Monday, June 15, 2009

CUTI SEKOLAH DAH TAMAT!



Musim cuti persekolahan dah pun tamat. Agak lega jugak rasanya, bayangkan betapa "meriahnya" jalan sepanjang musim cuti. Banyak perkara yang menjadikan Cameron Highlands berubah sepanjang musim cuti. Antaranya:

1. Masa sebelum musim cuti anda boleh pilih tempat parking kat mana anda suka sebab banyak kosong. Masa cuti anda terpaksa pilih tempat parking yang tak sepatutnya seperti bahu jalan, depan simpang, sebelah tempat buang sampah.
2. Kalau masa sebelum cuti, boleh makan dengan tenang kat kedai makan, masa cuti, baru bangun basuh tangan dah ada orang ambik kerusi kita.
3. Masa cuti pasar malam tiap-tiap malam, tapi jual benda sama.
4. Jam jem teruk, tak kena gaya perjalanan 5 km jadi 2 jam.
5. Strawberry yang dijual masih hijau lagi, tak sempat masak dah kena jual. Celup coklat mana pelancong perasan. Kalau takde cuti merah menyala pun orang tak beli.
6. Rumah sewa naik mendadak, biasa Rm150-200, sekarang jadi Rm300. Broker rumah jadi lebih ramai dari rumah.
7. Pekerja kat Marrybrown/KFC masa sebelum cuti boleh rehat sebab jarang orang masuk, masa cuti jangan harap la nak rehat.
8. Traffic kat pekan Tanah Rata/Brinchang jadi haru biru, jalan sehala pun jadi dua hala.
9. Peniaga tak kenal dah orang tempatan, yang nampaknya pelancong je...tengok muka kita pun tak sudi.
10. Bila tiba cuti sekolah, telur dalam mee kari yang sebelum nie 1/2 biji akan jadi 1/4 biji.

10 comments:

  1. bro.. nasib la sy x g cameron masa cuti sekolah ari tu.. dh agak dh mest jem, biasa la tertumpu kt satu tmpt... tu la cadangkn nk g 3 julai nnti, bole x bro cadangkn hotel mana yg bagus tuk kami sekeluarga menginap....

    ReplyDelete
  2. Ade hotel baru buka, nama dia Della Fern, 1km jer dari Tanah Rata, maklumlah hotel baru, mesti menarik tapi harga mahal sikit orang kata. Hotel lain macam CH resort, EQuatorial, Strawberry park resort. Semua tu bergantung pada budget la anda.

    ReplyDelete
  3. bagaimana biz katering tuan sempena cuti sekolah yg baru berlalu???

    ReplyDelete
  4. Ala...buat katering sekadar sambilan je....tapi masuklah jugak buat belanja anak-anak.

    ReplyDelete
  5. betul3... jam yg dahsyat amat kalu kat cameron time cuti... nak benti g toilet xleh.. huuu~~

    ReplyDelete
  6. ni takut nak pi time cuti sek...tapi time lain anak-anak sek...

    ReplyDelete
  7. Salam saudara, blog yg informatif dan menarik, tahniah! Saya nak tanya sikit berkenaan masa cuti sekolah. Adakah masalah kesesakan di sana ketika cuti sekolah sama sahaja berbanding hari minggu dan hari bekerja.

    ReplyDelete
  8. dvpro, suasana amat berbeza. Kesesakan pada hari biasa di musim cuti sekolah adalah seperti kesesakan hari hujung minggu di luar cuti sekolah. Malahan pada waktu tertentu lebih sesak lagi. Maklumlah semua pelancong tertumpu pada waktu itu.

    Saya cadangkan agar pergi pada hari biasa sahaja (selain sabtu ahad) di musim cuti nie. Maka taklah

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas penjelasan puan. Kalau macam tu, seeloknya kami plan utk pergi hari2 sekitar Isnin hingga Jumaat utk musim cuti sekolah ni, walaupun sesak tapi harapnya taklah sesesak hari Sabtu dan Ahad pada musim cuti sekolah.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat pergi CH, bila la agaknya dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete