main la kat luar rumah, dapat la bola sebijik, main punya main..bola jatuh dalam longkang, saya tolong basuhkan... dah bola basah, ada la dalam tiga tompok jer pun air tas simen luar rumah tu..."kenapa bagi basah simen ni???"...katanya tuan rumah...

    kami keluar dalam kol 4ptg...kami balik malam penat2 dalam kol 10malam, diaorang dok masak plak dah sebab nak bt kenduri makan...bayangkan ngan anak kecik meragam, ramai orang keluar masuk,camana nak rehat???

    malam tu sebab x bawak iron, saya tanya la tn rumah...ada seterika x.. dia jawab cucu dia bawa ... padahal tadi saya dah nampak seterika tu tas meja kat dapur,saya nak naik tangga tu nampak la aktiviti dia menyorokkan seterika tu di bawah meja..

    malam tu dah tipon suma hotel tapi penuh, hotel mahal2 xmampu nak dok...terpaksa la bersabar...

    pagi esok...nak check in, dia ajak breakfast...
    kami p la ke dapur... kami 4orang suami isteri, anak 3, ada ke patut dia bagi sepinggan hidangan..dalam tu separuh bihun, separuh lagi ntah pe, makanan mamak saya xtahu la namanya apa..ada lagi...nasi lemak semalam pun dia bagi kami, ntah kol brapa punya nasi lemak...tergamam x terkata tgk hidangan macam tu nak bagi kita makan...bleh siap pesan"jangan bagi tumpah yer...kami dah mop tadi"

    jangan la check in kat homestay tu, sb tu saya kongsi semua pengalaman saya kat blog ni, bukan sebab nak memburukkan orang, tapi kita nak g enjoy...ni??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dgn review anda..amat dihargai..

      Delete
    2. Salam.. Saya pernah jugak menginap kat homestay bouganvilla ni.. Makcik bibi.. Mmg xkan jejak dah kat homestay ni kalau pegi Cameron pasni..

      Delete
  8. saya nak buat aduan...tapi nak tipon sapa yer???? ada sapa2 tahu???

    ReplyDelete
  9. Nurul syuhada...

    Sedih saya mendengar cerita anda. Semoga ia menjadi iktibar kepada orang lain.

    ReplyDelete
  10. Ada juga usahawan 'homestay' camtu ya.. saya belum pernah kena, selalu pergi dok apartmen je! baik la duduk hotel kalau begitu.. ingat nak try juga kat taman sedia tu, kalau gitu gaya tak payah try la.. ya?

    ReplyDelete
  11. Tak semua la macam tu tapi inilah yang orang kata sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  12. saya ddk kat salah sebuah homestay,dia charge rm250 utk 1 mlm dan kami ddk utk 2 mlm....water heater tk leh pakai..bila tnya dia kata "sblm ni ok jer" tp tk pulak dia dtg check keadaan water heater tu....kami mmg masak sb kami dtg dlm kumpulan yg besar.....overall sy bg 4 bintang dari 10 bintang... :((

    ReplyDelete
  13. yeke... merisaukanla... boleh emel bgtau mane h/stay yg bagoz kat sy... syahidazakaria_85@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  14. tak berani la nak cadangkan...nanti kalau terkena, saya gak yang busuk nama sekali.

    ReplyDelete
  15. Homestay kat Cameron adakalanya macam ni . Untung jer yang diorang pikir ... Better ambik hotel terus ... Fenomena kat sini masyuk time cuti sekolah jer , tu yang harga berlipat ganda bila time cuti sekolah ... Maklumla nak cover tak untung time hari biasa ... Kalau keselesaan yang di cari kat penginapan Cameron ni , jawapannya agak kureng la ... Hehehehe

    ReplyDelete
  16. hmmm..kesian jugak saya dengar keluhan rakan2 bloggers, kalau rakan2 bloggers semua nak ke cameron baik stay kat apartment jer, selesa dan ada privacy lagipun ada private parking, unit tuk muslim sahaja dan kalau bicara pasal unit2 nie...berilah perhatian pada unit yang hanya untuk muslim sahaja sbb penggunaan pinggan mangkuk dan segala kelengkapan dalam rumah adalah bersih dari sebarang kesan 'non-halal' item...kalau rakan2 nk ker cameron bleh contact no ni EN.Adi/En.Mat 0195030416...

    ReplyDelete
  17. salam sy d arahkan utk mencari lokasi utk membuat aktiviti / tugasan d camron tp tak tau nk buat kat mane.. dah sy rasa d sini sy akn dpat jwbpan..blh berikan sy cadangan?

    ReplyDelete
  18. AchikAnis, cuba baca review komen diatas untuk pandangan lebih jelas mengenai homestay taman sedia. Kemudian terpulang pada anda untuk buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,saya pernah duduk kat puncak arabella,memang cantik dan selesa ,tak salah saya cari ramlihomestay puncak arabella,harga pun ok.

