Thursday, July 8, 2010

KLINIK DI CAMERON HIGHLANDS



Bagi sesiapa yang bertandang ke Cameron Highlands dan entah macam mana jadi tak berapa sihat pulak, janganlah risau. Cameron Highlands bukanlah dok dalam hutan sangat hingga nak cari ubat pun takde.

Bagi sesiapa yang sakit pening ketika di CH, terdapat 2 buah klinik yang beroperasi, masing-masing satu di Tanah Rata dan Brinchang. Terdapat juga klinik di Ringlet dan Kg Raja, tapi tak perlulah saya bagitau sebab pelancong mana ade yang dok sampai sana. Kebanyakan hotel tertumpu di 2 pekan tu je.

1. Klinik Ayob - sebelah bank BSN di Tanah Rata.
2. Klinik Wong - bersebelahan pasaraya Jimat dan Hotel Rainbow.

Cuma diingatkan klinik tersebut tidaklah beroperasi 24 jam dan bukan pun 8 jam. Klinik Ayob misalnya hanya buka 2-3 jam paga pagi dan petang. Malam tu kekadang je buka.

Dah tu kalau sakit teruk waktu malam buta tu macam mana? Kena cari dukun orang asli ke?

Taklah macam tu sekali, pergi je Hospital Cameron Highlands di Tanah Rata, jalan masuk menghala ke Mardi. Unit kecemasan beroperasi 24 jam. Cuma hospital Cameron Highlands nie kekurangan pakar, kalau tak kena gaya, lain macam pulak sakit korang tu, diorang hantar ke hospital Ipoh. 2 jam perjalanan tau...

Untuk sesiapa yang ingin mencari farmasi untuk membeli ubat, terdapat Farmasi Cameron di Tanah Rata. Bersebelahan Agrobank. Beroperasi dari pukul 9.30 pagi hingga 9 malam sahaja.

Farmasi Guardian pula berada di Brinchang, bersebelahan Hotel Chua Gin. Tepi jalan je dan amat senang untuk di cari.

6 comments:

  1. kat Cameron ada sorang Dr yg nama dier Dr Mahanim...er....pemilik blog ni ker hehe....

    ReplyDelete
  2. Taklah, Dr Mahanim adalah Pengarah Hospital Cameron Highlands. Terlalu besar pangkat dia tu. Saya cuma seorang suri rumah kepada seorang pekerja bawahan sahaja. Berniaga untuk bantu suami cari duit lebih.

    ReplyDelete
  3. cam mane law nk apply keje kt klinik2 nie..

    ReplyDelete
  4. klinik kecik je, biasanya pekerja dia anak beranak doktor tu jugak...

    ReplyDelete