      Delete
  19. As-salam...
    Saya sudah beberapa kali menginap di homestay Taman Sedia...di tempat yang berbeza. Saya setuju dengan pendapat ada sebahagian pengusaha mengenakan harga mahal dan tidak berpatutan. Setakat ini , homestay yang saya pernah kunjungi...baik semuanya. Seronok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama homestay yang pernah diduduki dan nombor telepon homestay itu ?

      Delete
  20. homestay?..eheheh..nyampuk sket leh kot..assalamualaikum.. bukan nak cite bab homestay tapi nak kongsi cerita sendiri..dulu penah datang skali, duduk homestay kat tmn sedia gak..takde masalah maybe kebetulan bukan cuti umum..masa tu rasa nak datang lagi la..sudahnya termakbul doa bukan datang berjalan, tapi datang buat keje terus skaligus menetap kat sini..

    dapat je surat posting fuh sukanya isteri sebab dapat duduk tempat yang dia tak penah datang.. mujur datang sorang dulu tak bawak dia yang tengah pregnant..law tak?.. huhuh..tau kah anda sampai skang saya takde umah.. yang banyak nye homestay ngan hotel dan bilik yang harga 4-5 ratus tapi apa pun tak boleh..cian saya...

    akak akak smer tau tak kat mmana nak cari umah sewa?..ahahahahah

    ReplyDelete
  21. tempat yang sesuai homestay taman sedia kat cameron ni di ROSE CHALET...bagus sangat...selesa,bersih...kak Rose pun baik

    ReplyDelete
  22. tempat yang sesuai homestay taman sedia kat cameron ni di ROSE CHALET...bagus sangat...selesa,bersih...kak Rose pun baik

    ReplyDelete
  23. sejak kenal homestay Anggerik Desa saya mmg tak penah sewa hotel atau chalet lain...selesa seperti di rumah sendiri..setakat ni lima tahun ni mmg tido kat homestay tu je...tq pakcik aznon

    ReplyDelete
  24. As salam...just nk share lah..baru2 ni mase cuti hari wilayah i ade pegi Cameron Highland...kali ni i xstay hotel or apartment..sje nk try chalet kt sini...so i stay kt Rose Chalet Taman Sedia...amik bilik biase je untuk 2 org tp bilik tu xde kipas /aircond ye sbb memalam kt sane sejuk sgt...1malam cume RM80 (Hage ttp same weekdays or weekends or PH)...So far bilik tu selesa la...bole muat lam 3org..toilet pun bersih..besar..ade water heater...tp towel kene bwa sendiri ye..cume sejadah je disediakan. Environment pun ok...kt belakang chalet i ade tempat bbq...air panas..sink utk membasuh..ade sungai kecil gak. Depan Rose Chalet lak ade souvernir shop n kebun strawberi..leh la beli n makan strawberi fresh kt sane (mase i pegi...skrg da xleh petik buah kt dlm kebun...cume bole beli je)n ade mini cafe...leh makan puding strawberi..jus strawberi...dorang pun de jual jem sendiri tau!...hage pun ok la....so..kalo sesape nk sewa chalet kt Taman Sedia...i recomended Rose Chalet..owner En Zul n Kak Ros mmg baik...bile kite tnye itu ini..dorang akan jelaskan sumenye! Ni contact En Zul 0195782044. #ni cume pandangan peribadi i...berdasarkan pengalaman yg i dpt#

    ReplyDelete
    Replies
    1. rose chalet mmg terbaik setakat ini.saya dah 2 kali menginap di sana.pertama kali kami buat hari keluarga jabatan.kami dalam 40 orang termasuk kanak-kanak.kali kedua,kami repeat kali ini famili kami sahaja.suasana kt situ mmg mendamaikan.siap ada anak sungai.bunyi aliran air sungai tu mmg menenangkan jiwa.tuan rumah chelet ini,kak ros mmg mesra dgn pelanggan.buat pengurusan rose chalet,syabas dan teruskan maintain perkhidmatan terbaik ini

      Delete
  25. Saya pon ada pengalaman yg amat buruk.time tu 2010.kami sewa utk satu rumah.awal2 da kami tanya soalan ni pd owner.yg pertama owner dok skali ke.yg kdua kami tanya harga.satu rumah brape.so dia jwb.owner xdok skali.harga satu rumah rm80.kami pon stuju.ok la.homestay yg kami sewa umah nenek bibi ni la.sampai kt umah dia,kami pon djemput masuk.kmi pon nk byr la rm80.pastu dia kata byr esok nk kuar.family yg lain blum smpi.kami tanya smula utk kpastian adakah betul rm80 utk smalam
    sbb ada 4 bilik.dia kata ya.ok la.kmi xtanya lg da sbb tgk nenek ni mcm lekas marah.
    Shingga la family yg lain sampai.nenek ni xjugak kuar dari umah tu.family lain pon tanya pd kami knp owner dok dpn tv je.kmi pon xtau nk ckp ape.pas magrib kmi tanya nenek tido mana?bebudak pon da gelisah sbb xdpt nk tgk chanel kgemaran mereka.nenek tu dok dpn tv.
    Esok nya kmi nk balik da.kami pon nk byr la utk sewa mlm td.kami hulurkn rm80.dia tolak.mana cukup ni.haaa?ape xcukup?rm80 utk satu bilik.klu 3bilik kena la rm240.adus.nenek ni da nyanyuk ke.
    So bhati2 la dgn homestay nenek bibi ni.dia xfaham bahasa melayu.klu kami tau rm80 satu bilik.kami dok je tido dpn tv m dia.chanel tv astro tu dia xbg tukar.bebudak bising dia suruh diam.dia kata blh guna smua brg dlm umah ni.buat mcm umah sdiri.tp smua dia control.mandi guna heater pon dia marah.siap sound lg mandi jgn lama2.smua pekakas mkn dia sorok.sian la kt nenek ni.free2 la dpt rm240.nasib la kami org baik bg je rm240 dgn berat hati.
    Ape yg kami kenangkn if ada org jahat xpuas hati dgn nenek.mati kena kelar kot.nauzubilah.

    ReplyDelete
  26. Saya pon ada pengalaman yg amat buruk.time tu 2010.kami sewa utk satu rumah.awal2 da kami tanya soalan ni pd owner.yg pertama owner dok skali ke.yg kdua kami tanya harga.satu rumah brape.so dia jwb.owner xdok skali.harga satu rumah rm80.kami pon stuju.ok la.homestay yg kami sewa umah nenek bibi ni la.sampai kt umah dia,kami pon djemput masuk.kmi pon nk byr la rm80.pastu dia kata byr esok nk kuar.family yg lain blum smpi.kami tanya smula utk kpastian adakah betul rm80 utk smalam
    sbb ada 4 bilik.dia kata ya.ok la.kmi xtanya lg da sbb tgk nenek ni mcm lekas marah.
    Shingga la family yg lain sampai.nenek ni xjugak kuar dari umah tu.family lain pon tanya pd kami knp owner dok dpn tv je.kmi pon xtau nk ckp ape.pas magrib kmi tanya nenek tido mana?bebudak pon da gelisah sbb xdpt nk tgk chanel kgemaran mereka.nenek tu dok dpn tv.
    Esok nya kmi nk balik da.kami pon nk byr la utk sewa mlm td.kami hulurkn rm80.dia tolak.mana cukup ni.haaa?ape xcukup?rm80 utk satu bilik.klu 3bilik kena la rm240.adus.nenek ni da nyanyuk ke.
    So bhati2 la dgn homestay nenek bibi ni.dia xfaham bahasa melayu.klu kami tau rm80 satu bilik.kami dok je tido dpn tv m dia.chanel tv astro tu dia xbg tukar.bebudak bising dia suruh diam.dia kata blh guna smua brg dlm umah ni.buat mcm umah sdiri.tp smua dia control.mandi guna heater pon dia marah.siap sound lg mandi jgn lama2.smua pekakas mkn dia sorok.sian la kt nenek ni.free2 la dpt rm240.nasib la kami org baik bg je rm240 dgn berat hati.
    Ape yg kami kenangkn if ada org jahat xpuas hati dgn nenek.mati kena kelar kot.nauzubilah.

    ReplyDelete
  27. sedih bila pengusaha chalet bumiputra lbh pentingkn keuntungan dr kebajikan pelanggan. sy ada buat tempahan bilik di MARINA CHALAET sempena cuti deepavali ni. tempahan dh dibuat sebulan lepas. sy diminta membayar deposit sebanyak rm50 utk confirmkan tempahan. semalam isteri terlibat dlm kemalangan. sy menelefon puan hajah tuan punya chalet utk membatalkan tempahan. malangnya sy dimarah2 pula. setelah dijelaskan sebabnya, barulah puan hajah tu berlembut sikit. bila sy tanya soal deposit samaada boleh dipulangkan @ tak? dengan angkuh dia cakap "nanti isteri awk dh sihat datangla. simpan slip tu. x boleh nak pulangkan balik deposit tu. taun depan pun bole dtg. sy xde masa nk check buku bank awk bank in berapa. tiap2 hari ramai yg bank in, ada 500, ada 100 ada 50 mcm awk!". sakitnya hati sy tuhan saja yg tau. sy tanya pula adakah tempahan sy memang dh confirm? (sy saja tanya walaupn dh telefon masa sy bank in deposit bulan lepas). dengan selamba dia jawab "entahla sy tak catat pun. dtg je bila nk datang bilik insyaAllah ada." boleh diterima ke jawapan camni?? moga pengusaha MARINA CHALET boleh ubah cara mereka berniaga. syg bisnes dh ada tp x dijaga. xpelah rm50 deposit tu sy halalkan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halalkan je le sbb hjh marina dh meninggal pun. Mmg byk cerita buruk ttg arwah. Anak2 dia pun x th nk buat apa. Skrg ni anak2 dia yg take over marina chalet. Alhamdulillah. Smuanya ok.

      Delete
  28. Saya kl berkunjung oe cameron highland sy akn ke ASZI chalet.bilik cantik..siap pkai tilam mahal tue..mcm hotel..selesa..parking luas.owner pn baik..boleh cr fb dia Aszi chalet cameron highland..sy bg 9 bntang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Saya dan keluarga pun pernah menyewa di Aszi Chalet. Memang bilik standard hotel. Bersih, bercarpet, katil n bedding pun standars hotel, toilet besar dan bersih. Mmg worth it! Saya tak ragu2 utk dtg lg ke sana...

      Delete
  29. Saya kl berkunjung oe cameron highland sy akn ke ASZI chalet.bilik cantik..siap pkai tilam mahal tue..mcm hotel..selesa..parking luas.owner pn baik..boleh cr fb dia Aszi chalet cameron highland..sy bg 9 bntang..

    ReplyDelete
  30. saya nak tanya pasal Bungalow di puncak arabella,...ada sape boleh kongsi pengalaman x?

    ReplyDelete
  31. Deposit diorg refund blk x klu x jd pegi? Saya dh byr deposit rm 200.. Huhu

    ReplyDelete
  32. Seriau baca cerita seram nenek bibi.... siapa ada pengalaman stay dekat mama mountain homestay brinchang? Share sikit please

    ReplyDelete
  33. Nak pegi cameron.21hb.11 ni...marina chalet...huhu...

    ReplyDelete
  34. Nak pegi cameron.21hb.11 ni...marina chalet...huhu...

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Mama mountain homestay paling best kami duduk..kami pergi 2tahun hari raya ke3..1malam rm250 tapi dekat blog cakap nak discount wasup..kami gatal try la wasup..trus dapat discount rm100 utk 2mlm..tua rumah sangat2 peramah..siap bagi minum pagi..tuan rumah pun tak lokek ilmu siap ajar buat jem strberi lagi jangan kata ajar je..siap bagi kami rasa jem yang mereka buat..memeng sedap..tempat masak santai dekat luar rumah..tepi rumah ada aliran air terjun..kawasan homestay betul2 belakang bukit..homestay dekat pasar malam brinchang lapa2 start enjin tapau mkanan pasar malam tak sampai 5minit pun..tak payah nak beraircorn bagai lantai rumah dah macam ice memang sejuk..air jangan cakap la kalau boleh tak nak mandi sejuk sampai tulang temulang..try la pergi sana mesti puas hati..

    ReplyDelete
  37. Ada ape2 homestay yg lagi best tak..sebab hujung bulan ni nak pergi lg tapi group besar..kalau hotel tak mampu la..harap duduk homestay je boleh masak save bajet sikit..

    ReplyDelete
  38. Ada ape2 homestay yg lagi best tak..sebab hujung bulan ni nak pergi lg tapi group besar..kalau hotel tak mampu la..harap duduk homestay je boleh masak save bajet sikit..

    ReplyDelete
  39. Nak tahu..Dahlia Homestay ni camne pulak. Berborak di telefon untuk booking, nampak peramah..semoga baik² sajalah..huhu

    ReplyDelete
  40. Syok baca semua comment..sy pon berhajat nk ke cameron dgn anak2..

    ReplyDelete
  41. In my blog I mention a few homestay in Cameron Highland that is reasonably price with good service.
    Recommended Homestay In Cameron Highland
    Do check them out :)

    ReplyDelete
  42. Homestay encik rostam mmg best. Maksud saya best dari segi persekitaran, kemudahan dan layanan.. memang selesa sangat. Dah 2 kali kami menginap di sini memang puas hati. Homestay orkid rase namanya.

    ReplyDelete
  43. sepanjang saya duduk dekat taman sedia raja, alhamdulillah.... rumah bersih....

    ReplyDelete
  44. Saya ada book satu unit rumah 3 bilik di aiza homestay di tmn sedia ..ade yg berpengalaman menginap disini...

    ReplyDelete
  45. Aszi chalet terbaik. Kami baru balik minggu lepas. Owner pun peramah.

    ReplyDelete